Pages

Sunday 21 September 2014

maturity in progress



Bismillah
Assalamualaikum
membesar dan terus membesar
mecari kematangan dalam segenap penjuru
agar nanti tidak tersasar
pada jalan yang bakal dituju

Inilah manusia. terus membesar dan membesar. sebagai khalifah, diutuskan ke bumi utk mengimarahkannya dengan jalan-jalan yang diredhai. hidup ini memang sentiasa penat. Malah, melelahkan jiwa-jiwa yang lemah, yang tidak jelas matlamat hidupnya
 
 Fasa Baru. Kini, sudah seminggu di bumi barakah Sham, Jordan. Satu tempat yang pernah aku idam-idamkan untuk pergi. Alhamdulillah, Allah tunaikan permintaan hambaNya yang hina ni. "Anda hari ini ialah apa yang anda fikirkan lima atau sepuluh tahu dulu" -Ustaz Affuan

Kehidupan di Jordan akan menjadikan anda sangat berhati-hati. Dalam dan di luar rumah memerlukan anda berhati-hati terhadap syabab mahupun akhawat. Jangan pernah meletakkan pandangan tinggi dekat negara Islam ni. Bunyi hon kereta yang takkan berhenti, pemandangan wanita-wanita arab yang bertabarruj, tidak menutup aurat. Itu belum dikira sampah yang merata-rata sehinggakan kalau jalan pun memang akan terpijak sampah. Kedai sisha yang dengan gahnya mempamerkan rekaan sisha dengan pelbagai perisa, orang arab yang kejam sampai panggil orang Malaysia "ni hou" -bahasa cina-.Jangan bangga kalau ade orang arab panggil anda sedemikian kerana itu tanda mereka menghina anda sebab Orang Cina ada yang datang Jordan untuk melacur

Geram?? Semestinya!!! Siapa yang tidak marah apabila bumi sham yang diberkahi ini tidak menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain.Siapa yang tidak marah bila saudara seislam yang lain sedang menderita dibom dan diseksa tentera Israel, tetapi negara Islam yang aman ini leka dengan minuman PEPSI, Coca Cola, Nestle malah itu sudah menjadi tabiat mereka. Siapa yang tidak membara apabila negara bukan Islam pun atas dasar kemanusiaan dengan bangganya mengibar bndera Palestin tetapi negara Islam yang bersebelahan dengannya dengan bangga mengibar bendera Israel ?!! Allahu :') Belum lagi dikira berapa banyak restaurant Mc Donald yang memang dipenuhi pelanggan-pelanggan muslims.

Namun, dalam segala keburukan tu, pastinya ada hikmah yang diselitkan. Kita mula mengambil ibrah. cuba mengamalkan Islam dengan syumul, menuntut ilmu sebanyak yang mungkin. seburuk mana pun negara ini, ini bumi barakah. Tanah yang dirakamkan dalam surah Al-Isra' ayat 1 yang diakui keberkatannya oleh Yang Maha Berkuasa

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat
 
Ambillah ibrah sebanyak mungkin daripada mereka kerana di setiap sisi pasti ada kebaikan dan hikmah dariNya *senyum lebar-lebar* XD 


 

Monday 11 August 2014

latest updatesss


Assalamualaikuuummmmm....
halooo,, Mr Bloggie...long time no see ya~ seriously, dah dua bulan tak update. so, mestilah banyak bende nak cerita :D
First thing first..sebenarnye dah lama nak habaq pasai ni *eheh, sejak bile jd oghang kedah ni *.* okey la.. So, the not-too-current update ialah sekarang penulis tengah sambung belajar kat Intec?

"Intec tu ape? bunyi macam rare je"
" Intec je pon~ "
" fuyooo,,, Intec kot~ "
#pilih yang mane respon anda :P

ok, here I am *padahal tengah menaip kat rumah*.. Intec Education College. Atau ada sebahagian manusia yang panggil UiTM seksyen 17. kenapa? Sebab Intec ni dulu bawah MARA. Tahun 2013, baru jadi kolej persediaan persendirian. Intec ni tempat persediaan pelajar untuk ke luar negara.
 " fuyoooo,, penulis nak ke luar negara ??!! "

ehem.. Alhamdulillah, penulis dapat tawaran untuk course perbankan Islam di Jordan. 4 tahun di sane insyaAllah. So, Intec ni tempat persediaan ana ke sana *gune ana, ade la gaye ke Timur Tengah :P * insyaAllah tak sampai 3 bulan di sini dan awal bulan 9 nanti fly ke Jordan. Yahoooo!!!!
 So, ana nak mohon doa semua untuk lancarkan perjalanan sepanjang di sini. tempat baru la katekan. Ana ni takde pengalaman dok kat bandar. selama ni terperap kat kampung je. but! one thing, ana takdelah jumud sangat n closed minded ~

ok, back to the story.. ana sebenarnye rase la jugak tekanan. sebab ana fikir, yang dapat ni semua sponsored,, so, mestilah hebat sampai sponsor nak support kan? So,i'll try my best to compete with them. 

Sebulan duduk kat sini, macam2 bende yg ana lalui. daripada tak kenal orang, sampai kenal sume orang dalam program Middle East ni. seronok :D mereka ni hebat2. Pasal kelas lagi la best. Pensyarah semua hebak bakhang ^^ Tapi, memang penat sikit la. Dulu, ade seorang ustaz ni cakap, budak islamic banking paling busy dalam Middle East Programme. Mula-mula tak percaya sangat sebab mestilah pikir budak Medic dengan Dentistry lagi busy kan~ sekali, hamekkaw!!! 

Memang busy sampai budak dentist dengan medic pon kesian kat kami. assignments jangan cakap la.. dengan role-play, tests, dan sebagainya. Tapi, itulah yang seronok,, kalau tak, kami takkan kenal sesama kami.. dengan buat assignments la kita tahu perangai members kita, melalui role-play la kita tahu members kita tu penyegan rupanya.. Dia tu blalabla.. daripada situ kita kenal.. 

Memandangkan kami ni 18 orang sahaja, 11 syabab, 7 akhawat, ukhwah kami rapat.. maklumlah pergi mane2 same2. tak lengkap kalau tak cukup. tu diaaaa,,, penangan ukhwah antara kami :DDD 

Itu je kot setakat ni, ana nak mengundur diri. Banyak kerja ni. ni pon curi-curi masa update blog. Do pray for us. Together #pray4aqilah. muahahaha.. ok la..Assalamualaikum











Wednesday 21 May 2014

SAMPAI BILA??

Bismillah..
Assalamualaikum.
Moga Allah redha saya je, anda dan kita semua. Alhamdulillah, hari ini diberi idea untuk menggarap secangkir coretan dalam blog ni. sekurang-kurangnya dapat aku luangkan masa lapang ni untuk meluahkan persoalan utama. Ya, seperti tajuk di atas, persoalan utama kali ini ialah 'SAMPAI BILA?'

Tadi, adalah meluangkan masa untuk scroll down home di muka buku dan pengicau. scroll punyer scroll, jumpe la sesuatu yang dishare oleh seorang rakan berkaitan hukum berqasidah. Ada seseorang yang menge'post' video majlis qasidah dengan tajuk yang kurang enak. Lalu, saya melihat kandungan video tu untuk melihat apa kaitan video dengan tajuk tu. hmm, bagi saya, video itu tiada apa-apa yang memusykilkan. Lalu, saya terpandang komen-komen di situ. 

Saya di sini bukanlah untuk menghuraikan hukum berqasidah, Anda menpunyai ramai asatizah (baca: ostaz) di sekeliling anda. Jadi, silakan tanya pada mereka yang lebih arif.  Apa yang saya nak kaitkan entri ni adalah dengan komen-komen yang saya baca pada video itu. Mereka membahaskan tentang hukum tersebut beserta dalil, hujah, menggunakan ayat, "ustaz ni kata" dan sebagainya. 

Pada satu sisi, saya melihat ia adalah sesuatu yang bagus di mana mereka membincangkan perkara yang baik, iaitu soal hukum hakam. Pada satu sisi yang lain, saya melihat semakin banyak keburukan di mana mereka mula bertelagah untuk menegakkan hukum dengan memberikan 'hujah' masing-masing.

"Hukumnya _ _ _. aku pergi ceramah ustaz tu, dia cakap hukumnya macam tu"
"Hukumnya _ _ _. ustaz kau belajar kat malaysia. ustaz aku belajar kat Mesir"
"Ustaz kau suspek Wahabi. Ustaz aku sunni. Ustaz kau pulak Syiah"

 erkkk.. ok, terkesima jap baca komen-komen macam tu. 

Satu perkara yang terlintas dalam fikiran saya ketika itu, betapa mudahnya kita melabel. Sesama orang Islam, terlalu ekstrem jika saya katakan sudah menjadi trend melabel-label sesama sendiri, mengkafir-kafirkan, menyesat-nyesatkan, membid'ah-bid'ahkan namun hakikatnya itulah yang berlaku. Puak ini dituduh wahabi, puak itu dituduh Syiah, Puak ini dituduh kafir. Allahu :'( Begitu lancang mulut mereka mengeluarkan kata-kata seperti itu.Itu baru di Facebook.belum lagi di pengicau, blog, video dan lain-lain. 

Jadi, saya tertanya-tanya mengapa berlaku perkara seperti ini? dan sampai bila perlu berlarutan musibah ini? Medulla oblongata saya membawa kepada satu persoalan, SAMPAI BILA? Sampai bila umat Islam harus bergaduh sesama sendiri? Sampai bila umat Islam terus bercakaran dan berperang sesama sendiri? Sampai bila yang berpuak-puak ini akan bersatu? Sampai bila kita terus benci-membenci? Dalam hal yang tadi, sampai bila anda mahu label-melabelkan orang lain dengan panggilan yang kurang enak hanya disebabkan mengambil hukum dari ostad yang berlainan! Ketahuilah, hukum itu berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah. Juga Qisas juga Ijma' ulamak. ramai ulama, maka semakin banyak percanggahan. Saya ulang, ulama' bukan ustaz. *sila rujuk pengertian ulama dan ustaz dari segi istilah dalam bahasa Arab*

Sampai bila ummah ini harus nazak dan tenggelam dalam lautan kejahilan dan permusuhan? Yang lebih mengerikan, apabila gerakan dakwah Islam yang sepatutnya menjadi benteng dalam mempertahankan Islam dan memberikan kefahaman menjadi transformer apabila menukar functionnya ke arah kerosakan ummah. Melalui apa? Ya, melalui qudwah yang keji apabila mereka pula yang galak mempertahankan budaya hukum-menghukum, label-melabel, kafir-mengkafir, sesat-menyesatkan. Mengaku mahu mempertahankan Islam, tetapi merekalah kroni yang menjatuhkan imej Islam. Jadi, tidak mustahil apabila not-yet muslims cepat melabel Islam sebagai agama Terrorism, liberalism, sekularisme dan sebagainya. kerana, sebahagian daripada kita menunjukkan contoh tersebut. jadi, sekali lagi persoalannya, Sampai Bila kita mahu not-yet Muslims menggelar Islam sebagai sesuatu yang menyalahi fitrah?! 

Umat Islam hari ini banyak kekurangannya. Dan satu perkara penting yang Umat Islam hari ini tiada ialah....


"Abdul Wahhab Azzam rahimahullah telah melawat sebahagian besar dunia Islam. Beliau telah menjelajah dunia Arab, Turki, India, Pakistan dan lain-lain lagi untuk mengkaji realiti umat Islam secara dekat. Akhirnyanya beliau membuat kesimpulan bahawa umat Islam tidak kekurangan apa-apa kecuali perpaduan." - al-Muntalaq, Panji Kebaikan
Perpaduan! Ya, itulah yang amat kita perlukan sekarang. Urgent and Important!
Umat Islam hari ini ramai yang memiliki akhlak yang baik. Ramai Muslim hari ini yang cukup bijak, mempunyai pendidikan yang tinggi. Ramai juga Muslim hari ini yang kaya-raya dan mempunyai aset harta yang tak habis 7 keturunan. Lalu apa yang menghalang Umat Islam hari ini untuk menjadi kuat sebagai satu agama yang suci dan dihormati? Berpecah-belah. Saat ini adalah masa untuk kita ketepikan perbezaan yang sedikit, mencari persamaan dan menumpukan sepenuh tenaga untuk menguatkan dan memantapkan perpaduan. kerana apa? Kerana perpaduan mampu menamatkan persoalan 'SAMPAI BILA'!

"Janganlah kamu berasa tertipu dengan kerosakan yang zahir dan kejahatan yang melata di sana sini dalam kalangan umat Islam. Janganlah kamu gentar mendengar orang ini dan itu sudah rosak. Orang yang baik sebenarnya lebih ramai daripada orang yang jahat. Tetapi, golongan jahat mengibarkan bendera mereka lalu orang jahat dan pengikut mereka berhimpin di bawah naungannya. Golongan yang baik lalu lari, tidak bersama-sama golongan jahat ini dan suara mereka tidak kedengaran apa-apa.














Tuesday 20 May 2014

terima kasih fortune resources :D



Bismillah..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ni Allah sebarkan bahagiaNya. bersyukur sangat-sangat. eh, kejap! kenapa tiba-tiba aku letak produk yang banyak sangat A+ tu kat gambar atas ni. hmmm, okeh. let's me explain. Sebenarnya, ni adalah produk daripada Fortune Resources, sebuah produk yang bertaraf IMP (Islamic Manufacturing Products). kira produk ni 101% Bumiputera Islam. Aku start guna produk ni masa Tingkatan 3, PMR 2011. Aku tahu pasal produk ni sebab abah selalu dengar radio ikim.fm dan dengar banyak testimoni positif daripada pengguna. So, abah beli produk smartcocoA+ sebagai percubaan.

