Pages

Tuesday, 20 May 2014

coret-coret #UPU #Matriks



Assalamualaikum..
hallooo~ long time ya. tak tau kenapa malas sangat nak hapdet blog, pengicau, dan mukabuku.. padahal takde la busy sangat pon. laptop ade, internet pon takde masalah. tapi, memandangkan hari ini tahap kerajinan melepasi tahap kemalasan, aku berjaya menaip patah perkataan utk menghasilkan entri ini :D So, isu terhangat abad ini yang sering dibicarakan ialah kisah UPU. sejak tertangguhnya keputusan UPU hinggalah saat ini, SPM leavers masih kecoh dengan Inche UPU ni. so, aku pon nak cerita sikit pasal UPU dan setaraf. 

Alhamdulillah, aku dapat beberapa tawaran untuk melanjutkan pengajian. First, dapat IPG tapi tak pergi. banyak alasannya dan alasan yang aku suka guna ialah,
"akak aku dah cikgu. malaslah nak ramai-ramai cikgu kat rumah ni ==" "
hah, solid tak? :P seriously, akak aku sekarang kat IPG Temenggong Ibrahim di JB course TESL. Plus, aku tak berminat nak jadi cikgu sekolah rendah ni. bukan tak suka budak-budak, tapi atas beberapa alasan lain. and for your information, aku dapat Arabic. aku minat arabic, in fact merupakan mentor masa kat sekolah menengah dulu, tetapi sebabkan aku tak minat utk jadi cikgu sekolah rendah, aku tak pergi. Ayah aku pon cakap, jangan sebab kita tak yakin yang kita akan dapat course yang kita nak, lalu terima segala tawaran yang ada. As long as your result is strong enough to get your chosen course, stay jelah. But,kalau sekadar mahukan pengalaman, one of my friends cakap interview tu tak seronok pon. I don't know sebab takde kesempatan nak pergi.

Next, aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). ramai jugak kawan-kawan yang dapat kat sini. aku malas nak masuk matriks ni sebab aku kene berdepan dengan seseorang yang aku tak berapa nak baik. mau tau? Inche Biology dan Inche Fizik. ye, merekalah yang terpaksa digredkan dengan B+ dalam result SPM aku baru-baru ni. Besides, aku takut aku ubah haluan. aku ni dulu nak jadi dentist, tapi masa form 4, dah matang sikit, aku nak course islamic banking. ye! aku minat ok islamic banking ni ^^ kalau ke KMS, rasanya aku ade peluang untuk jadi dentist sekiranya struggle. tapi, memandangkan dentist itu atas sekadar minat, aku lebih cenderung ke islamic banking yang mana course ni aku telah lakar dalam coretan impian aku. 

Lastly, setelah penantian keputusan UPU berakhir, Alhamdulillah aku dapat pilihan pertama dalam course yang aku pilih dalam borang UPU. apakah? apakah?
International Islamic University Malaysia (IIUM) untuk kursus Ekonomi dan Sains Pengurusan atau nama comelnya adalah Econs :D kursus ni adalah satu-satunya asasi yang akan belajar di UIA Gombak. aku banyak buat research pasal course ni sebab bakal mendaftarkan diri di UIA PJ pada 7 Jun 2014. ramai sahabat aku yang lain akan daftar awal dalam akhir bulan lima ni. depa ramai dapat UM, UPM, USIM, UiTM dan sebagainya. ehem,, tak kurang jugak ok yang dapat UIA. lebih dari lima kot, dan sume satu geng ngan kepale hotak aku ni. tapi, tak sama course. hmm..nampaknya, bermesra masa orientasi jelah kita ~ 

Namun begitu, aku masih mengharapkan pihak MARA untuk mengeluarkan keputusan Pinjaman Pelajaran PILN 2014 secepat mungkin sebab aku amek course PERBANKAN di Jordan. mohon doakan yang terbaik ya. MARA, please be good to me :'D


No comments:

Post a Comment