Pages

Thursday 26 December 2013

Who Is COMANGO ???

Dengan Nama Allah...

COMANGO (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) adalah gabungan 54 pertubuhan di Malaysia yang telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini telah berlangsung pada 24 Oktober 2013 di Human Rights Council, Geneva, Switzerland.
Apakah antara intipati tuntutan mereka?
a. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
b. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
c. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
d. Mereka menyeru kepada kebebasan untuk penyebaran Syiah dan Kristianisasi
e. Menuntut kesamarataan agama dan menghilangkan status Islam sebagai agama Persekutuan.
f. Mereka menggesa larangan untuk umat Islam berdakwah kepada orang Asli.
Apakah pandangan anda mengenainya ?
Sebagai insan kerdil di Malaysia ini, saya berpandangan agar kerajaan Malaysia tidak tunduk terhadap tuntutan dan desakan pihak COMANGO yang berpaksikan hak-hak asasi kemanusiaan melalui perspektif Barat.
Bahkan, saya merasakan bahawa tuntutan COMANGO  ini sebenarnya telah membawa ruang dan peluang di kalangan umat Islam daripada pelbagai latar belakang parti politik dan NGO untuk bersepakat dan bekerjasama di dalam apa jua bidang bagi memertabatkan Islam dan umatnya di negara yang tercinta ini.
Jom, sertai kempen ‘Sejuta Umat Tplak COMANGO’ !
http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara.html

sumber: Dr Zainur Rashid

Maruah Israel semakin Tercalar !!

Dengan Nama Allah yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu....



Gaza sekali lagi diserang di dalam siri penjajahan negara Palestin yang telah dan sedang dilakukan secara terancang dan sistematik. Pihak musuh tidak pernah berpuas hati apabila wilayah kecil yang telah dikepung sejak tahun 2007 ini tidak pernah menyerah kalah miski pun sekatan secara total telah diperketatkan lagi selepas penggulingan Morsi sebagai Presiden Mesir yang telah diikuti dengan penutupan ‘Rafah Gate’.
Maruah mereka semakin terlondeh apabila pihak atasan tentera Israel baru-baru ini mengakui bahawa mereka telah menemui terowong rahsia ke dua yang telah digali dan dikawal oleh Hamas dari Semenanjung Gaza ke Israel (Palestine-1948).
Mereka tidak menafikan tentang kemahiran Hamas untuk membina ratusan terowong yang canggih di antara sempadan Rafah (Mesir) dan Gaza.  Namun pembinaan terowong rahsia daripada Gaza ke dalam Israel yang berkepanjangan beberapa kilometer adalah sesuatu yang sangat mengejutkan dan ternyata bahawa kecanggihan sistem keselamatan Israel semakin tercabar.


Salah seorang pegawai atasan tenteranya yang Brig. Jeneral Yoav Mordechai mengesahkan bahawa mereka telah memusnah terowong pertama dan yang ke dua tersebut baru-baru ini. Apa yang lebih mengejutkan mereka adalah kerana mereka mendapati bahawa terowong-terowong itu juga turut menggunakan bekalan simen dan besi daripada Israel. Dia turut memberi amaran bahawa kawasan di sekitar terowong tersebut adalah berbahaya dan “ancamannya yang masih berlaku.”
Hamas pernah menggali dan menggunakan terowong ke Israel sebelum ini pada 2006 dan berjaya menyelinap masuk ke dalam Israel. Mereka berjaya membunuh dua tentera Israel dan menculik anggota yang ke tiga iaitu Gilad Schalit yang telah dijadikan tebusan selama lima tahun sehingga 2011.
Gilad Shalit telah dibebaskan setelah ditukarkan dengan seramai 1018 orang Palestin yang menjadi tahanan rejim Israel.
Penjumpaan terowong rahsia yang ke dua membuktikan bahawa Hamas mempunyai keupayaan yang sangat luar biasa bagi menembusi kecanggihan sistem ketenteraan Israel yang dikatakan sebagai sistem ketenteraan yang paling canggih di Timur Tengah.
Ternyata bahawa kelemahan sistem Israel ini masih boleh dilondehkan di sana sini melalui pelbagai strategi yang disusun oleh pihak lawannya.
“Mereka merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik perancangan.” (Surah Ali Imran, 3:54).
sumber: Dr. Zainur Rashid

Tuesday 24 December 2013

Saya dah jadi alumni :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....

Assalamualaikum semua...
Aku dah habis SPM sekarang..Last paper hari tue Bahasa Arab, 3 Disember.. and now, I'm Home... dah lame tak balik rumah.. and dah lame jugak tak update blog nie..So, memandangkan aku dah habis SPM, aku dah jadi alumni dah.. alumni utk sekolah tercinta, SBP Integrasi Selandar.. seriously, aku rindu sangat dengan sekolah..I mean semua cikgu, juniors and of course sahabat-sahabat yg aku cintai kerana Allah dan Rsulullah, Insya-Allah.. Aku rindu sangat dengan mereka.. Last day mase aku nak balik rumah,, ingat lagi tangisan sahabat sekalian.. memang aku sedih...Aku rindu diorang sangat-sangat.. aku rindu nak tekan siren gerak solat, jerit suruh najmulail, nak kawan dengan juniors, berusrah, gather dengan dormmates.. aku rindu dengan budak 5 Al-Razi or in short, Razians.. truly miss you all.. tapi, semua nie ade hikmahnya.. takkan kita selamanya nak berada di sekolah.. berpisah itu normal.. aku selalu ingatkan diri aku dan kawan-kawan,,,,