Hasilnya, WAUUU!  BEST! Sedap okeh air smartcocoA+ ni. macam minuman hot chocolate perisa latte. over tak sedap die ^^ tapi, seriously la you guys patut cuba. Sampai hari ni my mom buat air smartcocoA+ untuk hadek-hadek aku yang masih bersekolah sebagai minuman pagi. by the way, hari ni aku cerita pasal smartcocoA+ je sebab aku pernah cuba yang ni je.

For your information, smartcocoA+ ni ade dua jenis. Yang biasa, satu lagi 'less sugar' bagi yang control diet :P aku suka yang biasa sebab aku takde kencing manis ^^ ok, takde kaitan. So, harga produk ni RM 21 di semenanjung Malaysia. satu kotak ade 15 sachets. Dan disebabkan aku beli di Gedung World of Herbs, aku dapat harga yang super murah sebab mak selalu angkut 15 kotak sekali beli. bhahaha..banyak tak? Lagipon, smartcocoA+ ni cepat habis kat rumah aku. ade je manusia yang suka bancuh air ni malam-malam *aku lettew* 

Eh, kenapa tetibe aku promote produk ni pulak??!!
okeh, here is the real story. Tadi, aku dapat hadiah daripada Fortune Resources yang berupa smartcocoA+ dan pen yang comel. macam mana aku boleh dapat? Hmmm.. Disebabkan aku ni pendengar setia radio ikim.fm, makanya terdengar la Puan Murni (pengarah urusan Fortune Resources) *aku ingat okeh nama die *.* hebahkan kepada SPM leavers yang dapat keputusan 9A ke atas, boleh hantar profil diri untuk dapatkan hadiah. So, aku pon dengan berbesar hati, hantar profil aku kat email yang diberi. and petang tadi, ada orang hantar. So glad :D 

Jadi, kepada kalian yang masih tercari-cari produk kesihatan fizikal dan mental, boleh cuba produk ni. Bukan lah kata kalau guna produk ni terus dapat 9A PMR, 9A+ SPM dan 4flat setiap sem. tapi, sebagai ikhtiar sebab produk ni dihasilkan daripada gabungan makanan sunnah. dan sebagai info tambahan, tag line syarikat ni pon "MENJANA UMMAH CEMERLANG". Jadi, mari cemerlangkan diri dengan usaha+doa+tawakal. 

 
sekali kotak besar dapat. jimat 3 bulan tak payah beli :D




comel tak pen die? :D

 THANK YOU FORTUNE RESOURCES. SEMOGA SUKSES DALAM MENJANA UMMAH CEMERLANG :D
untuk maklumat lanjut berkaitan produk ni, boleh terus ke laman web rasmi di http://smartcoco2u.com/ untuk melihat senarai produk dan testimoni pengguna :D



coret-coret #UPU #Matriks



Assalamualaikum..
hallooo~ long time ya. tak tau kenapa malas sangat nak hapdet blog, pengicau, dan mukabuku.. padahal takde la busy sangat pon. laptop ade, internet pon takde masalah. tapi, memandangkan hari ini tahap kerajinan melepasi tahap kemalasan, aku berjaya menaip patah perkataan utk menghasilkan entri ini :D So, isu terhangat abad ini yang sering dibicarakan ialah kisah UPU. sejak tertangguhnya keputusan UPU hinggalah saat ini, SPM leavers masih kecoh dengan Inche UPU ni. so, aku pon nak cerita sikit pasal UPU dan setaraf. 

Alhamdulillah, aku dapat beberapa tawaran untuk melanjutkan pengajian. First, dapat IPG tapi tak pergi. banyak alasannya dan alasan yang aku suka guna ialah,
"akak aku dah cikgu. malaslah nak ramai-ramai cikgu kat rumah ni ==" "
hah, solid tak? :P seriously, akak aku sekarang kat IPG Temenggong Ibrahim di JB course TESL. Plus, aku tak berminat nak jadi cikgu sekolah rendah ni. bukan tak suka budak-budak, tapi atas beberapa alasan lain. and for your information, aku dapat Arabic. aku minat arabic, in fact merupakan mentor masa kat sekolah menengah dulu, tetapi sebabkan aku tak minat utk jadi cikgu sekolah rendah, aku tak pergi. Ayah aku pon cakap, jangan sebab kita tak yakin yang kita akan dapat course yang kita nak, lalu terima segala tawaran yang ada. As long as your result is strong enough to get your chosen course, stay jelah. But,kalau sekadar mahukan pengalaman, one of my friends cakap interview tu tak seronok pon. I don't know sebab takde kesempatan nak pergi.

Next, aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). ramai jugak kawan-kawan yang dapat kat sini. aku malas nak masuk matriks ni sebab aku kene berdepan dengan seseorang yang aku tak berapa nak baik. mau tau? Inche Biology dan Inche Fizik. ye, merekalah yang terpaksa digredkan dengan B+ dalam result SPM aku baru-baru ni. Besides, aku takut aku ubah haluan. aku ni dulu nak jadi dentist, tapi masa form 4, dah matang sikit, aku nak course islamic banking. ye! aku minat ok islamic banking ni ^^ kalau ke KMS, rasanya aku ade peluang untuk jadi dentist sekiranya struggle. tapi, memandangkan dentist itu atas sekadar minat, aku lebih cenderung ke islamic banking yang mana course ni aku telah lakar dalam coretan impian aku. 

Lastly, setelah penantian keputusan UPU berakhir, Alhamdulillah aku dapat pilihan pertama dalam course yang aku pilih dalam borang UPU. apakah? apakah?
International Islamic University Malaysia (IIUM) untuk kursus Ekonomi dan Sains Pengurusan atau nama comelnya adalah Econs :D kursus ni adalah satu-satunya asasi yang akan belajar di UIA Gombak. aku banyak buat research pasal course ni sebab bakal mendaftarkan diri di UIA PJ pada 7 Jun 2014. ramai sahabat aku yang lain akan daftar awal dalam akhir bulan lima ni. depa ramai dapat UM, UPM, USIM, UiTM dan sebagainya. ehem,, tak kurang jugak ok yang dapat UIA. lebih dari lima kot, dan sume satu geng ngan kepale hotak aku ni. tapi, tak sama course. hmm..nampaknya, bermesra masa orientasi jelah kita ~ 

Namun begitu, aku masih mengharapkan pihak MARA untuk mengeluarkan keputusan Pinjaman Pelajaran PILN 2014 secepat mungkin sebab aku amek course PERBANKAN di Jordan. mohon doakan yang terbaik ya. MARA, please be good to me :'D


