Bismillah :)
mood : *rindu sekolah*
TOP - kesalahan biasa budak asrama :P
1) Hisap Rokok
Aku start dengan kesalahan kategori A. dimerit 30 kot~ kesalahan nie paling epik sekali sebab semua asrama tak sah kalau takda kes ni pelajar merokok. Paling kurang, mesti ade satu dua geng yang buat kepala hisap rokok kat asrama. yelah, kalau sorang, tak jadi aku rasa. *kot la* oh ya~! kes ni popular among boys la. tak pernah pulak aku dengar budak asrama perempuan merokok. Cikgu pun dah penat nak tangani kes-kes macam ni. port utama untuk merokok biasanya tandas, belakang dorm, atas bumbung, stor takpun masa outing kat mana-mana.
eheh! macam ade pengalaman je tahu tempat-tempat ni semua.
ehem*betulkan suara*. I'm a good girl. takde maknanye nak merokok bagai. aku tahu pon sebab Ckg Ramli atau Ckg Baha (wardens) selalu cerita kat surau atau masa perhimpunan asrama. Kisah paling legend yang aku pernah dengar, kantoi masa tengah solat. Senior tue tengah jadi Imam masa solat, then tunduk untuk bongkok or nak sujud macam tue la, tetibe kotak rokok jatuh. Tu diaaaaaaaaa *nada Anwar Hadi* kantoi sudae~ So, kepada semua seniors or juniors, tak perlu la merokok. Rokok tue HARAm tau??!!
2) Handphone
Bawak handphone ni biasanya ade dua sebab je. Yang pertama, nak contact parents sebab rindu. mungkin public phones tak banyak kat asrama. Tapi, kalau asrama banyak public phones pon, mana nak cekau duit syiling banyak-banyak? tue yang malas nye. kalau pakai kad telefon pon, tak banyak public phone yang boleh detect. Sebab kedua ialah nak contact makwe ==" padahal, awek die dekat aspuri (baca: asrama puteri) je pon~ siap nak contact/message/ bergayut sepanjang malam. kesalahan nie lelaki perempuan sama je aku tengok. tak kira seniors or juniors, mesti ramai yang bawak! Aku? tak pernah kot. bawak pon time form 5 nak dekat SPM, tue pon sebab Majlis Tertinggi Pengawas pon bawak dan ramai warden dah tahu. tu pon takot-takot nak show off. tak pernah bawak la katekan~ cuak-cuak gituh *_* So, sekadar pesanan, cuba elakkan bawak phone. bukan sebab takut kene rampas dengan warden je, tapi takut dicuri tangan-tangan yang 'gatal'. kalau nak bawak sangat, bawak je lah yang cikai-cikai. kalau hilang, takde la nak mengamuk satu asrama kau selongkar. kan menyusahkan orang lain nanti XD
3) Mencuri
Curi pakaian, turns, duit, sabun mandi, selipar, hanger, stoking, kasut, cadar, handphone, MP3, dan sebagainya. In fact, pakaian dalam pon nak curi! tue paling tak boleh bla lah. Menyirap je. Ade yang curi-semetara. maksudnye, die main rembat je baju orang kat ampaian, then lepas guna, basuh balik, letak kat ampaian. kalau agak-agak pakaian hilang kat ampaian, seminggu lagi , ce try cerik lagi. ada insyaAllah. tu pengalaman aku la. tapi, rajin sikit la nak selongkar, sebab aku sidai tempat lain, jumpe kat tempat lain. Yang aku tahu, budak lelaki paling selalu hilang selipar! kat surau pulak tu ==" Cikgu Zamir pernah solat maghrib kat surau sebab die ade kelas kimia dengan budak form 5 pukul 8p.m. Lesap kot! at last, Cikgu datang sekolah kaki ayam. melampau kot masa tuh! Geram je kitorang tengok pencuri tuh. bayangkanlah, cikgu datang nak mengajar, tetibe end up dengan berkaki ayam datang kelas. So, to those yang suke mencuri, stop it! Allah tak suka.