"Bukankah kita orang beriman? Fitrah manusia itu bertemu dan berpisah.. Tetapi fitrah orang beriman, bertemu dan berpisah kerana Allah"

aku percaye yang kita semua akan gather balik.. kalau tidak di dunia, di syurga Allah, Insya-Allah.. lepas nie kan kita semua ade program alumni,, dah bebas SIKIT.. dah tak sekolah.. Insya-Allah, Allah memudahkan urusan utk berjumpa..walaupun lepas nie ade yg dapat fast track, tapi tak pe..aku yakin kita semua akan diberi kesempatan utk berjumpa suatu hari nanti.. everything BIIDZNILLAH....     XOXO :D







perancangan after SPM :)

In the name of Allah..
hey, hallllooooooo world..such a long time I didn't drop by here, Mr. Bloggie.. miss you so much.. Walaupun dah habis Spm, nie second time aku online gune laptop..my laptop dah rosak, tue yg xde mood nak online gune laptop org lain..nie pon sbb terkenangkan Mr.Bloggie yg dah lme tak 'mandi', tue yg aku pinjam jap lappy abah.. by the way,, nothing to say..later, I'll update my recent activities.. the pictures for those events tue kat handphone la.. malas pulak nak 'gigi biru' kat lappy nie.. by the way, memandangkan aku nie lepasan SPM, nothing to do at home.. nak kerja?? Ah, malas la pulak~ Ehem, tp skrg, aku tgh nak amek lesen.. 29 Dis nie, dgr ceramah JPJ.. doakan aku berjaya dapat lesen secepat mungkin ya?? InsyaAllah.. So, utk aktiviti aku spnjg tak sekolah nie, aku dah plan nak belajar jahit.. nnt, boleh jahit baju sendiri.. yuran kelas jahit?? Mak la bayar, hehe... At first, terfikir jugak nak kerja, tp malas la nak keluar rumah.. Hari tue balik kampung, Ayah Uteh ade offer nak jd tutor tak utk anak die?? nnt die bg upah sikit.. Dia mintak ajar anak die subjects form 4 especially Addmaths.. Erm,,, fikir2 balik, macam seronok je.. lagipun, boleh jugak aku refresh ilmu aku..tp, lepas aku amek lesen la.. duduk kampung, tolong atuk.. yeah~! that's my plan.. Semoga Allah permudahkan..Kita merancang, Allah yg menentukan.. Insya-Allah..


Friday 11 October 2013

Allah, ajarkan aku erti REDHA !

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...
Assalamualaikum, semua...

Dah lama tak berblogging.. maklumlah.. tak balik rumah, asyik dok terperap kat asrama.. SPM candidate la katakan.. So, untuk entri kali nie, aku nak share something..
Aku tak tahulah kenapa 2 minggu lepas aku asyik nak emosional je.. u know what?? Org buat salah asyik nak marah jer.. dah lah air mata nie asyik nak meleleh jer.. tak tahu lah kenapa emosi nie tak stabil~ PMS ?! For sure not..lame lagi kowt~ Well, maybe sbb aku skrg busy kot..tue yang cepat stress.. Pagi2 dah ade kelas sampai pukol 3..lepas tue, study group ptg lepas asar sampai 6:30pm... Malam , dah ada tuisyen.. penat sangat sampai tak stay up dah sekarang.. Tapi, Alhamdulillah, aku bangun awal pagi la.. 

By the way, untuk waktu sekolah, sekarang dah start kelas anjal..So, aku jadi mentor untuk beberapa subjek.. Chemistry, Arabic, Syariah Islamiyah and Sejarah.. so, ade lah mentee for those groups.. Aku tak berapa berkenan dengan mentee aku kat group Sejarah (lelaki)..Dah lah suka buat kepala sendiri.. kadang-kadang tak join group..then, bila dah join, asyik buat kepala sendiri..kalau ye pon tak suka aku, ko ingat aku suka sangat dapat mentee macam kau?! Masa cikgu announce group tue, aku doa supaya aku dapat mentee yang aku redha akhlaknya.. Tapi, Allah tak makbulkan.. Jelas ada hikmah di sebalik aturanNya..

Arabic group, aku bukan benci..tapi, aku tak tahu kenapa aku tak pernah ikhlah mengajar die.. kadang2 ikhlas but most of the time, tak berjaya nak ikhlaskan diri..Aku cuba minta nasihat daripada sahabat2 lain yang mulia, rupa-rupanya mereka alami masalah yang sama dengan sorang hamba nie.. erm.. 

" Ya Allah, sesungguhnya aku ingin membantu ummah ini.. Manusia ini juga adalah umat Islam.. Maka kau ikhlaskan hatiku untuk mencurahkan ilmuMu  kepadanya Ya Allah..Agar nanti dia dapat menyumbangkan ilmu itu untuk kepentingan agamaMu Ya Rabb,,,,,"

Untuk menyelesaikan masalah penyakit ketidakredhaan dalam hati ini, maka aku membedahnya dengan muhasabah.. Exactly ~!! akhirnya, bila kita bermuhasabah, kita akan mula rasa bersalah apabila tidah redha dengan ketentuanNya.. Bukankah kita Mukmin? Orang mukmin itu sewajibya BERIMAN kepada qada' dah qadar Allah.. Cuba bayangkan kalau kita manusia lain pula tak ikhlas bila ajar kita..?? tak dapat bayangkan bila ilmu tue tak melekat.. Nanti macam mana nak bina balik tamadun ISLAM?? Think about it and take an extraordinary action XOXO :D








Saturday 17 August 2013

Just pray for me

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Assalamualaikum..

it has been a long time I din't update my blog.. 
ucapan hari raya pon aku tak post...
untuk entri kali nie pon, just nak mintak doa dari semua..doakan kejayaan aku dunia akhirat.. especially, hari Rabu minggu depan aku dah nak trial SPM ... SBP Trial..katanya susah macam biasa..entahlah..redha je lah.. Cuma mohon doakan aku supaya dikurniakan sifat rajin..Sifat manusia yg berjaya.. semoga kejayaan yg dicapai dapat memberikan sumbangan kepada agamaku dan ummah sekalian.. especially, sekarang isu Mesir.. semoga ikhwan ku disana mendapat keredhaan Allah dan semoga kuasa tentera yang kejam itu digulingkan dengan barisan kepimpinan yang haq seperti Ikhwanul Muslimin...








Friday 5 July 2013

Ramadhan Kareem :)

In the Name of Allah

RAMADHAN datang lagi...
Alhamdulillah.. 
lagi beberapa hari sebelum ramadhan nie --> tgk countdown sebelah ^.^
semoga Ramadhan kali ini Allah jadikan yang terbaik untuk kita semua..
Semoga aku sendiri berjaya merebut semua tawaran dan promosi hebat Ramadhan...
terutamanya mengejar Malam Al-Qadr..
Dan besar harapan aku pada Ramadhan kali ini untuk berpuasa secukupnya..
u got what I mean right??
hehehe..
allright, actually tak tahu nak tulis ape.. otak tengah serabut homework menimbun dpn mata nie..
just aku doakan Semoga Ramadhan kali ini dapat aku tuai sebaiknya..
agar hasil TAQWA aku akan lebih berkualiti..

By the way,,
kepada muslimat di luar sane tue,,
dah habis ganti puasa belum??
kalau belum, baik cepat-cepat ganti sementara masih sempat nie.. :)








Wednesday 3 July 2013

INTEL in haze ~

In the name of Allah..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak balik rumah dan update blog nie..untuk entri kali nie, aku nak tulis pasal program Interaksi Bersama Alumni ataupun INTEL..program bersama alumni nie mmg akan dibuat setiap thn untuk para pelajar tingkatan 3 dan 5..or senang cerita, yang akan ambil peperiksaan besar..Actually program nie dah plan lama dah, tapi awal bulan Jun lepas baru dapat buat..itu pun Allah uji dengan kejadian jerebu..but, program nie t'paksa diteruskan sebab takut kalau asyik extend, dah tak ada masa nak buat..tue pon form 3 tak terlibat sbb balik jerebu..

For the first day, ada pembahagian group..at first, aku msok group 11..ya Allah hanya Allah yang tahu betapa aku taknak ada dalam group tue sebab one of the members dia ialah org yang aku tak berapa suke.. But nasib baik, group dirombak balik..masa nak akak Fasi nak tampal aku group mane, masa tue aku doa sungguh-sungguh supaya dapat members yang aku redha akhlaknya .. Alhamdulillah,, aku bersyukur sangat Allah makbulkan doa aku..siap bagi extra dapat fasilitator yang sporting..

Aku suka aktiviti hari kedua..walaupun asyik dengar orang bagi talk, aku suka dengar..ntahlah, kawan-kawan aku pon pelik sbb aku tak ngantok-ngantok walaupun dah dengar berjam-jam..tapi, sebenarnya aku mmg ske pon dengar talk pasal future,,especially pasal kerjaya..that's why la aku tak pernah ngantok dengar ceramah kerjaya especially.. Malam tue pulak ade sesi interview..Dan-dan bak kata orang Melaka, semua form 5 students speak English all the time..maklumlah cuak nak kena interview dengan fasi..

But, I think that part can establish our self-confidence dalam diri.. especially bile kena interview individu.. utk group discussion pulak, group aku dapat tajuk yang best dan aku rasa seronok utk cakap..after finishing all those, kami ada barbeque..wow~! walaupun nampak macam menambah kolestrol dalam badan sbb that was at 11 pm.. but, kesah pulak sbb bkn selalu dpt luang masa dengan alumni mcm nie.. mmg memorable betol la.

The most interesting part yang aku paling ske ialah bila kami boleh pilih alumni mana yang kami suka untuk sikit discussion.. bukan suka la, means that boleh pilih alumni mana yang rasa-rasa same course you'll take in future to get more information..macam aku pilih, kak Nabila Abu or we use to call her as Kak bella.. She's now study medic at University of Cork, Ireland under MARA scholarship.. aku mmg impressed la dgn dia.. yang paling best bila dia share pengalaman dia kat sana.. mmg awesome.. tak sabar pulak nak pergi Ireland..  ceywah, Insya-allah la.. do pray for my success..

Last day Intel, kami ada majlis penutup..ada seorang alumni nie nama dia Abg Thariq.. cara dia bg talk sangatlah sporting and I thought masa tue tak ada seorang pon yang tidor.. sume seronok dengar dia berceloteh.. walaupun dalam keadaan berjerebu yang IPU nya exceed that 250.. and lepas program nie, our warden, Ckg Ramli announced yg skolah akan ditutup for a day.. that's also a good news.. Lastly semoga program nie membantu aku untuk survive in future.. thanks to all INTEL members involved..



















Friday 24 May 2013

Mereka Dan Apa Yang Dibawa



In the Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, untuk kali nie aku tertarik untuk tulis apa yang pernah terjadi kat diri aku baru-baru nie.. Perkara nie aku tak tau kenapa, aku sedih sangat bila jadi kat aku..tak taulah aku yang cepat terasa atau mereka yang dah melampau atau Whatever la~

aku tak tau kenapa dalam 3 minggu before cuti tue, aku selalu kene menganjing (istilah kat sekolah).. nak2 time prep malam, kalau sama baju dengan someone yg boy, diorang akan ejek..Such a stupid thing.. hari tue aku kene gosip ngan sorang mamat nie.. suka?? NO WAY !! Aku rasa macam  maruah seorang perempuan aku kene pijak bile kene gosip dengan sape2..walaupun mamat tue top la jugak, but ..How Dare them~! 

Lepas tue, incident yang aku bengang, bile Ckg Syahrul ckp muka aku sama ngan seorang classmate lelaki nie..Ya Allah, malunye aku mase tue mcm xnak angkat muka..pastu, budak nie pon dah start menganjing aku ngan mamat tue pulak..Owh, betapa berapinya aku masa tue..Aku boleh maafkan Ckg Syahrul because you know, he's my teacher.. I respect him.. But, bila classmates lelaki ejek aku, tue paling aku menyirap.. nasib girls faham aku nie jenis macam mane, xde yg menganjing..

Seriously I hate that sampai aku merajuk tak masok kelas..aku menjajah tempat Shakirah kat kelas Einstein.. such a calm class it is..aku bahagia kat kelas 5 Einstein.. study dengan Misya, Iffa and others..aku marah sangat kenapa budak nie ske menyakitkan hati kawan sendiri..kawankah?? Mungkin ^,^ but, tak kisahlah kawan ke ape, tak perlu bertindak mcm tue skali.. 

Yang paling aku tak boleh terima, my classmates adalah pelajar Sains Agama yg belajar hukum syara', istinbat hukum, Quran Sunnah and so on dlm subjek agama..takkan tu pon tak boleh fikir.. ok, fine,, mungkin sebab mereka manusia yg pasti melakukan kesalahan..but, orang dah tegur kowt,, tolonglah terima.. tue memang affect diri aku jadi lagi stress..dah lah mase tue my beloved granpa just passed away.. 

Ibrahnya kat sini, saya nak pesan kepada mereka yang membawa imej agama Islam agar sentiasa menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh memfitnah ISLAM.. Mungkin ramai orang anggap  perkara nie simple and "just take it easy" but kalau kita nak buat perkara yang boleh rosakkan imej ISLAM, fikir balik bagaimana usaha Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah bagi membetulkan imej Islam pada kaca mata pandangan Kafirun dulu.. Think about it, think about Islam..

Bukan niat aku nak berleter or memang aku pon tak layak nak tulis perkara nie,, aku tak tulis entri sebab aku dinganjing.. Tapi, sebab aku rasa malu bile kat whiteboard kelas ada tulis,
"NAMA AJA BUDAK SAINS AGAMA, TAPI HIDUP MACAM TAK BERAGAMA..BELAJAR SYARIAH, TAPI ............................."
That's part je la yang aku ingat.. What a super BIG shame on me la..aku sangat malu dengan statement tue yang kami pon tak tahu telah dikeluarkan oleh siapa..Semoga Allah mengembalikan kegemilangan Islam..Dan semoga aku terus gagah memegang dan memelihara identiti sebagai seorang MUSLIM.. 







Thursday 23 May 2013

Al-Fatihah buat mereka ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani :)
Assalamualaikum,,

Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia... PASTI!!


"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan, dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan."
~Surah Al-Anbiya' ayat 35~

Kematian bukan suatu igauan atau mimpi namun ia adalah suatu kepastian dan telah berlaku kepada manusia dan orang yang terdekat di sekeliling kita... dan suatu hari nanti akan berlaku kepada kita...sebab setiap yang hidup pasti akan mati itulah jaminan yang tiada tawaran atau ganti... lagipun kita bukanye kebal dan tak boleh mati-mati...sedangkan Nabi Muhammad kekasih Allah pun menemui ajal baginda inikan pula kita manusia yang lemah dan tiada kekuatan... Salam dan selawat buat baginda dan keluarga :')

Al-Fatihah jugak buat roh atok bah yang baru meninggal Jumaat lalu, 29 Jamadil-Akhir, 10 Mei 2013..it's a big shock jugak la buat aku.. nasib naik sekolah bagi cuti minggu lepas..sempat jugak aku lawat atok kat kampung.. actually atok dah lama sakit..and aku pernah cakap kat mak, " Mak, kalau apa-apa jadi kat atok, angah nak balik.. Mak jangan rahsia-rahsia".. ok, ada sebab kenapa aku cakap macam tue.. Mostly kawan-kawan aku kalau ada family members yang meninggal diorang tak bagi tahu.. And actually tue menyebabkan ashabi lagi sedih dan stress sebab diorang rasa diorang tak dihargai..

Arwah atok meninggal masa hari Jumaat.. Masa tue pulak minggu exam and at the time my mom datang untuk jemput aku dari asrama, aku tengah revise..terkejut jugak lah kenapa mak aku datang sebab weekend tue abah nak ajak outing..Tapi, aku tak tahu kenapa aku taknak mak aku datang hari tue..sebab aku instinct..menggigil kot masa aku keluar dorm..And memang betul pon apa yang aku rasa.. Mak dengan jiran sebelah, Cik Ina jemput aku sebab arwah atok dah meninggal tengahari tue..

Masa aku kemas nak balik tue, semua adh tanya kenapa..memang diorang pon dah agak ada kematian sebab air mata aku dah meleleh dah masa tue..So, balik kampung tue, semua orang dah berkumpul..And semua mata pandang kat aku sebab aku sorang je mase tue pakai baju sekolah...x sempat nak tukar baju..And lepas tue mcm biasa, solat jenazah, cium atok..aku rasa jenazah atok mase tue sejuk.. then, mlm tue bce yasin ..aku mase tue memang dah tak fikir langsung yg Isnin tue nak exam..dah lah killer punyer subjects,,,sampai ke balik sekolah balik Ahad tue, aku takdapat nak fokus kat exam aku.. 3 hari berturut aku mimpi atok..and that dream wake me up at 4:30 am,, 

kak Piza dengan arwah atok masa kat Hospital..

And one more thing yang aku teringat ialah masa nak exam paper Biology, Cikgu Yusairi meninggal.. aku teringat lagi masa nak gi depan dewan, nampak dari jauh kuartes guru tue busy sangat kat aras 2.. And aku nampak ada keranda yang diusung..so sad and a big shock for us, students and teachers sebab semua x sangka,,,,lepas paper 1 Biology tue, keluar je dewan nampak kat surau tue dah ramai orang.. Orang Masjid datang, cikgu-cikgu luar yang kenal, Sekolah Assyakirin pon datang..ex cikgu SBPIS  pon datang..Cikgu Hafiz race dari ASIS, Ckg Mue' race dr MOZAC and ramai lagi la..sayu sangat suasana sekolah masa tue.. TApi, Alhamdulillah ramai yg solatkan jenazah..penuh surau tue..And tikar dorm aku pon dapat berjasa sebab digunakan untuk mandikan jenazah waktu tue.. 

Lastly, Semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman..Insha-Allah.. Dan semoga kematian kita juga akan diakhiri dengan amalan yang baik...




































Thursday 28 March 2013

kontijen kami :0



In the name of Allah :)

Saya sayang team catur Melaka ...sayang sangat-sangat.. nie pon tinggal lagi dua hari sebelum kita balik rumah masing-masing.. and memandangkan tahun nie aku dah form 5, tahun depan tak mungkin dapat join team Melaka yg sangat sporting nie lagi..seriously aku sedih sangat nie sebab kitorang dah nak berpisah..nanti aku mesti rindu dengan semua orang..rindu Suhaila, Ain, Diyana, ckg2 and semualah yang terlibat..
Seronok sangat tahun nie..memang tiap-tiap tahun sesiapa yg join team Melaka akan rasa bahagia..Sangat Bahagia..And aku teringat satu peristiwa..Ada sekali tue Su nangis kat surau sebab dia sedih sangat masa kalah round 3..And lepas-lepas tue dia bahagia..Dia sendiri cakap, " tak boleh lah nak sedih-sedih sebab semua orang sangat membahagiakan Su! kalau sedih pon sekejap jer~" can you see that?? betapa bahagianyer join team Melaka >,< "  
Kalau tengok team lain,, diorang sangat memandang serius pasal keputusan..bukan nak kata team Melaka tak kisah kalau menang atau tak,, tapi,, kalau dah kalah nak buat macam mana?? takkan nak marah-marah pulak macam team _ _ _ _.... adalah satu team tue.. Yg paling aku rasa stress kalau aku join team tue ialah N9.. siap nak beratur, berkawat bagai..kelakar kot ~ 
Finally,, aku nak sangat cakap yg aku sangat suka team melaka catur..aku SANGAT SANGAT suka...be a part from them sangat membahagiakan..Dahlah tahun nie dapat elaun banyak sikit daripada tahun lepas.. hehe XOXO Saya sayang Melaka :DD

on the way ke majlis penyesuaian gelanggang


I love you all <3 muuuahhh.............



Monday 25 March 2013

Catur lagi ~!


In the name of Allah the most Gracious and the Most Merciful..
Assalamualaikum...

Alhamdulillah..tahun nie dapat lagi aku join team MSSM catur untuk pasukan Melaka..Selepas menang peringkat daerah dgn peringkat negeri..Seriously aku rasa bahagia dapat menautkan ikatan ukhwah bersama mereka..Sangat seronok join team nie..and frankly speaking, aku lebih bahagia dan seronok main catur daripada main netball.. Orang semua kata aku hardcore netball..memang lah sebab tiap-tiap hari aku training..and actually aku dah tak ada perasaan bila main netball semenjak abah tak kasik main.. But, aku terpaksa curi-curi main sebab kalau aku keluar confirm satu team dengan cikgu-cikgu sekali marah aku.. yelah,, dah bersama 4 tahun,, takkan senang-senang jer nak keluar..cikgu pon penat je dah training aku..

And now, I'm at Perak as a national representative for CHESS.. again for chess.. senang jer nak pergi kebangsaan sebab game nie individu..netball of course la main team.. and dalam team tue pulak,, ada yg emotional,, bajet2 and whatever la.. kalau aku buat salah, aku kene marah..ape lagi aku shooter.. kalau tak masuk gol,, confirm satu team  dah penat and aku tak suka bila harapan yg sangat tinggi ada kat bahu nie.. penat lah nak melayan semua nie.. at least,, dalam chess walaupun aku main pasukan,, tapi takde sape2 nak marah aku kalau kalah.. 

And the most important thing is,, chess is a super relaxing physical game..seriously, badan tak penat..kalau penat pon,, sebab banyak berjalan-jalan.. muka pon takde lah sunburn.. kalau penat pon penat otak.. any physical injuries yg lain confirm lah xde.. and that's one of the reason why my parents allow me to play chess.. Sebab sejarah mencatatkan bahawa setiap tahun,, aku mesti cedera kat kaki.. and at that time,, aku terpaksa menyusahkan my parents untuk bawa pergi urut.. and sebab tue jugak aku macam dah tak berapa berkenan dgn outdoor sports nie.. kalau boleh,,, tahun nie aku tak nak masuk ape-ape acara larian masa hari sukan,. bukannye aku tak sayang Telekom,, tapi badan aku nie pon dah penuh dengan allergic effects.. Bak kata doktor tue,, "No more sweats,!" < sambil jari telunjuk kat aku >,, 

Setelah aku buat pemerhatian,, walaupun aku training netball tiap-tiap hari and sampai penat segala bagai,, pencapaian aku dalam catur nie lebih tinggi daripada netball..walaupun catur aku training 3 hari sebelum pertandingan.. Nampak tak permainan di situ ? >,<  mesti kalau team netball aku tahu aku tulis mcm nie,, mesti diorang mencirap giler kan?! tapi, nak buat mcm mana.. tue luahan hati aku sebab selama nie mmg lah korang nampak aku seronok habis bila main netball,, but the truth is........... takyah lah aku cakap...korang pon boleh baca sendiri..

As a conclusion, aku ,,,pon tak tahu nak conclude mcm mane.. But,, seriously aku lebih suka join team catur melaka kerana mereka semua adalah orang sangat sporting,, gemble,, relax jer..termasuk dgn ckg2 nye skali.. And aku pon tgh sedih sangat nie sebab tahun depan Mssm buat kat Sarawak..AH~!!!! kenapa lah tak tahun nie.. jauh sikit aku fly .. But,, takpe lah.. xde rezeki kot.. Lastly,, do pray for my team success.. for Melaka success !!! Insya-Allah :) XOXO :D

Sunday 24 March 2013

Sekitar Keputusan SPM :)

In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalamualaikum W.B.T..

Alhamdulillah, 21 Mac yang lalu keputusan SPM 2012 telah keluar.. and a thousand congratulation dedicated from me :) sama ada kepada yang berjaya ataupun yang kurang berjaya...
Kepada K.Aida Najwa, K.Husna dan seniors yang dapat straight As tue, tahniah.. hasil usaha anda telah anda tuai pada hari itu.. Seronok sangat dapat jumpa dengan awak-awak semua.. Dapat lepaskan rindu :)
Ingatkan tak dapat jumpa sebab pagi tue saye pergi klinik dgn Aliah and Jihah skali.. But,, Alhamdulillah Allah izinkan rindu yang halal ini dilepaskan.. Uhibbukunnafillah ..So, lepas nie harap akak semua dapat meneruskan cita-cita masing-masing.. semoga iman kita semua terjaga..

By the way,, it's my turn now.. rasa cemburu bila tengok kakak2 / abang2 dapat straight As.. Insya-Allah aku akan dapat 11 A jugak.. tolong doakan saye ye, awak-awak semua.. sye nie sangat mengharapkan doa daripada kalian.. From now,, AQILAH~!!!! you need to strunggle.. mungkin SPM itu bukan segala-galanya.. Tapi dengan SPM itulah bermula segala-galanya..Fight for you own success.. kalau bukan kau yang nak banggakan parents kau,, sape lagi??? Lagi satu,, ingat mission kita.. Ini semua demi ketamadunan ISLAM... XOXO :D




Saturday 23 March 2013

politik oh politik ..!



In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk update blog nie.. maklumlah,, dah lame tak balek rumah.. Almost 6 weeks jugak la.. tue pasal la sangat jakun bile dapat mengadap laptop nie.. So, topik yang saye nak ketengahkan hari ini adalah isu POLITIK!! 

Exactly, memang tepat jangkaan saye yang ramai akan terkejut bile budak umur belasan tahun macam saye boleh dok cerita pasal politik.. Mungkin ade sesetengah pihak yang anggap saye masih lagi mentah dan tak layak untuk bercakap apalagi untuk tegur dalam isu-isu berat macam nie.. Tapi, jangan lupa yang sentiasa ada orang yang akan memerhati apa yang berlaku kat sekeliling..Apalagi untuk syabab yang sangat 'curious' nie..Of course akan buat kajian sikit sebelum bercakap mengenainya..