Monday 28 April 2014

INTERVIEW MARA PILN 2014



In The Name of Allah :)
Moga Allah redha

I've done with MARA interview yesterday. One word to describe. AWESOME !!! Seriously, I enjoy the inteview. So, entri ni nak share sedikit sekitar pengalaman temuduga MARA untuk program PILN 2014. Aku dapat interview ni dekat MARA-JAPAN Industrial Institute di Beranang, Selangor on 26th April 2014. sampai sana dalam pukol 7:30 pagi sebab aku bertolak dari Melaka pukol 4 pagi. So, sampai-sampai, dah ramai bakal-bakal scholars yang kumpul ^^ I bet, mesti mostly dalam kalangan SBP or MRSM. Pergghhh!! bertambah cuak aku. tapi, keluar kereta buat-buat relax ar.. Then, aku terpandang MJII Board,, baca-baca sikit lah carta organisasi dia. Kot nanti die tanye ke, mane tahu kan~
Melangkah dan terus melangkah, akhirnya nampak ramai sangat orang kat satu kawasan ni. then, aku ternampak notis ni.
"Temuduga Program Ijazah Luar Negara MARA 2014"
So, sementara dewan kuliah tu tak buka lagi, aku pon jalan-jalan sekitar MJII tu. tengok jam, dah pukul 8 pagi, tapi asal tak bukak lagi Dewan tu? Ingatkan aku seorang je, rupanya-rupanya semua tengok jam.Siap ade yang kutuk lagi, "janji Melayu"~ hmm..
Dalam pukol 8:15 pagi, baru masuk dewan kuliah. Pegawai bagi arahan suruh register nama dalam kumpulan, then serahkan dokumen yang die suruh print out tu. Jangan lupa pulak ya~ Dan korang akan diberi tag nombor berdasarkan kumpulan. Aku dapat kumpulan 'K' (kumpulan last) dan no aku 9. So, dapat tag "K9". lepas dah settle register group, die panggil group A, B, C dan seterusnya utk ditemuduga. memandangkan aku ni group last, so tunggu la kejap dengan beberapa gegirls yang kumpulan-kumpulan terakhir. Aku kenal dengan budak MRSM JB dengan budak KL. then, setelah 20 minit berbual, bercerita ade panel masuk panggil kumpulan diorang. And guess what?! Aku lah the only girl yang tinggal untuk kumpulan K. Perghhh!!! sumpah aku 'frozen kejap'. Then, adelah sorang boy ni panggil aku, 'K9, sinilah'. erk. malu-malu tapi aku pegilah dekat seat diorang. Semua dah pandangkan~ tapi, naseb baik diorang ni giler-giler sikit. So, aku pon bajet-bajet la peramah. tanye dari sekolah mana, nama, courses, negara mana. And say what?!! 8 of them including me are SBPians, one MRSM n one SMKA. muahaha.. ape lagi, macam-macam cerita keluar, budak asrama la katekan~ best giler diorang ni. sampai melalut ke PLKN. then, Helmi (SMS Faris Petra) cakap die tak suke budak sekolah aku ni masa jadi penghulu kat PLKN sebab kerek sangat. nampak sangatlah dia tak suka~ tapi, nak buat macam mana, aku bukan baik sangat pon dengan budak laki yang kau tak suka tu ^^
setengah jam berlalu.....
kitorang masih rancak berbual, melawak, kongsi cerita, bergurau sakan sampai bising dewan tu. muahaha. until then, ade seorang pegawai ni cakap, "maaf lambat. kami ade masalah teknikal sikit. mungkin ade hikmahnya awak semua ni ditemuduga lambat. mana tahu,semua soalan yang senang-senang"
dengar je, pegawai tu cakap, kitorang pon "ameen". semoga dipermudahkan. Next 10 minutes, kami pon dipanggil untuk ditemuduga. 

Masuk bilik pertama, kami diberi case study untuk dibincangkan sesama ahli kumpulan. kami dapat tentang 'contribution of Tun Dr Mahathir'. and out of sudden, budak sebelah aku "K10" tanye,, 
"sape dalam gambar ni hah?" 
" say what?! Tun Dr Mahathir la brother =="
then kitorang form a RING and bincang. Speaking English uolls. Aku dah la tak fluent English. Cuaks. tapi, ade sorang budak laki ni try to be playful, and panel tu cakap, 
" take this discussion as serious boy!" erkk.. so, don't be playful ok masa discussion. Banyak jugaklah point yang kami bincang. ade yang tersangkut BI tue, kitorang tolong-tolong la ape sebenarnye dia nak sampaikan. And 1 important thing, jangan terlalu nak conquer the whole discussion. Be consider to your other teammates. Macam kitorang, ade lah perasan 2 orang budak lelaki ni tak participate sangat. So, kitorang tanye la die "It's my opinion. So, how about you? do you agree with my opinion?" kene tolong-menolong sikit. then, after habis tu, die mintak setiap orang mention satu sumbangan Tun Dr Mahathir kepada Malaysia. And my answer is,
" He saved Malaysia from world debt as he not borrowed money from World Bank when Malaysia faced the economy crisis" dan banyak lagi jawapan yang kami dah bincangkan.
after that, duduk balik ikut turutan. Dia tanye beberapa doa ringkas. Antaranya:
1) Ayat Kursi. fokus masa orang lain baca sebab bila-bila die boleh suruh orang lain sambung
2) Doa makan
3) Doa lepas makan. yang ni aku baca sebab panel tanye kat budak lain, budak tu tak tahu, so I grabbed this chance ^^
4) Azan. sedap u budak tu azan. dr INTERGOMB tak silap aku.
5) Doa lepas azan
6) yang tak jawab ape-ape lagi, die mintak mention rukun Islam satu persatu.

