Pages

Sunday 21 September 2014

maturity in progress



Bismillah
Assalamualaikum
membesar dan terus membesar
mecari kematangan dalam segenap penjuru
agar nanti tidak tersasar
pada jalan yang bakal dituju

Inilah manusia. terus membesar dan membesar. sebagai khalifah, diutuskan ke bumi utk mengimarahkannya dengan jalan-jalan yang diredhai. hidup ini memang sentiasa penat. Malah, melelahkan jiwa-jiwa yang lemah, yang tidak jelas matlamat hidupnya
 
 Fasa Baru. Kini, sudah seminggu di bumi barakah Sham, Jordan. Satu tempat yang pernah aku idam-idamkan untuk pergi. Alhamdulillah, Allah tunaikan permintaan hambaNya yang hina ni. "Anda hari ini ialah apa yang anda fikirkan lima atau sepuluh tahu dulu" -Ustaz Affuan

Kehidupan di Jordan akan menjadikan anda sangat berhati-hati. Dalam dan di luar rumah memerlukan anda berhati-hati terhadap syabab mahupun akhawat. Jangan pernah meletakkan pandangan tinggi dekat negara Islam ni. Bunyi hon kereta yang takkan berhenti, pemandangan wanita-wanita arab yang bertabarruj, tidak menutup aurat. Itu belum dikira sampah yang merata-rata sehinggakan kalau jalan pun memang akan terpijak sampah. Kedai sisha yang dengan gahnya mempamerkan rekaan sisha dengan pelbagai perisa, orang arab yang kejam sampai panggil orang Malaysia "ni hou" -bahasa cina-.Jangan bangga kalau ade orang arab panggil anda sedemikian kerana itu tanda mereka menghina anda sebab Orang Cina ada yang datang Jordan untuk melacur

Geram?? Semestinya!!! Siapa yang tidak marah apabila bumi sham yang diberkahi ini tidak menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain.Siapa yang tidak marah bila saudara seislam yang lain sedang menderita dibom dan diseksa tentera Israel, tetapi negara Islam yang aman ini leka dengan minuman PEPSI, Coca Cola, Nestle malah itu sudah menjadi tabiat mereka. Siapa yang tidak membara apabila negara bukan Islam pun atas dasar kemanusiaan dengan bangganya mengibar bndera Palestin tetapi negara Islam yang bersebelahan dengannya dengan bangga mengibar bendera Israel ?!! Allahu :') Belum lagi dikira berapa banyak restaurant Mc Donald yang memang dipenuhi pelanggan-pelanggan muslims.

Namun, dalam segala keburukan tu, pastinya ada hikmah yang diselitkan. Kita mula mengambil ibrah. cuba mengamalkan Islam dengan syumul, menuntut ilmu sebanyak yang mungkin. seburuk mana pun negara ini, ini bumi barakah. Tanah yang dirakamkan dalam surah Al-Isra' ayat 1 yang diakui keberkatannya oleh Yang Maha Berkuasa

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat
 
Ambillah ibrah sebanyak mungkin daripada mereka kerana di setiap sisi pasti ada kebaikan dan hikmah dariNya *senyum lebar-lebar* XD 


 

Monday 11 August 2014

latest updatesss


Assalamualaikuuummmmm....
halooo,, Mr Bloggie...long time no see ya~ seriously, dah dua bulan tak update. so, mestilah banyak bende nak cerita :D
First thing first..sebenarnye dah lama nak habaq pasai ni *eheh, sejak bile jd oghang kedah ni *.* okey la.. So, the not-too-current update ialah sekarang penulis tengah sambung belajar kat Intec?

"Intec tu ape? bunyi macam rare je"
" Intec je pon~ "
" fuyooo,,, Intec kot~ "
#pilih yang mane respon anda :P

ok, here I am *padahal tengah menaip kat rumah*.. Intec Education College. Atau ada sebahagian manusia yang panggil UiTM seksyen 17. kenapa? Sebab Intec ni dulu bawah MARA. Tahun 2013, baru jadi kolej persediaan persendirian. Intec ni tempat persediaan pelajar untuk ke luar negara.
 " fuyoooo,, penulis nak ke luar negara ??!! "

ehem.. Alhamdulillah, penulis dapat tawaran untuk course perbankan Islam di Jordan. 4 tahun di sane insyaAllah. So, Intec ni tempat persediaan ana ke sana *gune ana, ade la gaye ke Timur Tengah :P * insyaAllah tak sampai 3 bulan di sini dan awal bulan 9 nanti fly ke Jordan. Yahoooo!!!!
 So, ana nak mohon doa semua untuk lancarkan perjalanan sepanjang di sini. tempat baru la katekan. Ana ni takde pengalaman dok kat bandar. selama ni terperap kat kampung je. but! one thing, ana takdelah jumud sangat n closed minded ~

ok, back to the story.. ana sebenarnye rase la jugak tekanan. sebab ana fikir, yang dapat ni semua sponsored,, so, mestilah hebat sampai sponsor nak support kan? So,i'll try my best to compete with them. 

Sebulan duduk kat sini, macam2 bende yg ana lalui. daripada tak kenal orang, sampai kenal sume orang dalam program Middle East ni. seronok :D mereka ni hebat2. Pasal kelas lagi la best. Pensyarah semua hebak bakhang ^^ Tapi, memang penat sikit la. Dulu, ade seorang ustaz ni cakap, budak islamic banking paling busy dalam Middle East Programme. Mula-mula tak percaya sangat sebab mestilah pikir budak Medic dengan Dentistry lagi busy kan~ sekali, hamekkaw!!! 

Memang busy sampai budak dentist dengan medic pon kesian kat kami. assignments jangan cakap la.. dengan role-play, tests, dan sebagainya. Tapi, itulah yang seronok,, kalau tak, kami takkan kenal sesama kami.. dengan buat assignments la kita tahu perangai members kita, melalui role-play la kita tahu members kita tu penyegan rupanya.. Dia tu blalabla.. daripada situ kita kenal.. 

Memandangkan kami ni 18 orang sahaja, 11 syabab, 7 akhawat, ukhwah kami rapat.. maklumlah pergi mane2 same2. tak lengkap kalau tak cukup. tu diaaaa,,, penangan ukhwah antara kami :DDD 

Itu je kot setakat ni, ana nak mengundur diri. Banyak kerja ni. ni pon curi-curi masa update blog. Do pray for us. Together #pray4aqilah. muahahaha.. ok la..Assalamualaikum











Wednesday 21 May 2014

SAMPAI BILA??

Bismillah..
Assalamualaikum.
Moga Allah redha saya je, anda dan kita semua. Alhamdulillah, hari ini diberi idea untuk menggarap secangkir coretan dalam blog ni. sekurang-kurangnya dapat aku luangkan masa lapang ni untuk meluahkan persoalan utama. Ya, seperti tajuk di atas, persoalan utama kali ini ialah 'SAMPAI BILA?'

Tadi, adalah meluangkan masa untuk scroll down home di muka buku dan pengicau. scroll punyer scroll, jumpe la sesuatu yang dishare oleh seorang rakan berkaitan hukum berqasidah. Ada seseorang yang menge'post' video majlis qasidah dengan tajuk yang kurang enak. Lalu, saya melihat kandungan video tu untuk melihat apa kaitan video dengan tajuk tu. hmm, bagi saya, video itu tiada apa-apa yang memusykilkan. Lalu, saya terpandang komen-komen di situ. 

Saya di sini bukanlah untuk menghuraikan hukum berqasidah, Anda menpunyai ramai asatizah (baca: ostaz) di sekeliling anda. Jadi, silakan tanya pada mereka yang lebih arif.  Apa yang saya nak kaitkan entri ni adalah dengan komen-komen yang saya baca pada video itu. Mereka membahaskan tentang hukum tersebut beserta dalil, hujah, menggunakan ayat, "ustaz ni kata" dan sebagainya. 

Pada satu sisi, saya melihat ia adalah sesuatu yang bagus di mana mereka membincangkan perkara yang baik, iaitu soal hukum hakam. Pada satu sisi yang lain, saya melihat semakin banyak keburukan di mana mereka mula bertelagah untuk menegakkan hukum dengan memberikan 'hujah' masing-masing.

"Hukumnya _ _ _. aku pergi ceramah ustaz tu, dia cakap hukumnya macam tu"
"Hukumnya _ _ _. ustaz kau belajar kat malaysia. ustaz aku belajar kat Mesir"
"Ustaz kau suspek Wahabi. Ustaz aku sunni. Ustaz kau pulak Syiah"

 erkkk.. ok, terkesima jap baca komen-komen macam tu. 

