Pages

Wednesday 21 May 2014

SAMPAI BILA??

Bismillah..
Assalamualaikum.
Moga Allah redha saya je, anda dan kita semua. Alhamdulillah, hari ini diberi idea untuk menggarap secangkir coretan dalam blog ni. sekurang-kurangnya dapat aku luangkan masa lapang ni untuk meluahkan persoalan utama. Ya, seperti tajuk di atas, persoalan utama kali ini ialah 'SAMPAI BILA?'

Tadi, adalah meluangkan masa untuk scroll down home di muka buku dan pengicau. scroll punyer scroll, jumpe la sesuatu yang dishare oleh seorang rakan berkaitan hukum berqasidah. Ada seseorang yang menge'post' video majlis qasidah dengan tajuk yang kurang enak. Lalu, saya melihat kandungan video tu untuk melihat apa kaitan video dengan tajuk tu. hmm, bagi saya, video itu tiada apa-apa yang memusykilkan. Lalu, saya terpandang komen-komen di situ. 

Saya di sini bukanlah untuk menghuraikan hukum berqasidah, Anda menpunyai ramai asatizah (baca: ostaz) di sekeliling anda. Jadi, silakan tanya pada mereka yang lebih arif.  Apa yang saya nak kaitkan entri ni adalah dengan komen-komen yang saya baca pada video itu. Mereka membahaskan tentang hukum tersebut beserta dalil, hujah, menggunakan ayat, "ustaz ni kata" dan sebagainya. 

Pada satu sisi, saya melihat ia adalah sesuatu yang bagus di mana mereka membincangkan perkara yang baik, iaitu soal hukum hakam. Pada satu sisi yang lain, saya melihat semakin banyak keburukan di mana mereka mula bertelagah untuk menegakkan hukum dengan memberikan 'hujah' masing-masing.

"Hukumnya _ _ _. aku pergi ceramah ustaz tu, dia cakap hukumnya macam tu"
"Hukumnya _ _ _. ustaz kau belajar kat malaysia. ustaz aku belajar kat Mesir"
"Ustaz kau suspek Wahabi. Ustaz aku sunni. Ustaz kau pulak Syiah"

 erkkk.. ok, terkesima jap baca komen-komen macam tu. 

Satu perkara yang terlintas dalam fikiran saya ketika itu, betapa mudahnya kita melabel. Sesama orang Islam, terlalu ekstrem jika saya katakan sudah menjadi trend melabel-label sesama sendiri, mengkafir-kafirkan, menyesat-nyesatkan, membid'ah-bid'ahkan namun hakikatnya itulah yang berlaku. Puak ini dituduh wahabi, puak itu dituduh Syiah, Puak ini dituduh kafir. Allahu :'( Begitu lancang mulut mereka mengeluarkan kata-kata seperti itu.Itu baru di Facebook.belum lagi di pengicau, blog, video dan lain-lain. 

Jadi, saya tertanya-tanya mengapa berlaku perkara seperti ini? dan sampai bila perlu berlarutan musibah ini? Medulla oblongata saya membawa kepada satu persoalan, SAMPAI BILA? Sampai bila umat Islam harus bergaduh sesama sendiri? Sampai bila umat Islam terus bercakaran dan berperang sesama sendiri? Sampai bila yang berpuak-puak ini akan bersatu? Sampai bila kita terus benci-membenci? Dalam hal yang tadi, sampai bila anda mahu label-melabelkan orang lain dengan panggilan yang kurang enak hanya disebabkan mengambil hukum dari ostad yang berlainan! Ketahuilah, hukum itu berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah. Juga Qisas juga Ijma' ulamak. ramai ulama, maka semakin banyak percanggahan. Saya ulang, ulama' bukan ustaz. *sila rujuk pengertian ulama dan ustaz dari segi istilah dalam bahasa Arab*

Sampai bila ummah ini harus nazak dan tenggelam dalam lautan kejahilan dan permusuhan? Yang lebih mengerikan, apabila gerakan dakwah Islam yang sepatutnya menjadi benteng dalam mempertahankan Islam dan memberikan kefahaman menjadi transformer apabila menukar functionnya ke arah kerosakan ummah. Melalui apa? Ya, melalui qudwah yang keji apabila mereka pula yang galak mempertahankan budaya hukum-menghukum, label-melabel, kafir-mengkafir, sesat-menyesatkan. Mengaku mahu mempertahankan Islam, tetapi merekalah kroni yang menjatuhkan imej Islam. Jadi, tidak mustahil apabila not-yet muslims cepat melabel Islam sebagai agama Terrorism, liberalism, sekularisme dan sebagainya. kerana, sebahagian daripada kita menunjukkan contoh tersebut. jadi, sekali lagi persoalannya, Sampai Bila kita mahu not-yet Muslims menggelar Islam sebagai sesuatu yang menyalahi fitrah?! 

Umat Islam hari ini banyak kekurangannya. Dan satu perkara penting yang Umat Islam hari ini tiada ialah....


"Abdul Wahhab Azzam rahimahullah telah melawat sebahagian besar dunia Islam. Beliau telah menjelajah dunia Arab, Turki, India, Pakistan dan lain-lain lagi untuk mengkaji realiti umat Islam secara dekat. Akhirnyanya beliau membuat kesimpulan bahawa umat Islam tidak kekurangan apa-apa kecuali perpaduan." - al-Muntalaq, Panji Kebaikan
Perpaduan! Ya, itulah yang amat kita perlukan sekarang. Urgent and Important!
Umat Islam hari ini ramai yang memiliki akhlak yang baik. Ramai Muslim hari ini yang cukup bijak, mempunyai pendidikan yang tinggi. Ramai juga Muslim hari ini yang kaya-raya dan mempunyai aset harta yang tak habis 7 keturunan. Lalu apa yang menghalang Umat Islam hari ini untuk menjadi kuat sebagai satu agama yang suci dan dihormati? Berpecah-belah. Saat ini adalah masa untuk kita ketepikan perbezaan yang sedikit, mencari persamaan dan menumpukan sepenuh tenaga untuk menguatkan dan memantapkan perpaduan. kerana apa? Kerana perpaduan mampu menamatkan persoalan 'SAMPAI BILA'!

"Janganlah kamu berasa tertipu dengan kerosakan yang zahir dan kejahatan yang melata di sana sini dalam kalangan umat Islam. Janganlah kamu gentar mendengar orang ini dan itu sudah rosak. Orang yang baik sebenarnya lebih ramai daripada orang yang jahat. Tetapi, golongan jahat mengibarkan bendera mereka lalu orang jahat dan pengikut mereka berhimpin di bawah naungannya. Golongan yang baik lalu lari, tidak bersama-sama golongan jahat ini dan suara mereka tidak kedengaran apa-apa.














Tuesday 20 May 2014

terima kasih fortune resources :D



Bismillah..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ni Allah sebarkan bahagiaNya. bersyukur sangat-sangat. eh, kejap! kenapa tiba-tiba aku letak produk yang banyak sangat A+ tu kat gambar atas ni. hmmm, okeh. let's me explain. Sebenarnya, ni adalah produk daripada Fortune Resources, sebuah produk yang bertaraf IMP (Islamic Manufacturing Products). kira produk ni 101% Bumiputera Islam. Aku start guna produk ni masa Tingkatan 3, PMR 2011. Aku tahu pasal produk ni sebab abah selalu dengar radio ikim.fm dan dengar banyak testimoni positif daripada pengguna. So, abah beli produk smartcocoA+ sebagai percubaan.

Hasilnya, WAUUU!  BEST! Sedap okeh air smartcocoA+ ni. macam minuman hot chocolate perisa latte. over tak sedap die ^^ tapi, seriously la you guys patut cuba. Sampai hari ni my mom buat air smartcocoA+ untuk hadek-hadek aku yang masih bersekolah sebagai minuman pagi. by the way, hari ni aku cerita pasal smartcocoA+ je sebab aku pernah cuba yang ni je.

For your information, smartcocoA+ ni ade dua jenis. Yang biasa, satu lagi 'less sugar' bagi yang control diet :P aku suka yang biasa sebab aku takde kencing manis ^^ ok, takde kaitan. So, harga produk ni RM 21 di semenanjung Malaysia. satu kotak ade 15 sachets. Dan disebabkan aku beli di Gedung World of Herbs, aku dapat harga yang super murah sebab mak selalu angkut 15 kotak sekali beli. bhahaha..banyak tak? Lagipon, smartcocoA+ ni cepat habis kat rumah aku. ade je manusia yang suka bancuh air ni malam-malam *aku lettew* 

Eh, kenapa tetibe aku promote produk ni pulak??!!
okeh, here is the real story. Tadi, aku dapat hadiah daripada Fortune Resources yang berupa smartcocoA+ dan pen yang comel. macam mana aku boleh dapat? Hmmm.. Disebabkan aku ni pendengar setia radio ikim.fm, makanya terdengar la Puan Murni (pengarah urusan Fortune Resources) *aku ingat okeh nama die *.* hebahkan kepada SPM leavers yang dapat keputusan 9A ke atas, boleh hantar profil diri untuk dapatkan hadiah. So, aku pon dengan berbesar hati, hantar profil aku kat email yang diberi. and petang tadi, ada orang hantar. So glad :D 

Jadi, kepada kalian yang masih tercari-cari produk kesihatan fizikal dan mental, boleh cuba produk ni. Bukan lah kata kalau guna produk ni terus dapat 9A PMR, 9A+ SPM dan 4flat setiap sem. tapi, sebagai ikhtiar sebab produk ni dihasilkan daripada gabungan makanan sunnah. dan sebagai info tambahan, tag line syarikat ni pon "MENJANA UMMAH CEMERLANG". Jadi, mari cemerlangkan diri dengan usaha+doa+tawakal. 

 
sekali kotak besar dapat. jimat 3 bulan tak payah beli :D




comel tak pen die? :D

 THANK YOU FORTUNE RESOURCES. SEMOGA SUKSES DALAM MENJANA UMMAH CEMERLANG :D
untuk maklumat lanjut berkaitan produk ni, boleh terus ke laman web rasmi di http://smartcoco2u.com/ untuk melihat senarai produk dan testimoni pengguna :D



coret-coret #UPU #Matriks



Assalamualaikum..
hallooo~ long time ya. tak tau kenapa malas sangat nak hapdet blog, pengicau, dan mukabuku.. padahal takde la busy sangat pon. laptop ade, internet pon takde masalah. tapi, memandangkan hari ini tahap kerajinan melepasi tahap kemalasan, aku berjaya menaip patah perkataan utk menghasilkan entri ini :D So, isu terhangat abad ini yang sering dibicarakan ialah kisah UPU. sejak tertangguhnya keputusan UPU hinggalah saat ini, SPM leavers masih kecoh dengan Inche UPU ni. so, aku pon nak cerita sikit pasal UPU dan setaraf. 

Alhamdulillah, aku dapat beberapa tawaran untuk melanjutkan pengajian. First, dapat IPG tapi tak pergi. banyak alasannya dan alasan yang aku suka guna ialah,
"akak aku dah cikgu. malaslah nak ramai-ramai cikgu kat rumah ni ==" "
hah, solid tak? :P seriously, akak aku sekarang kat IPG Temenggong Ibrahim di JB course TESL. Plus, aku tak berminat nak jadi cikgu sekolah rendah ni. bukan tak suka budak-budak, tapi atas beberapa alasan lain. and for your information, aku dapat Arabic. aku minat arabic, in fact merupakan mentor masa kat sekolah menengah dulu, tetapi sebabkan aku tak minat utk jadi cikgu sekolah rendah, aku tak pergi. Ayah aku pon cakap, jangan sebab kita tak yakin yang kita akan dapat course yang kita nak, lalu terima segala tawaran yang ada. As long as your result is strong enough to get your chosen course, stay jelah. But,kalau sekadar mahukan pengalaman, one of my friends cakap interview tu tak seronok pon. I don't know sebab takde kesempatan nak pergi.

Next, aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). ramai jugak kawan-kawan yang dapat kat sini. aku malas nak masuk matriks ni sebab aku kene berdepan dengan seseorang yang aku tak berapa nak baik. mau tau? Inche Biology dan Inche Fizik. ye, merekalah yang terpaksa digredkan dengan B+ dalam result SPM aku baru-baru ni. Besides, aku takut aku ubah haluan. aku ni dulu nak jadi dentist, tapi masa form 4, dah matang sikit, aku nak course islamic banking. ye! aku minat ok islamic banking ni ^^ kalau ke KMS, rasanya aku ade peluang untuk jadi dentist sekiranya struggle. tapi, memandangkan dentist itu atas sekadar minat, aku lebih cenderung ke islamic banking yang mana course ni aku telah lakar dalam coretan impian aku. 

Lastly, setelah penantian keputusan UPU berakhir, Alhamdulillah aku dapat pilihan pertama dalam course yang aku pilih dalam borang UPU. apakah? apakah?
International Islamic University Malaysia (IIUM) untuk kursus Ekonomi dan Sains Pengurusan atau nama comelnya adalah Econs :D kursus ni adalah satu-satunya asasi yang akan belajar di UIA Gombak. aku banyak buat research pasal course ni sebab bakal mendaftarkan diri di UIA PJ pada 7 Jun 2014. ramai sahabat aku yang lain akan daftar awal dalam akhir bulan lima ni. depa ramai dapat UM, UPM, USIM, UiTM dan sebagainya. ehem,, tak kurang jugak ok yang dapat UIA. lebih dari lima kot, dan sume satu geng ngan kepale hotak aku ni. tapi, tak sama course. hmm..nampaknya, bermesra masa orientasi jelah kita ~ 

Namun begitu, aku masih mengharapkan pihak MARA untuk mengeluarkan keputusan Pinjaman Pelajaran PILN 2014 secepat mungkin sebab aku amek course PERBANKAN di Jordan. mohon doakan yang terbaik ya. MARA, please be good to me :'D