Then sesi kedua di bilik yang berlainan. Masuk je, then ade dua panel wanita sambut.
"Are you fine"
"Yes. how about you"
hah, korang cuba-cubalah beramah mesra sikit dengan dia. Sengih je panel tu bila kitorang tanye die balik. After that, die terus bagi arahan. Sebagaimana panel di bilik pertama tadi cakap, untuk sesi ni kene tonjolkan diri sendiri semampu yang boleh sebab untuk sesi dua nie, die nak tengok participation kita. kami dibahagikan kepada dua group.So,here our task. 
" You are going to run a company. So, make a constume using the following "
1) 3 helai surat khabar saiz kecik.
2) satu saletip, panjang die bagi dalam 60 cm. 
3) beberapa batang straw.
group kitorang terus bincang. kene ade seorang jadi model. And guess who is the model in my team? 
ME!!! arghhh~ mentang-mentang la aku seorang je perempuan. Then, diorang claimed, " these given newspaper is to small, so u are the most suitable to costumed this." aku denied la cakap, 
"yes I'm the shortest, but I'm not the smallest la brothers" *muka sedih*
"takpa. boleh punya. kitorang dah setuju, kau la modelnya" *gelak jahat* depan panel je kitorang speaking English,, agak-agak panel tu jauh sikit, kitorang gunalah bahasa ibunda ^.^ muehehe..
So, aku pon di 'costumed' la dengan pakaian tarzan. And they called me, "paper girl"! how dare u guys~! tapi, takpa. yang penting, nampak la aku berperanan kat situ. masa, proses penyiapan paper to costume, aku kenelah lekat kan sendiri saletip tu. how come nak suruh boys kan~ happening la, kitorang bergurau-gurau sampai panel tu pon gelak-gelak dan ambil gambar.but, unfortunately, tak bole bawak phone masuk bilik tu. Kalau tak, dah lame aku ambil gambar. nak tengok jugak, macam mana rupa aku jadi "paper girl" XD
after certain time, kitorang kene present balik kenapa pilih costume tu. ape lagi, group aku pon merepek la, zombi la, orang asli, x-men semua keluar. tapi, seronok. I can see that the panels really enjoy our presentation. the other group pulak buat pakaian melayu yang di'modenized" siap ade antena dekat tanjak. Tapi, present je tak cukup! kene buat show tunjuk peranan costume tu. 
ape lagi, kitorang pon straight plan untuk buat lakonan. gituh~ siap ade "1,2,3 ACTION!" But, yang highlighted nye aku tak caya aku boleh berlakon depan orang yang aku tak kenal. dalam lakonan tu, aku jadi saviour kepada seorang lelaki daripada tiga zombies. maklumlah, constume yang aku pakai tu ada "Blade kat tangan". korang bayangkan je lah macam cerita X-Men ya~ sebab memang macam tu pon. 
Habis je berlakon, aku tunduk malu! 
"Ya Allah, malunya. tak pernah terfikir yang aku boleh buat semua tu. Allah yang beri kekuatan" rasa nak nangis pon ade, sampailah Helmi tegur "relax la. jangan nanges" .ehem, angkat muka, sengih. "mana ada aku nanges". yes! berjaya tahan daripada meleleh :') that's our last session. Last sekali, panels bagi rating paper. kene bagi markah kat semua ahli kumpulan. Aku nampak semua orang bagi 5 markah (highest) pada setiap ahli kumpulan. terharu :'D nampak sangat group ni 'daebak!'
Lepas pulangkan balik tag nombor tu, keluar dan aku terus cari ayah aku. Ade dengar jugak budak ni kata nak bergambar, tapi aku tunggu-tunggu, takde sape pon keluarkan kamera/phone. aku baru nak blah, then ade group member cakap, 
"hah, nak lari ea? Sabarlah" point kat aku. tetibe datang kat sebelah aku, buat 'peace' bajet selfie! aku dah lah nak rushing sebab petang tu abah nak keje. "cepatlah, kalau nak ambil gambar sekarang. Aku nak rush nie!" and diorang pon dengar la cakap the queen of the group nie XD sume keluar smartphone, then ambil gambar. Aku suruh post kat group fb 'SBP 0913' tapi sampai sekarang aku tunggu, takde sape pon upload. So, takdelah gambar sepanjang interview ni memandangkan aku pon tertinggal phone kat rumah.
So, kepada mereka yang baru nak ditemuduga, jangan risau. seriously, korang akan enjoy the interview. tapi, tak tahulah kalau korang dapat group yang sedikit hambar. bagi aku, ALHAMDULILLAH, team members semua sporting habis XDD terharu aku dengan diorang. So, doa banyak-banyak ok ^^ May Allah ease my team members to get the MARA scholarship convertible loan. May Him :'D










Tuesday 22 April 2014

kesalahan TOP budak asrama

Bismillah :)
mood : *rindu sekolah*





TOP - kesalahan biasa budak asrama :P


1) Hisap Rokok

Aku start dengan kesalahan kategori A. dimerit 30 kot~ kesalahan nie paling epik sekali sebab semua asrama tak sah kalau takda kes ni pelajar merokok. Paling kurang, mesti ade satu dua geng yang buat kepala hisap rokok kat asrama. yelah, kalau sorang, tak jadi aku rasa. *kot la* oh ya~! kes ni popular among boys la. tak pernah pulak aku dengar budak asrama perempuan merokok. Cikgu pun dah penat nak tangani kes-kes macam ni. port utama untuk merokok biasanya tandas, belakang dorm, atas bumbung, stor takpun masa outing kat mana-mana.
eheh! macam ade pengalaman je tahu tempat-tempat ni semua.
ehem*betulkan suara*. I'm a good girl. takde maknanye nak merokok bagai. aku tahu pon sebab Ckg Ramli atau Ckg Baha (wardens) selalu cerita kat surau atau masa perhimpunan asrama. Kisah paling legend yang aku pernah dengar, kantoi masa tengah solat. Senior tue tengah jadi Imam masa solat, then tunduk untuk bongkok or nak sujud macam tue la, tetibe kotak rokok jatuh. Tu diaaaaaaaaa *nada Anwar Hadi* kantoi sudae~ So, kepada semua seniors or juniors, tak perlu la merokok. Rokok tue HARAm tau??!!

2) Handphone

Bawak handphone ni biasanya ade dua sebab je. Yang pertama, nak contact parents sebab rindu. mungkin public phones tak banyak kat asrama. Tapi, kalau asrama banyak public phones pon, mana nak cekau duit syiling banyak-banyak? tue yang malas nye. kalau pakai kad telefon pon, tak banyak public phone yang boleh detect. Sebab kedua ialah nak contact makwe ==" padahal, awek die dekat aspuri (baca: asrama puteri) je pon~ siap nak contact/message/ bergayut sepanjang malam. kesalahan nie lelaki perempuan sama je aku tengok. tak kira seniors or juniors, mesti ramai yang bawak! Aku? tak pernah kot. bawak pon time form 5 nak dekat SPM, tue pon sebab Majlis Tertinggi Pengawas pon bawak dan ramai warden dah tahu. tu pon takot-takot nak show off. tak pernah bawak la katekan~ cuak-cuak gituh *_* So, sekadar pesanan, cuba elakkan bawak phone. bukan sebab takut kene rampas dengan warden je, tapi takut dicuri tangan-tangan yang 'gatal'. kalau nak bawak sangat, bawak je lah yang cikai-cikai. kalau hilang, takde la nak mengamuk satu asrama kau selongkar. kan menyusahkan orang lain nanti XD

3) Mencuri

Curi pakaian, turns, duit, sabun mandi, selipar, hanger, stoking, kasut, cadar, handphone, MP3, dan sebagainya. In fact, pakaian dalam pon nak curi! tue paling tak boleh bla lah. Menyirap je. Ade yang curi-semetara. maksudnye, die main rembat je baju orang kat ampaian, then lepas guna, basuh balik, letak kat ampaian. kalau agak-agak pakaian hilang kat ampaian, seminggu lagi , ce try cerik lagi. ada insyaAllah. tu pengalaman aku la. tapi, rajin sikit la nak selongkar, sebab aku sidai tempat lain, jumpe kat tempat lain. Yang aku tahu, budak lelaki paling selalu hilang selipar! kat surau pulak tu ==" Cikgu Zamir pernah solat maghrib kat surau sebab die ade kelas kimia dengan budak form 5 pukul 8p.m. Lesap kot! at last, Cikgu datang sekolah kaki ayam. melampau kot masa tuh! Geram je kitorang tengok pencuri tuh. bayangkanlah, cikgu datang nak mengajar, tetibe end up dengan berkaki ayam datang kelas. So, to those yang suke mencuri, stop it! Allah tak suka.

4) Ponteng Prep

Biasanya yang ponteng ni, boleh cek kat dorm atau kantin. takpun kat bilik-bilik khas macam bilik pengawas, bilik badar dan sebagainya. Pengawas pon bukan boleh percaya sangat. Malam-malam selain masuk bilik diorang untuk dapat air-cond, kadang-kadang dok online, hapdet status muka buka, pengicau dan sebagainya. aku pon pernah je lepak Bilik Badar, tapi sebab kene siapkan kertas keje la. S/U la katekan~ tapi, lepas siapkan, biasanya aku stay lama sikit samapi habis prep sebab kelas biasanya "meriah". So, aku pernah la buat kesalahan ni.huhu.. Mohon jangan dicontohi. Masa prep ialah masa study, bukan untuk berfoya-foya. siapkan homework, nanti takdelah bagi alasan bila cikgu mintak nanti XDXDXD

5) Tak Siap Homework
Yang ni berkaitlah dengan yang kat atas. yelah, bila time prep digunakan untuk berdating, merayau-rayau, melepak, bergosip, mane lah tangan tu nak bergerak buat kerja sekolah..hmm..kalau jahat sikit, bagi alasan tertinggal kat dorm la dan sebagainya. dapat cikgu yang tak kesian, suruh amik kat dorm, padan muka hang! satu dua subjek tak siap, ok la tuh. tapi, kalau dah tak siap, ape citaq?! tapi, Alhamdulillah, aku dikurniakan cikgu yang baik hati sangat sebab kebanyakan mereka akan tanya, bila bole siap. takpon, jumpe personal cakap kenapa tak boleh siap. tapi, pointnya, berusaha siapkan homework anda :D

6) Balik Asrama Lambat

kes ni aku pernah buat sekali masa form 3, lepas PMR. masa tuh, dah takde program sangat, so ape salahnya, berehat lama sikit kat rumah. lol XD Siap pergi klinik, amek MC tiga hari. hehe :P jangan dicontohi ya? biasanya, macam-macam alasan yang orang bagi. kakak nak fly la, demam la, takde sape nak hantar la, paling common sekali, atok meninggal. haish +.+ padahal, atok die dah meninggal sebelum dia lahir lagi. masyAllah ^^ kesian Inche Atok. macam-macam lagi, tapi kalau nak bagi alasan pon, kenelah logik dan kreatif. tapi, jangan amalkan, balik awal tak salah pon kan?

7) Asrama kotor

biasanya, paling menjijikkan ialah toilet. ni aku cerita aspuri la sebab memang taklah aku nak cerita pasal aspura. kotor habis asrama diorang! dan quotes paling common ialah:
'DORM TERKOTOR ASPURI IALAH DORM TERBERSIH ASPURA'
bagi aku, dorm aku masa form 5 adalah dorm paling tak kemas bagi. sebab dari aku form 1-4, aku stay dorm yang tersangat kemas dan ketua dorm yang agak strict tapi sporting. so, dah biasa dalam keadaan kemas. Paling membanggakan, masa form 4, dorm aku dapat Johan Asrama Terbilang dengan Anugerah Dorm Pilihan Warden. untung giler :D hadiahnya, dapat pergi Legoland ! *muka bahagia* happy sangat masa tu sebab kene bayar RM 50 je, lagi RM 90 cikgu bayarkan. pemenang la katekan~ so, rerajin la kemas dorm anda :P

8) Solat Dalam Dorm (SODORM)

ok, kes ni memang parah. Aspuri biasanye seniors yang buat, tapi tak ramai sangat. Aspura, takyah cakap la. sekolah aku, aspuri dekat je dengan surau. dekat sangat, so melampau aku rasa untuk orang yang sodorm lima waktu ni. Pihak BADAR dah bunyi siren kuat-kuat, takkan tak dengar. Malah, datang satu dorm, kejutkan. kalau terlambat subuh sekali sekala tue, boleh dimaafkan. ni kalau tiap hari, payah la. Solat Fardhu kot. Dorm tu takde lah bersih mana. common la, kata budak SBP, takkan excell akademik je, tapi solat ke laut. So, please la, avoid SODORM!! you can :D apa fungsi surau kalau takde orang nak solat kat dalamnye kan?

9) Tidur Dalam Kelas

Tipu la kalau budak asrama tak pernah buat. Budak asrama memang manusia yang suka tidur dalam kelas, semasa cikgu mengajar, prep, apa lagi kalau takde cikgu dalam kelas. segarang mana cikgu tu, mesti ade kes budak yang tidur time kelas beliau. mungkin penat bersukan, pegi wakil sana sini. tapi, yang tak berapa nak aktif pon suke tidur dalam kelas, ape cerita? sumpa tak faham! ade setengah tu, tidur dalam kelas, pastu cover balik lepas kelas. ade yang masa kelas dengan selepas kelas tidur pon, die still bole scor. haha~ kate budak SBP. Golongan yang macam ni, biasanya cikgu tak marah sangat, tapi sepatutnya dielakkan sebab Adab dengan Guru kena jaga.

10) Tidur lama-lama masa balik cuti

yang ni memang favourite. Walaupun setiap kali balik, mesti ade yang pesan, jangan Subuh Gajah, tapi balik rumah habis terlepas waktu solat terutamanya Subuh. tak semua, tapi kebanyakannya. Sebab, balik rumah online 24 jam, tweet pasal homework banyak. tapi, tak usaha nak siapkan pon.muehehe. pengalaman ni :P sebab dok asrama dah la banyak homework, then cuti seminggu macam homework sebulan. masa form 1, semangat la aku siapkan, lama-lama dah makin senior, habis terabur homework aku. so, biasanya bila balik rumah budak asrama ni suka "Qada' Tidur". sebab kat sekolah kan tak cukup tidur. kalau dah bangun subuh, then tidur balik, ok la as long as kau solat subuh, tapi, kalau ko langgar solat subuh then bangun lepas zohor ape cerita? terkejut aku. tak sakit kepala ke tidur lelama? so, yang ni tak bagus la dibuat. we should plan well activities.

11) Buli

yang ni biasanya budak asrama panggil "tolong". aku tak nampak buli ni obvious among aspurians, tapi aspura jangan cakap la. tapi, aku kagum dengan budak form 1, form 2 yang suka tolong ni. bear with those seniors. aspurians aku tengok takde ape sangat. setakat suruh tapau makanan kat Dm, atau belikan makanan kat kantin. tapi, buli ni bergantung kepada definisi setiap individu. Tapi, percayalah! kalau setakat perjumpaan malam-malam dengan seniors setakat nak torture form tu, tak namanya buli. tu namanya peringatan. dan, aku paling menyampah, kalau ade yang megadu dekat warden pasal kononnya kitorang 'buli'. mesti ade sebab kenapa seniors panggil juniors. Mungkin seniors nak betulkan cara solat hadek-hadek, sekaligus cerita la pasal adab sikit. maklumlah, juniors nowadays kan lagi expert dari seniors. ape pon, buli yang sebenar-benarnye patut dielakkan bagi mengelakkan kite dimerit :P

that's all. I really miss my school, so I spent time doing this. #de'zlatanera #KMJ0913 #Exsel #SISMe  and here some pictures on hari-hari terakhir sekolah <3 <3 <3


RAZIAN 2013

AKU DAH FRAMED GAMBAR NI. FORM 4, AR-RAZI

BERBASIKAL. SERIOUSLY EXCITED :D

ORANG TENGAH DENGAR CERAMAH, SEMPAT LAGI SELFIE :P



BAJET PHOTOSHOOT GITUH :P

I LOVE THIS PLACE PRETTY MUCH <3

PROUD TO BE SELANDARIAN :D


I'M SBPan :P

PANJAT POKOK! MACAM TAK SENONOH ANAK DARA PANJAT TAPI EXCITED! FIRST TIME XD








Monday 21 April 2014

#share fact-juz for fun

In The Name of ALLAH :D
just sharing this XDXDXD


I used my phone number to discover my age. PRE CALCULUS KNOWLEDGE. 
your Phone number will reveal your Age.
I do not know who discover this? HAHAHAHA! Really accurate.
It will take about 15 seconds, read and do it at the same time so that you will not lose the fun.
[1] Take a look at your last digit of your cell phone number
[2] Use this figure and multiply by 2
[3] Then add 5
[4] And then multiply by 50
[5] And then add the number 1764
[6] The last step; with this number, subtract your birth year.
Now you see a three-digit number.
The first digit is the last digit of your phone number, the next digits is your actual age for this year!
Surprising?
Let's go out to spread the joy!
This is a very interesting math problem, really accurate.
Very magical, feel free to share with everyone.
Do not believe? Try it..."

I got this. I'm 18

Friday 18 April 2014

Bila Ujian Menyapa

Bismillah
Moga Allah redha saya je, anda dan kita semua :D


*ketahuilah entri ini di'post' selepas khabar feri karam di KoreaSelatan :'(

Hidup ini indah..andai kita memandang dan melihatnya dengan indah..Hidup ini derita..andai kita memandangnya sebagai satu penderitaan yang tak berkesudahan..
Bila diri di landa duka yang melemahkan iman dan semangat..
Renungkan kembali kata-kata cinta Allah tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini..
Demi menenangkan hati yang celaru..
Demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan..
Supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita laksanakan di muka bumi ini..
Dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di dunia ini..
“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “
( Adz-Dzariyat 51:56 )

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..”
( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )

Sering kali kita terdengar luahan rasa insan-insan yang berputus asa ketika diuji. Ada ketikanya, mereka mencari penyelesaian yang salah, mencederakan diri sendiri, menyakiti diri sendiri, menyeksa diri sendiri dan seumpamanya.Ada jua yang sering menyalahkan takdir yang menimpa diri, mengatakan ketidakadilan terjadi terhadap mereka, memikirkan tiada yang menyayangi diri mereka, termasuklah Allah yang difikirkan tidak pernah memihak pada kehendaknya.Ada jua yang memikirkan mati jalan penyelesaian bagi penderitaan yang dihadapi. Pabila iman di dada semakin tipis, aqidah yang dipelajari sedari kecil semakin pudar, yang tinggal hanya desakan nafsu dan hasutan syaitan. Inilah yang akan terjadi.
Ini bukan sekadar kata-kata kosong. Kata-kata yang tidak memahami tapi adalah kata-kata dari kisah yang benar. Kerana diri ini jua pernah mengalaminya dan melihatnya sendiri sewaktu ketika dahulu. Mujur, saat dugaan datang menyapa, iman diri walaupun menipis, masih lagi ada saki baki iman kekal teguh di jiwa yang menghindarkan dari melakukan perkara-perkara yang buruk.
TINDAKAN KITA KETIKA MENGHADAPI UJIAN HIDUP?
BUNUH DIRI ATAU SOLAT TAUBAT?
MENANGIS dan MERAUNG ATAU BERDOA?

Menangis, meraung, marah, mengamuk benda yang selalu dilakukan untuk mengekspresikan rasa di dalam hati. Tapi percayalah, air mata yang jatuh di atas sejadah itu lebih baik dari air mata yang jatuh di atas bantal. Mendiamkan diri itu lebih baik dari memaki hamun. Tersenyum itu lebih baik dari muka yang masam mencuka. Kerana itu lebih mententeramkan jiwa yang sedang bergelora.
Janganlah cepat berputus asa dalam meniti ujian yang mendatang. Janganlah mencari salah siapa atas dugaan yang menimpa. Redhakan lah diri. Lapangkan hati. Bukakan lah minda. Terima ketentuan setiap yang terjadi. Yakinlah dengan setiap hikmah yang ada. Kukuhkan lah kesabaran dalam jiwa.
“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..”
(Az-Zumar 40:53)

Teringat satu ketika dulu, pabila diri dihimpit dengan rasa sedih yang teramat sangat, waktu itu hanya air mata jadi peneman yang setia. Tak berhenti-henti tangis dari pagi sampai malam. Sehingga menyebabkan mata tak dapat dilelapkan, makanan tak dapat ditelan.
Tiba-tiba hati tergerak dan terasa ingin mengambil wuduk. Lalu langkah kaki diatur menuju ke surau yang berdekatan. Surau yang jarang di imarahkan. Surau yang sunyi sepi tanpa ada seorang manusia pun di dalamnya. Sejadah dibentang. Lalu solat sunat dilaksanakan. Tangan ditadahkan. Segalanya diadukan kepada-Nya. Hati diserahkan 100% dan dihadapkan kepada-Nya.
Air mata tumpah sekali lagi. Dan air mata itu berhenti tatkala tertidur di atas sejadah itu dengan diri yang masih lengkap bertelekung. Bila terjaga dari tidur, hati terasa lapang, tenang, kegelisahan yang melanda hilang begitu sahaja. Bibir sudah mampu mengukirkan senyuman. Keputusan terhadap permasalahan diambil dengan mudah dan tegas tanpa ada apa-apa yang mampu mengugat keyakinan diri lagi. Tatkala itu hidayah mula datang mengusik hati nurani. Diri mula sedar akan hakikat kata-kata yang sering didengar..
“Dengan mengingati Allah, jiwa pasti akan menjadi tenang”

Dugaan dan ujian itu adalah penyeri kehidupan kita. Itulah hakikatnya. Tersenyumlah ketika dirimu diuji. Kerana ketahuilah, dengan diuji, kita tahu bahawa Allah masih mengambil berat tentang kita. Tak mengabaikan kita dan menyayangi kita. Lalu kita diuji untuk Dia mengetahui tahap keimanan diri kita terhadap-Nya. Untuk Dia ketahui tahap kita mencintai-Nya. Ujian jua untuk menguji kesabaran kita dalam menghadapi musibah yang menimpa.
Tanpa ada ujian, tiadalah serinya hidup kita. Terasa pudar dan hambar tanpa ada sebarang cabaran untuk kita hadapi. Kegembiraan itu hanya dapat dirasai apabila kesedihan berlalu. Bahagia itu datang pabila derita dapat diatasi. Dugaan dan ujian ini juga untuk mengajar kita supaya berfikir dan menjadi lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan harian di dunia ini.
Betapa halus cara Allah mendidik kita agar kita tak terleka dalam menghadapi dunia yang fana ini. Carilah hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian kerana yakinlah dugaan yang datang bukan untuk menghukum tetapi untuk membimbing diri kita. Jadi jelaslah sekarang cara yang paling sesuai ketika menghadapi dugaan hidup adalah menyerahkan hatimu kepada Allah. Mohonlah perlindungan dan bantuan-Nya. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersirat di dalam nuranimu. Allah jua yang mampu menbantu kita kerana Allah itu Maha Berkuasa.
#PrayForMH370 #Pray4Ikhwan #Pray4SouthKorea #Pray4Justice #saveummah #savesunni #Pray4Palestin #Pray4Syrian #Pray4Egypt