Satu perkara yang terlintas dalam fikiran saya ketika itu, betapa mudahnya kita melabel. Sesama orang Islam, terlalu ekstrem jika saya katakan sudah menjadi trend melabel-label sesama sendiri, mengkafir-kafirkan, menyesat-nyesatkan, membid'ah-bid'ahkan namun hakikatnya itulah yang berlaku. Puak ini dituduh wahabi, puak itu dituduh Syiah, Puak ini dituduh kafir. Allahu :'( Begitu lancang mulut mereka mengeluarkan kata-kata seperti itu.Itu baru di Facebook.belum lagi di pengicau, blog, video dan lain-lain. 

Jadi, saya tertanya-tanya mengapa berlaku perkara seperti ini? dan sampai bila perlu berlarutan musibah ini? Medulla oblongata saya membawa kepada satu persoalan, SAMPAI BILA? Sampai bila umat Islam harus bergaduh sesama sendiri? Sampai bila umat Islam terus bercakaran dan berperang sesama sendiri? Sampai bila yang berpuak-puak ini akan bersatu? Sampai bila kita terus benci-membenci? Dalam hal yang tadi, sampai bila anda mahu label-melabelkan orang lain dengan panggilan yang kurang enak hanya disebabkan mengambil hukum dari ostad yang berlainan! Ketahuilah, hukum itu berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah. Juga Qisas juga Ijma' ulamak. ramai ulama, maka semakin banyak percanggahan. Saya ulang, ulama' bukan ustaz. *sila rujuk pengertian ulama dan ustaz dari segi istilah dalam bahasa Arab*

Sampai bila ummah ini harus nazak dan tenggelam dalam lautan kejahilan dan permusuhan? Yang lebih mengerikan, apabila gerakan dakwah Islam yang sepatutnya menjadi benteng dalam mempertahankan Islam dan memberikan kefahaman menjadi transformer apabila menukar functionnya ke arah kerosakan ummah. Melalui apa? Ya, melalui qudwah yang keji apabila mereka pula yang galak mempertahankan budaya hukum-menghukum, label-melabel, kafir-mengkafir, sesat-menyesatkan. Mengaku mahu mempertahankan Islam, tetapi merekalah kroni yang menjatuhkan imej Islam. Jadi, tidak mustahil apabila not-yet muslims cepat melabel Islam sebagai agama Terrorism, liberalism, sekularisme dan sebagainya. kerana, sebahagian daripada kita menunjukkan contoh tersebut. jadi, sekali lagi persoalannya, Sampai Bila kita mahu not-yet Muslims menggelar Islam sebagai sesuatu yang menyalahi fitrah?! 

Umat Islam hari ini banyak kekurangannya. Dan satu perkara penting yang Umat Islam hari ini tiada ialah....


"Abdul Wahhab Azzam rahimahullah telah melawat sebahagian besar dunia Islam. Beliau telah menjelajah dunia Arab, Turki, India, Pakistan dan lain-lain lagi untuk mengkaji realiti umat Islam secara dekat. Akhirnyanya beliau membuat kesimpulan bahawa umat Islam tidak kekurangan apa-apa kecuali perpaduan." - al-Muntalaq, Panji Kebaikan
Perpaduan! Ya, itulah yang amat kita perlukan sekarang. Urgent and Important!
Umat Islam hari ini ramai yang memiliki akhlak yang baik. Ramai Muslim hari ini yang cukup bijak, mempunyai pendidikan yang tinggi. Ramai juga Muslim hari ini yang kaya-raya dan mempunyai aset harta yang tak habis 7 keturunan. Lalu apa yang menghalang Umat Islam hari ini untuk menjadi kuat sebagai satu agama yang suci dan dihormati? Berpecah-belah. Saat ini adalah masa untuk kita ketepikan perbezaan yang sedikit, mencari persamaan dan menumpukan sepenuh tenaga untuk menguatkan dan memantapkan perpaduan. kerana apa? Kerana perpaduan mampu menamatkan persoalan 'SAMPAI BILA'!

"Janganlah kamu berasa tertipu dengan kerosakan yang zahir dan kejahatan yang melata di sana sini dalam kalangan umat Islam. Janganlah kamu gentar mendengar orang ini dan itu sudah rosak. Orang yang baik sebenarnya lebih ramai daripada orang yang jahat. Tetapi, golongan jahat mengibarkan bendera mereka lalu orang jahat dan pengikut mereka berhimpin di bawah naungannya. Golongan yang baik lalu lari, tidak bersama-sama golongan jahat ini dan suara mereka tidak kedengaran apa-apa.