Bismillah
Moga Allah redha saya, anda dan kita semua
kenapa perlu menutup aurat. Bila buka topik tutup aurat, pasti wanita akan lebih terkesan daripada lelaki. Kenapa? sebab biasanya tidak menutup aurat biasanya dikaitkan dengan wanita. mungkin sebab "aurat wanita banyak, lelaki senang je "ehem~ nanti dulu!! alasan itu sudak lapuk selapuk kasut sukan yang disimpan dalam rak kasut selama 5 tahun lamanye >.< eheh. ok la, macam nie. lelaki atau wanita Islam WAJIB menutup aurat! Lelaki walaupun dikatakan auratnya mudah, tetapi berapa ramai muslimin hari ini yang kita lihat mendedahkan aurat mereka. Astarghfirullah D': muslimah pula? hmm, tak perlu diberikan jawapan pon, anda pasti sudah menggelengkan kepala.
mari kita lihat pengertian aurat terlebih dahulu. Maksud aurat dari segi istilah ialah
'ANGGOTA TUBUH BADAN YANG WAJIB DILINDUNGI DARIPADA PANDANGAN AJNABI (orang asing) ' Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 33
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
Kalau anda arif dalam Usul Fiqh, pasti mudah untuk mengistinbat hukum dalam ayat ni. Hmm,, takpe. biar saya jelaskan. Dalam ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa perintah menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mendirikan solat, menunaikan zakat serta perintah-perintah yang lainnya. Setiap perintah dan larangan Allah pasti ada hikmahnya. Maka, saya mengajak anda dan kita semua untuk melihat maslahah di sebalik perintah ini. saya tidak cuba untuk menyenaraikan semua, namun cukuplah sekadar secangkir
1) Membezakan Muslim dan non-muslim. ok, this point obviously untuk muslimah la sebab kadang-kadang muslimin ni susah sikit nak bezakan. Islam mengajar wanita untuk menutup aurat dengan sempurna. Menutup aurat tidak semestinya mengenakan tudung labuh. Apa-apa sahaja material suci yang boleh dijadikan alas untuk melindungi aurat kita boleh digunakan. Ya! antara yang famous dijenakakan ialah menutup menggunakan baldi. Sekiranya anda berani, silakan buat asal ia dapat melindungi aurat anda. Di samping itu,ramai wanita Islam hari ini yang mengenakan Niqab atau Hijab. Dan dunia barat hari ini sangat menentang pemakaian Hijab di tempat awam di negara mereka. Apabila melihat wanita yang berhijab, mereka sudah kenal bahawa mereka ialah Muslimah. Jadi, ia membezakan muslim dan non-muslim bukan? TETAPI,, ada tapinya. Tak kurang juga non-muslimah hari ini yang mengenakan hijab. Pasti anda kenal dengan Felixia Yeap bukan? kalau beliau yang bukan Islam boleh memilih mengenakan hijab, maka mengapa muslimah yang tidak bertudung hari ini tidak mahu memakai hijab? malah, kebanyakan wanita bukan Islam yang mengenakan hijab sendiri mengakui bahawa mengenakan hijab memberi ketenangan dan mereka merasa selamat. Indah bukan hikmah di sebalik perintah Allah ? *fikir*
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)
2) Mengelakkan gangguan daripada tangan-tangan kotor. Anda semua sudah banyak kali mendengar perumpaan wanita sebagai gula-gula atau coklat. Di mana perbezaan coklat yang bersampul sebagai wanita yang menutup aurat dan wanita yang mendedahkan aurat sebagai coklat yang tidak berbalut. Apabila ditayangkan untuk dijual, pastinya pembeli mahu membeli coklat yang bersampul kerana fitrahnya, kita sebagai pembeli meyakini kebersihan dan kesucian coklat tersebut serta keistimewaannya sehingga dibalut sebegitu rapi. Begitulah wanita yang memelihara auratnya, amatlah sukar untuk dikotori oleh tangan-tangan syaitan. Ketahuilah, bahawa Islam hadir telah mengangkat wanita ke darjat yang lebih tinggi!! Maka, mengertilah wanita bahawa perintah Allah untuk menutup aurat itu mengandungi 1001 kebaikan.
3) Berjilbab mampu mengurangkan risiko penyakit kulit! percaya atau tidak, tetapi inilah hakikatnya!! Menurut suatu kajian yang masyhur, bahawa kulit wanita lebih sensitif daripada lelaki. Maka, kulit wanita memerlukan penjagaan yang lebih rapi daripada Inche Adam. Dalam keadaan dunia yang penuh pencemaran ini, uhuks *batokbatok*, Islam telah pon menyediakan solusinya lebih 1400 tahun dahulu. Yeah! kerana Islam adalah agama Dulu, Kini dan Selamanya XD wanita yang suka berpakaian lengan pendek di tempat awam di waktu panas terik atau memakai pakaian yang seks
Ingatlah diri dan kaum wanita sekalian, saya menyeru kita semua untuk sama-sama memelihara aurat kita. Banyak lagi kelebihan mengapa Islam mewajibkan lelaki dan wanita untuk menutup aurat. Saya di sini memesan kepada diri sendiri yang pelupa ini juga. arakian, terdapat banyak pilihan tudung di malaysia ini. antara yang terkenal ialah tudung singkat Mama Fareeda. Saya bangga dengan Mama Fareeda kerana merupaka jutawan wanita Islam, tetapi cara PuanMama agak mengelirukan. Menjual tudung yang singkat. mungkin niat PuanMama untuk menjual kepadi hadek-hadek, tetapi ketahuilah bahawa yang membeli tudung anda ialah hadek, kakak, makcik, nenek yang memerlukan tudung yang lebih labuh. Bukan saya mahu menyalahkan PuanMamaFareeda, tetapi saya melihat itu pada satu sisi. Pada satu sisi yang lain pula, kita sebagai muslimah di Malaysia perlu bijak dalam memilih pakaian termasuk tudung. Bukankah pemakaian tudung dan menutup aurat menunjukkan KETAMADUNAN seseorang wanita kerana bijak dalam menjaga kehormatan dirinya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete