Pages

Thursday 26 December 2013

Who Is COMANGO ???

Dengan Nama Allah...

COMANGO (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) adalah gabungan 54 pertubuhan di Malaysia yang telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini telah berlangsung pada 24 Oktober 2013 di Human Rights Council, Geneva, Switzerland.
Apakah antara intipati tuntutan mereka?
a. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
b. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
c. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
d. Mereka menyeru kepada kebebasan untuk penyebaran Syiah dan Kristianisasi
e. Menuntut kesamarataan agama dan menghilangkan status Islam sebagai agama Persekutuan.
f. Mereka menggesa larangan untuk umat Islam berdakwah kepada orang Asli.
Apakah pandangan anda mengenainya ?
Sebagai insan kerdil di Malaysia ini, saya berpandangan agar kerajaan Malaysia tidak tunduk terhadap tuntutan dan desakan pihak COMANGO yang berpaksikan hak-hak asasi kemanusiaan melalui perspektif Barat.
Bahkan, saya merasakan bahawa tuntutan COMANGO  ini sebenarnya telah membawa ruang dan peluang di kalangan umat Islam daripada pelbagai latar belakang parti politik dan NGO untuk bersepakat dan bekerjasama di dalam apa jua bidang bagi memertabatkan Islam dan umatnya di negara yang tercinta ini.
Jom, sertai kempen ‘Sejuta Umat Tplak COMANGO’ !
http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara.html

sumber: Dr Zainur Rashid

Maruah Israel semakin Tercalar !!

Dengan Nama Allah yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu....



Gaza sekali lagi diserang di dalam siri penjajahan negara Palestin yang telah dan sedang dilakukan secara terancang dan sistematik. Pihak musuh tidak pernah berpuas hati apabila wilayah kecil yang telah dikepung sejak tahun 2007 ini tidak pernah menyerah kalah miski pun sekatan secara total telah diperketatkan lagi selepas penggulingan Morsi sebagai Presiden Mesir yang telah diikuti dengan penutupan ‘Rafah Gate’.
Maruah mereka semakin terlondeh apabila pihak atasan tentera Israel baru-baru ini mengakui bahawa mereka telah menemui terowong rahsia ke dua yang telah digali dan dikawal oleh Hamas dari Semenanjung Gaza ke Israel (Palestine-1948).
Mereka tidak menafikan tentang kemahiran Hamas untuk membina ratusan terowong yang canggih di antara sempadan Rafah (Mesir) dan Gaza.  Namun pembinaan terowong rahsia daripada Gaza ke dalam Israel yang berkepanjangan beberapa kilometer adalah sesuatu yang sangat mengejutkan dan ternyata bahawa kecanggihan sistem keselamatan Israel semakin tercabar.


Salah seorang pegawai atasan tenteranya yang Brig. Jeneral Yoav Mordechai mengesahkan bahawa mereka telah memusnah terowong pertama dan yang ke dua tersebut baru-baru ini. Apa yang lebih mengejutkan mereka adalah kerana mereka mendapati bahawa terowong-terowong itu juga turut menggunakan bekalan simen dan besi daripada Israel. Dia turut memberi amaran bahawa kawasan di sekitar terowong tersebut adalah berbahaya dan “ancamannya yang masih berlaku.”
Hamas pernah menggali dan menggunakan terowong ke Israel sebelum ini pada 2006 dan berjaya menyelinap masuk ke dalam Israel. Mereka berjaya membunuh dua tentera Israel dan menculik anggota yang ke tiga iaitu Gilad Schalit yang telah dijadikan tebusan selama lima tahun sehingga 2011.
Gilad Shalit telah dibebaskan setelah ditukarkan dengan seramai 1018 orang Palestin yang menjadi tahanan rejim Israel.
Penjumpaan terowong rahsia yang ke dua membuktikan bahawa Hamas mempunyai keupayaan yang sangat luar biasa bagi menembusi kecanggihan sistem ketenteraan Israel yang dikatakan sebagai sistem ketenteraan yang paling canggih di Timur Tengah.
Ternyata bahawa kelemahan sistem Israel ini masih boleh dilondehkan di sana sini melalui pelbagai strategi yang disusun oleh pihak lawannya.
“Mereka merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik perancangan.” (Surah Ali Imran, 3:54).
sumber: Dr. Zainur Rashid

Tuesday 24 December 2013

Saya dah jadi alumni :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....