4) Ponteng Prep
Biasanya yang ponteng ni, boleh cek kat dorm atau kantin. takpun kat bilik-bilik khas macam bilik pengawas, bilik badar dan sebagainya. Pengawas pon bukan boleh percaya sangat. Malam-malam selain masuk bilik diorang untuk dapat air-cond, kadang-kadang dok online, hapdet status muka buka, pengicau dan sebagainya. aku pon pernah je lepak Bilik Badar, tapi sebab kene siapkan kertas keje la. S/U la katekan~ tapi, lepas siapkan, biasanya aku stay lama sikit samapi habis prep sebab kelas biasanya "meriah". So, aku pernah la buat kesalahan ni.huhu.. Mohon jangan dicontohi. Masa prep ialah masa study, bukan untuk berfoya-foya. siapkan homework, nanti takdelah bagi alasan bila cikgu mintak nanti XDXDXD
5) Tak Siap Homework
Yang ni berkaitlah dengan yang kat atas. yelah, bila time prep digunakan untuk berdating, merayau-rayau, melepak, bergosip, mane lah tangan tu nak bergerak buat kerja sekolah..hmm..kalau jahat sikit, bagi alasan tertinggal kat dorm la dan sebagainya. dapat cikgu yang tak kesian, suruh amik kat dorm, padan muka hang! satu dua subjek tak siap, ok la tuh. tapi, kalau dah tak siap, ape citaq?! tapi, Alhamdulillah, aku dikurniakan cikgu yang baik hati sangat sebab kebanyakan mereka akan tanya, bila bole siap. takpon, jumpe personal cakap kenapa tak boleh siap. tapi, pointnya, berusaha siapkan homework anda :D
6) Balik Asrama Lambat
kes ni aku pernah buat sekali masa form 3, lepas PMR. masa tuh, dah takde program sangat, so ape salahnya, berehat lama sikit kat rumah. lol XD Siap pergi klinik, amek MC tiga hari. hehe :P jangan dicontohi ya? biasanya, macam-macam alasan yang orang bagi. kakak nak fly la, demam la, takde sape nak hantar la, paling common sekali, atok meninggal. haish +.+ padahal, atok die dah meninggal sebelum dia lahir lagi. masyAllah ^^ kesian Inche Atok. macam-macam lagi, tapi kalau nak bagi alasan pon, kenelah logik dan kreatif. tapi, jangan amalkan, balik awal tak salah pon kan?
7) Asrama kotor
biasanya, paling menjijikkan ialah toilet. ni aku cerita aspuri la sebab memang taklah aku nak cerita pasal aspura. kotor habis asrama diorang! dan quotes paling common ialah:
'DORM TERKOTOR ASPURI IALAH DORM TERBERSIH ASPURA'
bagi aku, dorm aku masa form 5 adalah dorm paling tak kemas bagi. sebab dari aku form 1-4, aku stay dorm yang tersangat kemas dan ketua dorm yang agak strict tapi sporting. so, dah biasa dalam keadaan kemas. Paling membanggakan, masa form 4, dorm aku dapat Johan Asrama Terbilang dengan Anugerah Dorm Pilihan Warden. untung giler :D hadiahnya, dapat pergi Legoland ! *muka bahagia* happy sangat masa tu sebab kene bayar RM 50 je, lagi RM 90 cikgu bayarkan. pemenang la katekan~ so, rerajin la kemas dorm anda :P
8) Solat Dalam Dorm (SODORM)
ok, kes ni memang parah. Aspuri biasanye seniors yang buat, tapi tak ramai sangat. Aspura, takyah cakap la. sekolah aku, aspuri dekat je dengan surau. dekat sangat, so melampau aku rasa untuk orang yang sodorm lima waktu ni. Pihak BADAR dah bunyi siren kuat-kuat, takkan tak dengar. Malah, datang satu dorm, kejutkan. kalau terlambat subuh sekali sekala tue, boleh dimaafkan. ni kalau tiap hari, payah la. Solat Fardhu kot. Dorm tu takde lah bersih mana. common la, kata budak SBP, takkan excell akademik je, tapi solat ke laut. So, please la, avoid SODORM!! you can :D apa fungsi surau kalau takde orang nak solat kat dalamnye kan?
9) Tidur Dalam Kelas
Tipu la kalau budak asrama tak pernah buat. Budak asrama memang manusia yang suka tidur dalam kelas, semasa cikgu mengajar, prep, apa lagi kalau takde cikgu dalam kelas. segarang mana cikgu tu, mesti ade kes budak yang tidur time kelas beliau. mungkin penat bersukan, pegi wakil sana sini. tapi, yang tak berapa nak aktif pon suke tidur dalam kelas, ape cerita? sumpa tak faham! ade setengah tu, tidur dalam kelas, pastu cover balik lepas kelas. ade yang masa kelas dengan selepas kelas tidur pon, die still bole scor. haha~ kate budak SBP. Golongan yang macam ni, biasanya cikgu tak marah sangat, tapi sepatutnya dielakkan sebab Adab dengan Guru kena jaga.
10) Tidur lama-lama masa balik cuti
yang ni memang favourite. Walaupun setiap kali balik, mesti ade yang pesan, jangan Subuh Gajah, tapi balik rumah habis terlepas waktu solat terutamanya Subuh. tak semua, tapi kebanyakannya. Sebab, balik rumah online 24 jam, tweet pasal homework banyak. tapi, tak usaha nak siapkan pon.muehehe. pengalaman ni :P sebab dok asrama dah la banyak homework, then cuti seminggu macam homework sebulan. masa form 1, semangat la aku siapkan, lama-lama dah makin senior, habis terabur homework aku. so, biasanya bila balik rumah budak asrama ni suka "Qada' Tidur". sebab kat sekolah kan tak cukup tidur. kalau dah bangun subuh, then tidur balik, ok la as long as kau solat subuh, tapi, kalau ko langgar solat subuh then bangun lepas zohor ape cerita? terkejut aku. tak sakit kepala ke tidur lelama? so, yang ni tak bagus la dibuat. we should plan well activities.
11) Buli
yang ni biasanya budak asrama panggil "tolong". aku tak nampak buli ni obvious among aspurians, tapi aspura jangan cakap la. tapi, aku kagum dengan budak form 1, form 2 yang suka tolong ni. bear with those seniors. aspurians aku tengok takde ape sangat. setakat suruh tapau makanan kat Dm, atau belikan makanan kat kantin. tapi, buli ni bergantung kepada definisi setiap individu. Tapi, percayalah! kalau setakat perjumpaan malam-malam dengan seniors setakat nak torture form tu, tak namanya buli. tu namanya peringatan. dan, aku paling menyampah, kalau ade yang megadu dekat warden pasal kononnya kitorang 'buli'. mesti ade sebab kenapa seniors panggil juniors. Mungkin seniors nak betulkan cara solat hadek-hadek, sekaligus cerita la pasal adab sikit. maklumlah, juniors nowadays kan lagi expert dari seniors. ape pon, buli yang sebenar-benarnye patut dielakkan bagi mengelakkan kite dimerit :P
that's all. I really miss my school, so I spent time doing this. #de'zlatanera #KMJ0913 #Exsel #SISMe and here some pictures on hari-hari terakhir sekolah <3 <3 <3
![]() |
RAZIAN 2013 |
![]() |
AKU DAH FRAMED GAMBAR NI. FORM 4, AR-RAZI |
![]() |
BERBASIKAL. SERIOUSLY EXCITED :D |
![]() |
ORANG TENGAH DENGAR CERAMAH, SEMPAT LAGI SELFIE :P |
![]() |
BAJET PHOTOSHOOT GITUH :P |
![]() |
I LOVE THIS PLACE PRETTY MUCH <3 |
![]() |
PROUD TO BE SELANDARIAN :D |
![]() |
I'M SBPan :P |
![]() |
PANJAT POKOK! MACAM TAK SENONOH ANAK DARA PANJAT TAPI EXCITED! FIRST TIME XD |
No comments:
Post a Comment