So, first point yang saye nak cakap ialah pasal kekotoran dalam berpolitik.. politik nie bukan perkara baru.. Hatta, zaman Rasulullah sendiri telah wujudnya satu sistem politik dan Rasulullah S.A.W sendiri menunjukkan contoh dan metod dalam berpolitik.. Then, politik ditunjukkan lagi dalam kepimpinan salafussoleh kita seperti Umar Abd Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Ibrahim Adham dan sebagainya.. In fact, para ulama sendiri telah banyak membuat ijtihad dalam hal ini...

Cuma, bezanya dengan keadaan sekarang adalah bila mana pemimpin-pemimpin sekarang kurang menuruti corak kepimpinan Baginda,.. Saya lebih fokuskan kepada para pemimpin di negara-negara Islam.. Sebagai pemimpin, kita seharusnya menunjukkan identiti Islam dalam negara yang dipimpin.. Zaman sekarang, banyak parti-parti politik yang berpengaruh,, Saya ambil contoh yang paling dekat adalah di Malaysia sendiri.. Saya pon selalu pening tengok pihak kerajaan dan pembangkang dok bertekak pasal itu ini.. Masing-masing cari kesalahan orang lain dan ade yang terlalu taksub dengan parti sendiri sehingga menjulang tinggi nama baik parti tersebut.. 

Tapi, kebanyakan pemimpin parti-parti politik berkenaan kurang menyedari yang kami semua sebagai rakyat sentiasa memerhatikan cara kalian bekerja..SENTIASA !! So, kalau dah buat salah tue toksah lah dok tutup sana.tutup sini.. pastu dah kantoi pon ade lagi alasan.. memang "pintar"!! Frankly speaking, aku kurang berminat dengan gerak kerja parti-parti politik di Malaysia..seriously,, kadang-kadang macam tak matang jer.. But, maybe lah kan ade reasons mereka buat mcm tue.. 

Akibat daripada politik yang kotor sangat besar.. Rakyat terseksa, derita.. Imej negara buruk~! Ekonomi merundum.. And the worst thing ialah bila mana ISLAM itu tidak lagi dipandang sebagai Ad-din sebab penganutnya tak ikut hukum syara'... So, in a nutshell, semua orang berperanan dalam menentukan politik dalam sesuatu negara.. malah, rakyat sendiri mempunyai perana yang paling besar khususnya dalam negara-negara berdemokrasi kerana rakyat yang akan memilih pemimpin mana yang layak untuk mengangkat kembali martabat Islam..

Akhir sekali, serangkap doa dariku: " Ya Allah, jika benar mereka itu para pemimpin yang adil, maka Kau naungilah mereka dengan lembayung rahmatMu.. Tetapi, jika mereka ialah pemimpin yang kurang amanah, kau betulkan kesilapan mereka dan kau redhailah mereka dan semua pimpinannya "


Tuesday 12 February 2013

Barakallah :)

In the name of Allah


ucapan nie dikhaskan buat maksu dan paksu yang baru bernikah bulan lepas.. Alhamdulillah berkesempatan datang majlis wlimah mereka...ingatkan tak dapat datang sebab sekolah tk bagi cuti tapi Alhamdulillah Allah izinkan.. meriah betul majlis nie.. sebelah maksu buat kat kampung atok..memang pulun abis la..maklumlah,, nama pon anak last..memang all out..aku pon dapat sumbangkan banyak perkara termasuklah menu tambahan setiap meja dan yang paling utama ialah hidaangan meja pengantin..excited pulak bile dapat buat kerja tue..:) belah paksu pulak buat kat Kompleks Sukan Dan Belia Paroi, Negeri Sembilan.. baru berlangsung semalam..and this time pon aku happy + excited sebab first time hantar rombongan pengantin,,
lastly,, just nak wish Barakallahulakuma.. semoga bahagia di dunia dan akhirat dan semoga melahirkan zuriat keturunan yang soleh dan solehah seterusnya mampu menyumbang kepada pembangunan Islam :) XOXO :D







mak dengan mak teh..excitednya mak teh tayang tanda tue  :P





unknown :P

In the name of Allah the Most Gracious and The Most Merciful

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar!!! dah lma betul tak menjengah ke blog sendiri..maklumlah,, sekarang pon makin busy dengan homework,study, persatuan sana-sini, urusan BADAR lagi,, dengan MPP segl bagai..seriously busy.kadang-kdang perkara yang aku plan pon terlari dari jadual dek kesibukan yang kadang-kadang datang mengejut..Kadang-kadang jalan pon rasa dah tak jejak tanah sebab laju sangat.. dan orang yang selalu marah aku bile jalan laju ialah Gee.. Tapi senang je aku jawab balik "ikut sunnah".. and at that time Gee hanya mampu tersengih dan mengejar langkah aku..But, Alhamdulillah sekarang aku dah ada kat rumah and BEBAS daripada segala mende tue.. cuma mestilah ada ujian lain.. ujian nya ialah godaan daripada segala macam gadjet kat rumah nie.. seriously tak boleh duduk kat rumah ie..So, in order to escape from all those things, I dah jak my sahabat lepak kat library.. buat homework.. dah form 5 la katakan..kenelah struggle.. S, guys..do pray for my success here and after XOXO :D

Thursday 24 January 2013

Kita, pemimpin dan Amanah





حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ عَلَيْهِمْ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda : setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban  perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya  -bukhari,muslim-



Pada dasarnya, hadis di atas berbicara tentang etika kepemimpinan dalam islam. Dalam hadis ini dijelaskan bahwa etika paling pokok dalam kepemimpinan adalah tanggun jawab. Semua orang yang hidup di muka bumi ini disebut sebagai pemimpin. Karenanya, sebagai pemimpin, mereka semua memikul tanggung jawab, sekurang-kurangnya terhadap dirinya sendiri. Seorang suami bertanggung jawab atas istrinya, seorang bapak bertangung jawab kepada anak-anaknya, seorang majikan betanggung jawab kepada pekerjanya, seorang atasan bertanggung jawab kepada bawahannya, dan seorang presiden,bertanggungjawab terhadap organisasi pimpinannya.

Alhamdulillah, minggu lepas baru selesai menjalani kursus kepimpinan unit Hem dan Koku..[skema pulok ayat nie] Well, well frankly speaking aku tak boleh lah nak skema-skema nie.. so, proceed je la dengan cara aku yang tak berprotokol nie..So, minggu lepas sebagai wakil Pergerakan Puteri Islam Malaysia, aku pun terpaksa pergi kursus nie..mostly form 5 la yang terlibat.. So, seriously sehari sebelum nak pergi tue,, suasana sekolah dan bilik guru tue sesak sangat..sebab semua wakil kelab persatuan, unit uniform, sukan permainan kena cari folder-folder untuk di'update' masa kat kem nanti.. So,, dengan aku sekali serabut nak selongkar balik fail-fail PPIM tue semua.. dah lah nak pikir pasal USRAH tengahari tue lagi...BADAR yang tinggal nie pon berapa orang jer.. sangat2 sunyi dari form 5 sekolah nie..

Masa kat sane pulak, ade banyak slot..slot yang aku paling suka masa semua orang busy nak update fail..cikgu-cikgu pulak semua bawak laptop sebab setiausaha-setiausaha yang ala-ala secretary syarikat besar nie nak menaip..seriously macam suasana kat pejabat aku tengok.. bile kenang-kenangkan balik,, serious kelakar.. and the most hated slot adalah masa dengan CKg Rohani..bukan aku benci dengan cikgu,, tapi aku benci dengan protokol yang di'present' tue.. sangat-sangat bercorak kebaratan.. I super hate it !!!

Dulu, aku ingat lagi..tima form1 ngan form 2, aku sangat suka dengan jawatan..I mean masa zaman jahiliyyah dulu lah pasal kepimpinan nie..al-maklumlah dulu takde sape nak lantik budak kecik nie..yela.. baru lower form kot..sape yang kasik jawatan kat budak yang tak matang lagi..Sekarang,, amekaww!!  Berhempap-hempap jawatan yang datang..Sekali gus memikul seribu amanah dia atas bahu ini.. Nak tau jawatan aku?? tak nak?? Aku tak kira..nak bagi tahu jugak.. Setiausaha BADAR, Setiausaha Puteri Islam, Naib Pengerusi Kelab Catur and the unexpected position adalah aku antara ahli Majlis Perwakilan Pelajar.. maybe orang cakap tak banyak..tapi, ketahuilah aku rasa dapat dua jawatan dalam mana-mana majlis tertinggi akan menjadikan korang semua busy.. nie baru peringkat sekolah..And at that time baru korang akan sedar tentang amanah dan tenggungjawab..

So, kepada semua para pemimpin sekalina jadilah pemimpin yang adil kerana pemimpim yang adil itu sentiasa mendapat naungan Allah.. Dan suka aku nak ingatkan tentang hadith yang berkaitan dengan pemimpin ini yang aku dapat hari kursus tue..



حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ حَدَّثَنَا الْمُغِيرَةُ بْنُ زِيَادٍ الثَّقَفِيُّ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ وَلَا دِينَ لِمَنْ لَا عَهْدَ لَهُ

Rasulullah saw bersabda: tidak beriman orang yang tidak bisa menjaga amanah yang dibebankan padanya. Dan tidak beragama orang yang tidak bisa menepati janjinya. 
(hr. Ahmad bin hambal)










Tuesday 1 January 2013

Happy New Year

In the name of Allah :)

aku dah dengar bunga api meletup-letup kat luar tue..muzik yg sangat "romantik" menemani aku yang tengah packing baju untuk balek asrama besok~ maklumlah,,beberapa minit lagi thn 2013 akan datang dan 2012 akan jadi sejarah dalam diari aku..kalau tahun baru nie orang mesti cakap pasal azam kan?? Azam aku?! haha~ azam aku same jer tiap-tiap tahun cume memandangkan 2013 adalah tahun SPM aku,, maka aku tambahkan azam aku untuk mendapatkan Straight A dalam SPM 2013..aku takde harap sangat nak dapat straight A+ sebab aku sedar kemampuan aku takat mane..tapi, kalau Allah nak bagi aku rezeki lebih,, apa salahnya..cuma mengharapkan apa yang terjadi sepanjang 2013 nanti adalah yang terbaik untuk aku..
Lastly,, " Happy New Year" from me..smoga bertambahnya angka tahun tersebut,, maka berganda-gandalah amalan kita yang bertambah..Amalulillah :DD Insha-Allah..wish me luck XOXO :D