Pages

Monday 31 March 2014

Spm leavers and Scholarshipsssss

Assalamualaikum...
Semoga Allah memberkati saya dan kalian :D

so, this post, I'm gonna share about scholarships..sekadar yang saya tahu la sebab saya nie pon SPM leavers batch 0913,, so tak banyak pengalaman sangat..setakat apply scholarships baru ^^ But, sekadar mengisi masa untuk menulis blog nie..
So, .Bila melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, bagi pelajar yang tidak berkemampuan, pastinya mengharapkan biasiswa sebagai bantuan kewangan. Antara biasiswa popular yang menjadi idaman mahasiswa adalah biasiswa JPA dan biasiswa Mara. Namun, oleh kerana kuota yang terhad, hanya pelajar berkelayakan sahaja yang terpilih. Bagi yang gagal, pinjaman pelajaran menjadi pilihan. Hakikatnya, masih banyak lagi biasiswa-biasiswa 'low profile' yang ada ditawarkan di Malaysia yang boleh dimohon oleh para pelajar. Tetapi, oleh kerana tidak tahu, ramai yang memilih mengambil pinjaman seperti pinjaman PTPTN dan pinjaman Mara, malah ada yang mengambil pinjaman dengan bank-bank. Amatlah rugi bagi mereka yang terlepas memohon mendapatkan biasiswa.

After making a few research, I want to share this :D

1. Biasiswa, bantuan kewangan percuma
Inilah kelebihan yang paling signifikan bagi biasiswa berbanding pinjaman pelajaran. Bantuan tajaan biasiswa yang diberi adalah percuma selagi pelajar memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam kontrak biasiswa. Berbanding dengan pinjaman yang mana pelajar akan dikehendaki mebayar bantuan kewangan yang diberi sebaik sahaja menamatkan pengajian. Bayangkan, jika anda ditaja dengan pinjaman pelajaran, sebaik sahaja tamat pengajian, anda telahpun menanggung beban hutang yang banyak. Lebih teruk lagi, bagi pinjaman yang mempunyai kadar faedah tertentu, kelewatan membayar balik pinjaman akan menyebabkan jumlah yang perlu dibayar menjadi semakin tinggi, kadang-kadang mencapai jumlah yang tidak munasabah. Bagaimana untuk membayar hutang tersebut jika selepas pangajian masih belum mendapat pekerjaan? Kesimpulannya, berusahalah untuk layak dan memohon biasiswa bagi meneruskan pengajian di peringkat tinggi.

2. Bantuan kewangan yang lebih tinggi

Kebiasaannya, bantuan yang diberikan oleh penaja-penaja biasiswa akan meliputi bayaran yuran dan bantuan sara hidup, dan jumlahnya adalah lebih besar jika dibandingkan dengan pinjaman pelajaran. Saya masih teringat di waktu belajar dulu, seorang rakan merungut kerana pinjaman yang diperolehinya adalah sedikit dan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan beliau. Seorang rakan lain pula mengatakan yang saya ini beruntung, kerana mendapat tajaan biasiswa yang percuma dengan jumlah yang besar. Realitinya memang sbegitu, kerana organisasi yang memberi pinjaman biasanya tidak akan memberi pinjaman dalam jumlah yang terlalu tinggi, dibimbangi pelajar akan dibebani dengan jumlah hutang yang tinggi dan tidak mampu membayarnya kelak.

3. Kontrak kerja

Sesetengah penaja biasiswa mengkehendaki pelajar yang ditaja untuk menandatangani kontrak kerja dengan organisasi penaja selepas tamat pengajian kelak. Ini adalah situasi menang-menang antara penaja dan yang ditaja. Bukankah ini sesuatu yang baik? Pada masa-masa sekarang yang mana persaingan mendapatkan kerja amatlah tinggi, mempunyai jaminan pekerjaan sebelum menamatkan pengajian pastinya melegakan. Memang sangat beruntung bagi mereka yang mendapat tajaan biasiswa.

4. Kursus, seminar dan aktiviti-aktiviti menarik

my senior ada cerita, kawan beliau ada dapat tajaan dr satu syarikat swasta nie. Menariknya, selain daripada jumlah tajaan yang lebih tinggi berbanding senior saya yang mendapat tajaan biasiswa JPA, kawan beliau kadang-kadang diundang menghadiri seminar, kursus dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik di tempat-tempat yang menarik oleh penaja beliau. Ada beberapa penaja sering mengadakan aktiviti-aktiviti menarik untuk pelajar-pelajar tajaan mereka. Selain menambah motivasi para pelajar, aktiviti-aktiviti sebegini membolehkan pelajar-pelajar tajaan dari universiti-universiti yang berbeza untuk saling kenal-mengenali. Seronokkan?



there are lots of scholarships sama ada swasta ataupon kerajaan. by the way, MARA atau JPA, kalian boleh satu je tau sbb die diproses dalam satu web, so, make the best choice^^ Saya cadangkan sebelum kalian apply untuk scholars, buat research sikit pro cons satu-satu scholars tue. kalau boleh, tanye student  yang dapat scholarship tu. saya jugak cadangkan kalian selalu bukak website nie.
http://afterschool.my/ website nie sangat bagos sebab sediakan maklumat yang terkini. Higher Education Advisor la katakan~ sekian, assalamualaikum. semoga membantu.
Oh ya! jangan lupa sentiasa alert dengan tarikh tutup scholarships. sebab ade kawan saya sorang tue, sibuk kerja sampai lupe apply utk MARA or JPA. lepastu, dah kelam kabut nak apply utk other scholars =="
good luck in future :D









Tuesday 25 March 2014

SPM RESULT~

BISMILLAH..
Assalamualaikum readers :) ya, salam sejahtera ke atas kalian yg sedang membaca blog ini ^^

so, sejak keputusan #SPM 2013 dimumkan pada 20 Mac yg lalu, pasti ramai yang mengepost post-post  yang berkaitan #SPM sama ada di facebook, pengicau, instagram mahupun di blog masing-masing. Bukan sahaja daripada kalangan SPM leavers, juga daripada adek-adek, kakak abang, datok nenek, ibu bapa dan kebanyakan rakyat Malaysia...Sijil Pelajaran Malaysiala katakan~ takkan orang Ireland dok sibuk-sibuk cakap pasal bende nie pulok.eheh~ sekarang pon SPM masih lagi on trend di twitter ^.^

hmm..so, aku pon antara calon Spm 2013..maklumlah, menjadi harapan keluarga menjadikan aku agak stress bila keputusan makin dekat..DupDapDupDap gituh..jantung aku pon boleh mengepam darah laju-laju bila aku terpikiaq sebentaq pasal keputusan SPM..tue baru sebentaq, kalau lama sikit, boleh jadi sudah High Blood Pressure~ Nau'zubillah..

But, now, all those worries ended last 20 MAC 2014..Pada hari Khamis, aku pon bertolak dari rumah ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka pada jam 8:30 pagi..maklumlah org Johor..kene bertolak awal sikit..seriously, pagi tue rasa macam pening-pening langau..takde selera makan kot semalamnye sebab aku tak makan~ tue diaaaaaa *nada anwarhadi*..aku pon muntah pagi tue.. haish==" betul punye cuak nie~ 

aku sampai sekolah dalam pukol 9:45am macam tue lah..manusia pertama yang aku nampak ialah Ketua Pelajar, Encik Zaid yang berpakaian kemeja putih *dah macam budak sekolah dah aku tengok* yeye je Faz, Aiman, Ainul suruh datang awal..end up, diorang tak sampai lagi walaupun aku cabar budak melaka datang dulu.. 

sampai sekolah, bermacam teori konspirasi yang aku dengar
*tahun nie tak ramai straight As..16 orang je~
*aku rasa tahun nie keputusan meletup..kite kan batch terbaik PMR
*kalau betol la 16 orang je yang straight As, aku harap yang top 16 masa TRIAL SBP hari tuh
*aku rasa ade yang dapat straight A+ la..tapi kementerian lupe nak maklum.eheh, nak sedapkan hati lettew ^^

walau apa pon andaian yang keluar dari kepala hotak kawan2 yang geliga, aku cuma redha dan terus bersangka baik pada Allah. Supaya Allah berikan aku keputusan yang terbaik. Dalam 12 suku tengahari, cikgu-cikgu mula penuhi ruang Dewan Gemilang dan keputusan pon diumumkan oleh Cikgu Sharif, Guru Penolong Kanan Akademik SISMe,, 
it's quite disappointed la bile cikgu announce yang 16 orang yang straight As, pointer jatuh, and almost everything's getting down :( agak kecewa!!

But the most unexpected thing is bila pelajar yang cikgu-cikgu tak target, bole dapat straight As. Bukanlah sebab mereka tak pandai, tapi sebab masalah disiplin yang mereka buat. Semoga mereka sudah bertaubat dan Allah telah memakbulkan doa mereka. Ya~ Semoga!!

So,here's my result..
9As!!!
*wah!!!! hebatlah kak Qila (antara komen juniors)
alahai adek oi~! akak mu ini ambil 11 mata pelajaran..jadi tak straight As pon sebenarnye~
this....




so, now..aku dalam process memohon segala biasiswa yang..sangat berharap untuk dapat lanjutkan pelajaran ke Jordan dalam bidang perbankan under MARA scholar..so, do pray for me guys.. moga Allah perkenankan doa-doa orang yang mulia seperti kalian ^^

Wednesday 5 March 2014

Cinta Ummah..

Bismillah
assalamualaikum dunia :)

Menjejaki kaki di bumi Gaza,
Terasa bagaikan di syurga maya..

“Pernah dengar tak lirik tersebut? ”

“Lirik?? Owh, lagu ker?? ”

Ya, itu lirik daripada lagu ‘la Tahzan’ by kakak idaman tersayang, Heliza Helmi..
‘bagaikan berada di syurga maya’.. Ya, seribu kebenaran pada lirik itu. Gaza, Palestin memang benar-benar bumi barakah. Terdapat juga  Al-AQSA yang menjadi rebutan tiga agama (Yahudi, Kristian, Islam)

 “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil AQSA yang kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran kami..” (17:1)

Dihuni penghuni yang mukmin Gred A+ kerana diuji Allah dengan lapar dan dahaga, panas terik dan sejuk salji, perang dan pembunuhan. Hanya Orang yang kuat lagi super yang mampu menghadapinya. Mungkin sepower Kakashi dalam Rasenggannya? Eheh..




Bukankah Allah tidak akan menguji sebahagian kaum melebihi kemampuannya?.senyum. Allah itu Maha Adil.

Apabila bercerita tentang Palestin, Syria, Myammar,,pasti akan membara semangat JIHAD dalam diri ini. seperti membaranya api yang mahu membunuh Ibrahim Nabi Allah. Tapi, kalau kita sedar, isu seperti ini bermusim. Ya, seperti musim durian di belakang rumah tok ayah kita. *.* Sedangkan yang Zionis tidak menyerang Palestin secara bermusim. Tentera Bashar tidak pulak menyeksa hanya ketika musim rambutan. ehem,, pahe ke idok nie.. maaf kerana ayat ini dipenuhi unsur balaghah ^.^

Pernah dengar Aman palestin? satu badan bukan kerajaan yang begitu prihatin dan sering membuat misi kemanusiaan ke Gaza, Syria dan baru-baru ini di Kem Pelarian Yarmouk. saya mula mengikuti perkembangan Aman palestin sejak dua tahun yang lepas. mereka ada laman sesawang di www.amanpalestin.net atau di pengicau @amanpalestin .. jadi, untuk mendapatkan info selanjutnya, sila layari laman sosial berkenaan. Saya pernah daftar sebagai salah seorang sukarelawan misi kemanusiaan.. daftar je ok?! tak pegi pong *sedeyh ma~ hmm..bila aku cerita kat gilprens mahupun boiprens aku, diorang kata aku nie terlalu berani, Ya,, seberani cikgu yang mengarah pelajarnya makan rumput.pffttttt...eheh~ 

by the way, tiada apa yang berani. Aku Cuma prihatin tentang nasib Muslim di dunia ini. Mungkin, orang yang mengatakannya ‘terlalu berani’ itu sebenarnya bimbang tentang keselamatan mereka. Bimbang diri sendiri yang maut ketika cuba memberikan bantuan kemanusiaan.

Apa pun, kebimbangan orang lain, aku lebih bimbangkan jika nanti, anak kecil di Palestin mengherdik
“Di mana kau di saat aku kehilangan ibu bapaku yang tak mungkin membimbangi aku lagi?!”

Atau mungkin suara nenek tua yang lemah dan kaku tiba-tiba dengan bertenaganya melantangkan soalan
“Apa perananmu sebagai Muslim di negara Islam sekiranya tiada apa yang kau bantu. Apa bantuanmu sebagai satu akidah?!”

Nanges wei kalau orang tanye macam tuh. sumpah sentap!! 

Maka, marilah kita bersama-sama tembakkan DOA. Doa itu senjata bukan? Jangan lupa doakan mereka dalam setiap sujud dan doa. Kalau Tel Aviv tembak pakai bom, meriam, M16, 17, 18, 19,,,,maka kita juga punya senjata yang lebih canggih. D.O.A  never underestimate the power of DOA ok~ it'll always be a very USEFUL WEAPON

Sungguh, aku benar-benar cinta akan ummah ini. 
*maaf, bukan berjiwang tapi pengakuan. 
Cinta akan bumi Islam! Oleh itu, akan aku cuba sedaya upaya merawat ummah yang kian tenat dengan dunia. Ummah ini sedang dilanda virus wahn, satu virus yang lebih bahaya daripada H1N1. Itulah dia penyakit ‘cinta dunia, takut mati’. 

#savepalestin #savesyria #saveMinoMuslims #saveummah










Sunday 2 March 2014

Why I have a blog??

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Assalamualaikum...
hmmm..setelah lama tidak berupdate, hari ini akan aku mula kembali penulisan di blogku yg memang takde orang nak baca nie..today, I wanna tell u why I  did I own this blog..hmm.. baiklah.. cerita dia sebenarnya begini..jeng jeng jeng..suspens x?? ok, tak lawak *..*  actually, I do love writting so much..really I am..sejak sekolah rendah.. tue pasal lah asyik menang pertandingan karangan dan mendapat markah tertinggi dalam karangan berbanding pemahaman.. aku pernah kot bercita-cita ingin menjadi seorang penulis novel..dan aku pon pernah nak buat satu novel.. ade lah dalam 8 pages kertas A4 aku dah buat,, then tetibe komputer tue rosak..haish,, hancuss!! terus hancur lebom ibarat nuklear yg dicampak di Fukusyima..ok, over le tuhh *.* tapi, seriously, aku dah siap letak beberapa cadangan tajuk utk novel yg 'bakal' siap tuh.. but, mase tue aku baru darjah 4..so, kira budak kecik la tuh walaupun aku antara orang yang tinggi ^^ hehe.. aku cepat give up mase tuh bile diuji dengan sang komputer yang uzur dan akhirnya maut di celah-celah dinding dan wayar yang berselirat di rumahku :( 
Aku juga seorang yang sangat suka memendam rasa.. tapi, tak sensetip ok?! aku tak penahnye nak nanges depan-depan orang ramai kalau kene marah ker, kene tengking ker..(atau memang tak pernah kot) at that time, aku suka nanges sorang-sorang..biasanya mase nak tidur la,, aku suka nak menangis bila ade something yang menyakitkan hati aku :'( so, aku pon akan menulis bila aku sedih..menulis ok, bukan menconteng~ aku pon bajet lah beli satu buku yang sangat comel dan memang sesuai dijadikan diari.. tapi, buku tue asyik kantoi je walaupun sudah berusaha aku sorokkan..so, aku malas lah nak tulis lagi..
naek sekolah menengah, aku menerima tawaran ke asrama..so, masok asrama aku happpyyyyyy sangaaaaatttt :DDDDDDD really I was.. so, berada dalam kalangan orang yang pandai lagi 'up to date', maka aku pon jadi matang,,,ceywah ^^ aku pon mula membuat blog sebab ramai kawan-kawan yang ade blog.. tapi, blog tue tak menjadi sebab aku x update langsung..6 bulan skali baru update..so, aku delete je blog tue..after pmr, form 3 sangatlah takde keje..so, balik rumah takde homework :D ape lagi aku online je 24 jam..and ade satu malam tue, ade satu insiden yang sangat menyayat hati dan membuat aku sangat sedih.. So, aku pon terfikir nak buat balik blog dan mencoretkan apa dirasa, maka tertubuhlah blog dengan urlnya "http://sticknoteheart.blogspot.com/" masa tue ade la yang follow aku.. dalam 12 orang tak silap aku.. then, aku sedar yang aku buat blog untuk coretkan apa dirasa, bukan untuk orang baca..ala2 stetement jahil gituhh ^^so, aku pon blocked diorang yang rapat dengan aku..haha..sengal x masa tuh?? tapi, sekarang aku tak kesah orang nak bace ke hape ker sebab akuk tulis sebagai perkongsian..asalkan tiada carutan, semoga apa yang ditulis bermanfaat :) Moga Allah redha ^^