Tuesday 15 April 2014

Tutup, Jangan Tak Tutup XD




Bismillah
Moga Allah redha saya, anda dan kita semua

kenapa perlu menutup aurat. Bila buka topik tutup aurat, pasti wanita akan lebih terkesan daripada lelaki. Kenapa? sebab biasanya tidak menutup aurat biasanya dikaitkan dengan wanita. mungkin sebab "aurat wanita banyak, lelaki senang je "ehem~ nanti dulu!! alasan itu sudak lapuk selapuk kasut sukan yang disimpan dalam rak kasut selama 5 tahun lamanye >.< eheh. ok la, macam nie. lelaki atau wanita Islam WAJIB menutup aurat! Lelaki walaupun dikatakan auratnya mudah, tetapi berapa ramai muslimin hari ini yang kita lihat mendedahkan aurat mereka. Astarghfirullah D': muslimah pula? hmm, tak perlu diberikan jawapan pon, anda pasti sudah menggelengkan kepala. 

mari kita lihat pengertian aurat terlebih dahulu. Maksud aurat dari segi istilah ialah 
'ANGGOTA TUBUH BADAN YANG WAJIB DILINDUNGI DARIPADA PANDANGAN AJNABI (orang asing) ' Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 33

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."

Kalau anda arif dalam Usul Fiqh, pasti mudah untuk mengistinbat hukum dalam ayat ni. Hmm,, takpe.  biar saya jelaskan. Dalam ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa perintah menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mendirikan solat, menunaikan zakat serta perintah-perintah yang lainnya. Setiap perintah dan larangan Allah pasti ada hikmahnya. Maka, saya mengajak anda dan kita semua untuk melihat maslahah di sebalik perintah ini. saya tidak cuba untuk menyenaraikan semua, namun cukuplah sekadar secangkir teh perkongsian :D



1) Membezakan Muslim dan non-muslim. ok, this point obviously untuk muslimah la sebab kadang-kadang muslimin ni susah sikit nak bezakan. Islam mengajar wanita untuk menutup aurat dengan sempurna. Menutup aurat tidak semestinya mengenakan tudung labuh. Apa-apa sahaja material suci yang boleh dijadikan alas untuk melindungi aurat kita boleh digunakan. Ya! antara yang famous dijenakakan ialah menutup menggunakan baldi. Sekiranya anda berani, silakan buat asal ia dapat melindungi aurat anda. Di samping itu,ramai wanita Islam hari ini yang mengenakan Niqab atau Hijab. Dan dunia barat hari ini sangat menentang pemakaian Hijab di tempat awam di negara mereka. Apabila melihat wanita yang berhijab, mereka sudah kenal bahawa mereka ialah Muslimah. Jadi, ia membezakan muslim dan non-muslim bukan? TETAPI,, ada tapinya. Tak kurang juga non-muslimah hari ini yang mengenakan hijab. Pasti anda kenal dengan Felixia Yeap bukan? kalau beliau yang bukan Islam boleh memilih mengenakan hijab, maka mengapa muslimah yang tidak bertudung hari ini tidak mahu memakai hijab? malah, kebanyakan wanita bukan Islam yang mengenakan hijab sendiri mengakui bahawa mengenakan hijab memberi ketenangan dan mereka merasa selamat. Indah bukan hikmah di sebalik perintah Allah ? *fikir*

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)

2) Mengelakkan gangguan daripada tangan-tangan kotor. Anda semua sudah banyak kali mendengar perumpaan wanita sebagai gula-gula atau coklat. Di mana perbezaan coklat yang bersampul sebagai wanita yang menutup aurat dan wanita yang mendedahkan aurat sebagai coklat yang tidak berbalut. Apabila ditayangkan untuk dijual, pastinya pembeli mahu membeli coklat yang bersampul kerana fitrahnya, kita sebagai pembeli meyakini kebersihan dan kesucian coklat tersebut serta keistimewaannya sehingga dibalut sebegitu rapi. Begitulah wanita yang memelihara auratnya, amatlah sukar untuk dikotori oleh tangan-tangan syaitan. Ketahuilah, bahawa Islam hadir telah mengangkat wanita ke darjat yang lebih tinggi!! Maka, mengertilah wanita bahawa perintah Allah untuk menutup aurat itu mengandungi 1001 kebaikan.

3) Berjilbab mampu mengurangkan risiko penyakit kulit! percaya atau tidak, tetapi inilah hakikatnya!! Menurut suatu kajian yang masyhur, bahawa kulit wanita lebih sensitif daripada lelaki. Maka, kulit wanita memerlukan penjagaan yang lebih rapi daripada Inche Adam. Dalam keadaan dunia yang penuh pencemaran ini, uhuks *batokbatok*, Islam telah pon menyediakan solusinya lebih 1400 tahun dahulu. Yeah! kerana Islam adalah agama Dulu, Kini dan Selamanya XD  wanita yang suka berpakaian lengan pendek di tempat awam di waktu panas terik atau memakai pakaian yang seksai, amatlah tinggi untuk mengalami kulit gelap ^.^ baca: sunburn   Wahai wanita, saya percaya anda semua inginkan kulit yang bersih, putih dan sehat. Maka, mari kita milikinya dengan memelihara aurat hanya untuk Inche Suami. 

Ingatlah diri dan kaum wanita sekalian, saya menyeru kita semua untuk sama-sama memelihara aurat kita. Banyak lagi kelebihan mengapa Islam mewajibkan lelaki dan wanita untuk menutup aurat. Saya di sini memesan kepada diri sendiri yang pelupa ini juga. arakian, terdapat banyak pilihan tudung di malaysia ini. antara yang terkenal ialah tudung singkat Mama Fareeda. Saya bangga dengan Mama Fareeda kerana merupaka jutawan wanita Islam, tetapi cara PuanMama agak mengelirukan. Menjual tudung yang singkat. mungkin niat PuanMama untuk menjual kepadi hadek-hadek, tetapi ketahuilah bahawa yang membeli tudung anda ialah hadek, kakak, makcik, nenek yang memerlukan tudung yang lebih labuh. Bukan saya mahu menyalahkan PuanMamaFareeda, tetapi saya melihat itu pada satu sisi. Pada satu sisi yang lain pula, kita sebagai muslimah di Malaysia perlu bijak dalam memilih pakaian termasuk tudung. Bukankah pemakaian tudung dan menutup aurat menunjukkan KETAMADUNAN seseorang wanita kerana bijak dalam menjaga kehormatan dirinya.