Assalamualaikum semua...
Aku dah habis SPM sekarang..Last paper hari tue Bahasa Arab, 3 Disember.. and now, I'm Home... dah lame tak balik rumah.. and dah lame jugak tak update blog nie..So, memandangkan aku dah habis SPM, aku dah jadi alumni dah.. alumni utk sekolah tercinta, SBP Integrasi Selandar.. seriously, aku rindu sangat dengan sekolah..I mean semua cikgu, juniors and of course sahabat-sahabat yg aku cintai kerana Allah dan Rsulullah, Insya-Allah.. Aku rindu sangat dengan mereka.. Last day mase aku nak balik rumah,, ingat lagi tangisan sahabat sekalian.. memang aku sedih...Aku rindu diorang sangat-sangat.. aku rindu nak tekan siren gerak solat, jerit suruh najmulail, nak kawan dengan juniors, berusrah, gather dengan dormmates.. aku rindu dengan budak 5 Al-Razi or in short, Razians.. truly miss you all.. tapi, semua nie ade hikmahnya.. takkan kita selamanya nak berada di sekolah.. berpisah itu normal.. aku selalu ingatkan diri aku dan kawan-kawan,,,,

"Bukankah kita orang beriman? Fitrah manusia itu bertemu dan berpisah.. Tetapi fitrah orang beriman, bertemu dan berpisah kerana Allah"

aku percaye yang kita semua akan gather balik.. kalau tidak di dunia, di syurga Allah, Insya-Allah.. lepas nie kan kita semua ade program alumni,, dah bebas SIKIT.. dah tak sekolah.. Insya-Allah, Allah memudahkan urusan utk berjumpa..walaupun lepas nie ade yg dapat fast track, tapi tak pe..aku yakin kita semua akan diberi kesempatan utk berjumpa suatu hari nanti.. everything BIIDZNILLAH....     XOXO :D







perancangan after SPM :)

In the name of Allah..
hey, hallllooooooo world..such a long time I didn't drop by here, Mr. Bloggie.. miss you so much.. Walaupun dah habis Spm, nie second time aku online gune laptop..my laptop dah rosak, tue yg xde mood nak online gune laptop org lain..nie pon sbb terkenangkan Mr.Bloggie yg dah lme tak 'mandi', tue yg aku pinjam jap lappy abah.. by the way,, nothing to say..later, I'll update my recent activities.. the pictures for those events tue kat handphone la.. malas pulak nak 'gigi biru' kat lappy nie.. by the way, memandangkan aku nie lepasan SPM, nothing to do at home.. nak kerja?? Ah, malas la pulak~ Ehem, tp skrg, aku tgh nak amek lesen.. 29 Dis nie, dgr ceramah JPJ.. doakan aku berjaya dapat lesen secepat mungkin ya?? InsyaAllah.. So, utk aktiviti aku spnjg tak sekolah nie, aku dah plan nak belajar jahit.. nnt, boleh jahit baju sendiri.. yuran kelas jahit?? Mak la bayar, hehe... At first, terfikir jugak nak kerja, tp malas la nak keluar rumah.. Hari tue balik kampung, Ayah Uteh ade offer nak jd tutor tak utk anak die?? nnt die bg upah sikit.. Dia mintak ajar anak die subjects form 4 especially Addmaths.. Erm,,, fikir2 balik, macam seronok je.. lagipun, boleh jugak aku refresh ilmu aku..tp, lepas aku amek lesen la.. duduk kampung, tolong atuk.. yeah~! that's my plan.. Semoga Allah permudahkan..Kita merancang, Allah yg menentukan.. Insya-Allah..