Pages

Wednesday 21 May 2014

SAMPAI BILA??

Bismillah..
Assalamualaikum.
Moga Allah redha saya je, anda dan kita semua. Alhamdulillah, hari ini diberi idea untuk menggarap secangkir coretan dalam blog ni. sekurang-kurangnya dapat aku luangkan masa lapang ni untuk meluahkan persoalan utama. Ya, seperti tajuk di atas, persoalan utama kali ini ialah 'SAMPAI BILA?'

Tadi, adalah meluangkan masa untuk scroll down home di muka buku dan pengicau. scroll punyer scroll, jumpe la sesuatu yang dishare oleh seorang rakan berkaitan hukum berqasidah. Ada seseorang yang menge'post' video majlis qasidah dengan tajuk yang kurang enak. Lalu, saya melihat kandungan video tu untuk melihat apa kaitan video dengan tajuk tu. hmm, bagi saya, video itu tiada apa-apa yang memusykilkan. Lalu, saya terpandang komen-komen di situ. 

Saya di sini bukanlah untuk menghuraikan hukum berqasidah, Anda menpunyai ramai asatizah (baca: ostaz) di sekeliling anda. Jadi, silakan tanya pada mereka yang lebih arif.  Apa yang saya nak kaitkan entri ni adalah dengan komen-komen yang saya baca pada video itu. Mereka membahaskan tentang hukum tersebut beserta dalil, hujah, menggunakan ayat, "ustaz ni kata" dan sebagainya. 

Pada satu sisi, saya melihat ia adalah sesuatu yang bagus di mana mereka membincangkan perkara yang baik, iaitu soal hukum hakam. Pada satu sisi yang lain, saya melihat semakin banyak keburukan di mana mereka mula bertelagah untuk menegakkan hukum dengan memberikan 'hujah' masing-masing.

"Hukumnya _ _ _. aku pergi ceramah ustaz tu, dia cakap hukumnya macam tu"
"Hukumnya _ _ _. ustaz kau belajar kat malaysia. ustaz aku belajar kat Mesir"
"Ustaz kau suspek Wahabi. Ustaz aku sunni. Ustaz kau pulak Syiah"

 erkkk.. ok, terkesima jap baca komen-komen macam tu. 

Satu perkara yang terlintas dalam fikiran saya ketika itu, betapa mudahnya kita melabel. Sesama orang Islam, terlalu ekstrem jika saya katakan sudah menjadi trend melabel-label sesama sendiri, mengkafir-kafirkan, menyesat-nyesatkan, membid'ah-bid'ahkan namun hakikatnya itulah yang berlaku. Puak ini dituduh wahabi, puak itu dituduh Syiah, Puak ini dituduh kafir. Allahu :'( Begitu lancang mulut mereka mengeluarkan kata-kata seperti itu.Itu baru di Facebook.belum lagi di pengicau, blog, video dan lain-lain. 

Jadi, saya tertanya-tanya mengapa berlaku perkara seperti ini? dan sampai bila perlu berlarutan musibah ini? Medulla oblongata saya membawa kepada satu persoalan, SAMPAI BILA? Sampai bila umat Islam harus bergaduh sesama sendiri? Sampai bila umat Islam terus bercakaran dan berperang sesama sendiri? Sampai bila yang berpuak-puak ini akan bersatu? Sampai bila kita terus benci-membenci? Dalam hal yang tadi, sampai bila anda mahu label-melabelkan orang lain dengan panggilan yang kurang enak hanya disebabkan mengambil hukum dari ostad yang berlainan! Ketahuilah, hukum itu berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah. Juga Qisas juga Ijma' ulamak. ramai ulama, maka semakin banyak percanggahan. Saya ulang, ulama' bukan ustaz. *sila rujuk pengertian ulama dan ustaz dari segi istilah dalam bahasa Arab*

Sampai bila ummah ini harus nazak dan tenggelam dalam lautan kejahilan dan permusuhan? Yang lebih mengerikan, apabila gerakan dakwah Islam yang sepatutnya menjadi benteng dalam mempertahankan Islam dan memberikan kefahaman menjadi transformer apabila menukar functionnya ke arah kerosakan ummah. Melalui apa? Ya, melalui qudwah yang keji apabila mereka pula yang galak mempertahankan budaya hukum-menghukum, label-melabel, kafir-mengkafir, sesat-menyesatkan. Mengaku mahu mempertahankan Islam, tetapi merekalah kroni yang menjatuhkan imej Islam. Jadi, tidak mustahil apabila not-yet muslims cepat melabel Islam sebagai agama Terrorism, liberalism, sekularisme dan sebagainya. kerana, sebahagian daripada kita menunjukkan contoh tersebut. jadi, sekali lagi persoalannya, Sampai Bila kita mahu not-yet Muslims menggelar Islam sebagai sesuatu yang menyalahi fitrah?! 

Umat Islam hari ini banyak kekurangannya. Dan satu perkara penting yang Umat Islam hari ini tiada ialah....


"Abdul Wahhab Azzam rahimahullah telah melawat sebahagian besar dunia Islam. Beliau telah menjelajah dunia Arab, Turki, India, Pakistan dan lain-lain lagi untuk mengkaji realiti umat Islam secara dekat. Akhirnyanya beliau membuat kesimpulan bahawa umat Islam tidak kekurangan apa-apa kecuali perpaduan." - al-Muntalaq, Panji Kebaikan
Perpaduan! Ya, itulah yang amat kita perlukan sekarang. Urgent and Important!
Umat Islam hari ini ramai yang memiliki akhlak yang baik. Ramai Muslim hari ini yang cukup bijak, mempunyai pendidikan yang tinggi. Ramai juga Muslim hari ini yang kaya-raya dan mempunyai aset harta yang tak habis 7 keturunan. Lalu apa yang menghalang Umat Islam hari ini untuk menjadi kuat sebagai satu agama yang suci dan dihormati? Berpecah-belah. Saat ini adalah masa untuk kita ketepikan perbezaan yang sedikit, mencari persamaan dan menumpukan sepenuh tenaga untuk menguatkan dan memantapkan perpaduan. kerana apa? Kerana perpaduan mampu menamatkan persoalan 'SAMPAI BILA'!

"Janganlah kamu berasa tertipu dengan kerosakan yang zahir dan kejahatan yang melata di sana sini dalam kalangan umat Islam. Janganlah kamu gentar mendengar orang ini dan itu sudah rosak. Orang yang baik sebenarnya lebih ramai daripada orang yang jahat. Tetapi, golongan jahat mengibarkan bendera mereka lalu orang jahat dan pengikut mereka berhimpin di bawah naungannya. Golongan yang baik lalu lari, tidak bersama-sama golongan jahat ini dan suara mereka tidak kedengaran apa-apa.














No comments:

Post a Comment