Pages

Monday 28 November 2011

~SINERGI~


First time, bace novel nie pinjam kat kawan...

Pastu, tak puas hati..nak bace lagi sebab IT IS THE BEST NOVEL EVER~

So, pegi kedai and beli buku SINERGI...
buku nie sangat3 bagos n perlu d'bace oleh sume org..
novel nie byk mnyentuh bab UKHWAH..
sgt t'trik dgn p'sahabatan Rasyid Zakwan(Asid) ngan Irfan Hakimi...
ITHAR<rukun ukhwah yg t'tnggi>
Sgt mnyentuh hati...
And novel nie jugak menyebabkan akue RENEW p'sahabatan aku ngan kengkwn.. berkwn bkn sbb rupe, bkn sbb die pndai or kaye..Tapi, bina p'sahabatan krne Allah

nie lah novelnyer.. 1+1 = 3 [SINERGI]





<KEIMANAN ADALAH PAKSI>

And akue paling suke ayt nie...

" kalau kau jatuh ke neraka, akue akan tarik kau semula dan kite sama-sama menuju ke syurga"
Lebih kurang la~

tapi, mcm geram la ngn Disaster Five...seyes tak sangke yg Syafiq is "SECRET"...Tapi, itu lah yg mnyebabkn novel nie best...

InsyaAllah, byk yg bole d'amek pngjrn dr novel nie..
Congrats kpd writer Hilal Asyraf...

couple and CINTA?? !!

Couple=cinta? Saya kata tidak.

Bicara cinta kita kali ini. Sebab baru timbul di Official Page saya soalan berkenaan ‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’. Saya jawab lah tak ada. Kemudian dia tanya ‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’. Saya kata ada. Dia pelik. “Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”

Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?

                Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.

                Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.

Apa itu cinta

Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini.

                Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya.  Semua la pendek kata.

                Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata  - saya cintakan awak.

                Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.

                Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?

                Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.

Yang saya kata bercinta sebelum kahwin

Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab kerja sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.

                Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar adalah ‘fitrah’.

                Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.

                Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.

                Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.

                Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya sebelum kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar.

                Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali.

                Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan.

                Hendak masuk syurga bersamanya.

                Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.

                Apakah dengan itu ‘haram berhubung langsung’?

                Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^
                Untuk saya, itulah namanya ‘bercinta sebelum berkahwin’.

                Siapa kata tiada? ^^

Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti 

Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada 

Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

    Pernah dengar ayat macam ini?

                Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

                Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^

                Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?

                Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?

                Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?

                USAHA.

                Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:

                “Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????

                Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?

                Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.

                Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

                At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.

                Kalau pendam sahaja buat apa?

                Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.

                Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.

                Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.

                Tawakkal Buta?

                Jangan sekali!!!

Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

        Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

                Cinta sebelum kahwin ada.

                Dan.... Siapa kata couple=cinta?

                Boleh tukar definisi tu semula. ^^


copied from~
Hilal Asyraf

Sunday 27 November 2011

6 CARA MEMBUATKAN ANAK RASA DISAYANGI~

Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?
Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:
1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.
2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."
4. Dengarkan kata-katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.
Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.
Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.
Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan.   Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."
Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."
Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya.     Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.

sedeyh~!

In The Name Of Allah

Hari nie pagi-pagi agi, akue dah nangis... sumpah sedeyh...akue tau, kalo aku citer sape yang wat akue sedeyh, mesti sume tak caye..so, tak beranie nak mention name die...


Aku ingat dulu, mase Yaya ade masalah family, die selalo bebeno puji family aku..."kuarge ko alim, baek-baek..adeq-adeq ko sume pakai tudung..." tue ler yg selalu Yaya cakap...


Tapi, akue selalu balas, " setiap kuarge mesti ade masalah..tak byk, ckit pon mesti ade,"..


Mmg pown..Yaya tak tau mungkin sbb akue tak branie nak citer..akue tak suke citer pasal masalah pribadi akue.. Even pade org yg rpt dgn akue..Sbb tue ler akue yakin yg tak de sape pon yg betoi-betoi knl akue lg.. And sbb tue jugak ler akue akue cpt TENSION!!








ARGGHHH!!!

Baek buruk akue yg sebenanyer pon kwn2 akue tak tau agi...Mybe, sbb akue talam 10 mke..kat skolah laen, kt umah laen...

Tapi, akue brubah sbb ikut p'skitrn org2 kt tmpt tue.. kat skolah akue laen sbb org yg akue hdpi kt skolah prangai nyer laen2..so, tak bole wat bende2 bodoh byk sgt...kat skolah, ade kengkwn yg boleh wat akue enjoy and lupe mslh akue.. tue ler, kengkdg, kalo kite ngan kengkwn, dah tak mcm kite yg sebenanyer..lupe dnie..
Tapi, ade gak kwn yg sentiase tego akue...

Kalo tye org laen, suke dok skolah ker umah, mesti sume kte umah.. tapi, akue tak suke sgt dok umah coz kat umah akue leka.. Dgn laptop, TV, PS n mcm2 agi la.. kalo kat skolah, byk aktiviti krohanian..laptop tak de, TV pon jrg tgk.. So, akue prefer dok kt asrma...

Pelik kan? haha~ sbb tue ler, kengkwn akue pnggil akue "WEIRD"...
nak tau sbbnyer? cari ler sndiri...

Beznyer kalo jadi baby.. Takde ler byk sgt masalah yg nak kene 
pikir....


Saturday 26 November 2011

just a night :)

tak leh tido la..asyik ler keje nak post kat blog nie...haha~ 
tetibe teringat mase zaman form 2..tadi ade bace blog sorang senior nie..
die tulis pasal endang... haish~! tetibe rindu nak wat endang...dah lah aku and teman-teman se'batch' yang laen merupakan first generation yang wat endang..ahli kumpulah endang la katekan..rindu sangat nak perform...kalo nak dikira, dah hampir 2 tahun tak wat tarian nie.. arie tu nak wat..siap mesej kat Abang Daus <Ckg Endang> soh carik lagu secepat mungkin..tapi, alih-alih pengetua kate tak payah..menyirap la gak..dah lah aku sanggup batalkan perjumpaan kelab yang mase tu ade aktiviti masak..semate-mate nak dtg latihan endang..




~nie la team endang pertama kat sekolah nie.. mase nie baru abis perform~





Tapi tak pe..tu sume citer lame...

Skunk nie tetibe rase sedeyh sangat sebab teringat hubungan aku ngan sorang cikgu nie..dah tak sebaek dulu... kalo dulu, kitorang rapat sgt~ ape-ape sume die carik aku..smpay ade yang kate aku  nie anak die..
Tapi tu dulu.. skunk, die lebih suke kat sorang kawan aku nie.. aku pon tak tau kenape.. yang penting, nampak sangat yang die nak try avoid drpd t'jmpe aku.. aku pon pelik.. biolah...
Tapi, yang aku sedeyh nyer sebab die kate aku sombong sebab tak tegur die pon mase prep arie tu.. nak wat camne.. mase tu aku demam..nak tegor die pon aku tak larat.. aku teros jer balik asrama, nak makan ubat..alih-alih, mase nak baring, ade sorang kawan aku cakap macam nie..
" SYAUQINA, Cikgu _ _ _ _ _ _ kem salam..die kate ko sombong ngan die skunk"
what??!!! aku sombong?? maybe la sebab aku pon dah jarang tegor die.. maybe sebab dah tak satu kelas.. tapi, nak wat camne, die pon mcm larikan diri drpd aku..
lagipon skunk, die dah ade students yg lagi die sayang...walaupun kengkadang, die ajak la gak aku kuar mcm dulu.. tapi, aku dapat rase hubugan kitorang dah tak srpt dulu...
huar...~! skunk dah ngantok..nak tido..bye...sweet dream...

Friday 25 November 2011

suka_suki..

nie ade soalan cepu mas...
ape nak buat kalo kene usha?

A. buat bodowh jerk
B. layan ar...
C. tak ready agi la..
D. jadi adek angkat boleh la...



tak tau ar nak cakap ape.. baru tadi kene usha kt FACEBOOK..pergh!! tak boleh bla mamat tu...
Guess what?? nak tau ayat ape die pakai? 
" Boleh la kite couple yerk...saye pon tak pernah couple..you're my first partner.. shall we?"

lawak giler..nak tergelak pon ade..die ingat aku tak tau yang die tu dah couple..hubungan siap dah retak agi ngan makwe die... haish~! pelik kan budak laki nie.. tak cukup sorang..kalo boleh nak sapu sume pompuan keliling diorang... yang paling pelik, kenape mesti mengaku SINGLE ?





Nie lah hidup! tapi, Alhamdulillah, sebab aku tak terpedaye dengan ayat lapok die tu.. aku masih lagi pegang pade prinsip yang kat bawah nie..


aku harap, prinsip nie terus kekal terutama bile dah ade kat uni nanti..orang kate dugaan terbesar adelah mase dekat universiti.. so, join la USRAH untuk mantapkan akidah<p/s from Abg Zaki>

Ya Allah, kau peliharalah aku daripada perkara yang mendekatkan aku kepada perkara zina dan semua perkara yang menyebabkan kemurkaanmu...

azam taon baru menjelang 1 MUHARAM~

Nie adalah azam aku menjelang taon 1433 Hijrah...

  • nak tasmik balik semua surah yang aku dah hafal..kasik lancar sumenyer
  • nak khatam quran at least 3 kali setaon...
  • nak tambah bilangan surah yang dihafal..
  • nak tambahkan solat sunat~
  • nak solat awal waktu..INSYA-ALLAH
  • nak sentiasa bersangka baek dengan sesiape jerk..
  • nak kurang-kurangkan mengumpat tu...
  • and yang penting, nak kurangkan DOSA!!!
tak tau lah boleh ker tidak buat sume tu...harap-harap berjaye la yerk..doa-doa jer la supaye berjaye buat ape yang dah terlist kat atas tu.. 


Monday 21 November 2011

Bu@T ReNunGAn diRI....

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelakianmu yang hanya temberang

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu

Adam…
Kadangkala kekacakanmu yang ada padamu,
Bias membuatkan Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam daripada cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius

Adam…
Kata-kata manis nistamu bias menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Lembut dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu

Adam…
Kau bilang akalmu Sembilan bias mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang bileh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa

Hawa…
Lenggok tubuhmu bias membuatkan Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bias mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam..



Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabra dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekatimu,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bias menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa

Begitu juga Hawa…
Mahalkan senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun… itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian