Pages

Monday 31 December 2012

such a waste~!

In the name of Allah :)

esok dah nak balek asrama..sape jer yang excited~ sume org post kat fb masing2 x nak balek asrama la,,homework x siap la,,n whatever~~ Aku pon 2x5 jer..homework x siap..that's why  nak balek asrama!!
ok la,,memandangkan aku xde sportshoes untuk naek skolah nanti, maka tadi aku ngan abah ngan Emi pon pergi keluar cari Al-Ikhsan..maklumlah,,kasut sukan aku yang lama tue dah jahanam mase kem tautan kasih hari tue~! So, tadi pergi la Tangkak kononnya dengan harapan nak pergi al-ikhsan Tangkak..pooodaah!!! haprak! mane ade al-ikhsan kat Tangkak..buat penat jer pusing2 area tue.maklumlah,, walaupon aku nie tinggal dekat ngn Tangkak,,,tak pernah merayau sampai ke situ..after that,, abah pon mengonahkan stereng kereta ke Muar sbb nak pergi al-ikhsan yang dekat situ..pon skali lagi Such A WASTE!! dah lah kedainye kecik,,x byk pilihan,, pekerja nye pulak tak semanis kurma punyer mulut..aiseh~ sampai bile2 aku reject al-ikhsan yg dekat muar tue >,< at last,, dah bengang sangat, beli kat Bukit Gambir jer..such a super big waste~! nie lah namanya takdir kn?? agaknye kalau dah tahu xde al-ikhsan kat tangkak n al-ikhsan kat muar tue macam hape,,mesti awal2 lg x pergi sane..tapi,,nie lah namanya takdir kan?? Manusia memang tak dapat nak tentukan takdir ikut kemahuan sendiri~ Ok lah, skunk aku nak habaq yg Tangkak takde kedai Al-Ikhsan buat mase skrg nie..tak tau lah kalau 5 thn kn dtang~ 

Saturday 29 December 2012

congrats ~!

In the name of Allah..

A lot of thanks to Allah for this gift..Terima kasih sebab gembirakan hati pengetuaku dan guru-guruku dengan anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi :) Siap masuk TV 3 tue..aku perasan muka pengetua kat TV tue.. Alhamdulillah :) Allah perkenankan permintaan pengetua dan cikgu2 yang memang nakkan SBT..aku tak kisah dapat ke tak sebab aku sendiri tak jelas pasal mende tue..By the way, handsome betul Ketua Pelajar aku masa naik pentas..untung lah jadi KP ~ Tahniah, Zaid.. semoga kau jadi peimpin yang adil yang sentiasa dalam lindungan Allah ^.^

 
nie video yg Ckg Ramli record..that's boy yang pakai blazer hitam tue my KP :)

Monday 24 December 2012

16 Don'ts in Islam :0






in the name of Allah :)

1.Jgn tidur slps solat subuh,nnt rzki mahal krn berpagi2 itu membuka pintu berkat.

2.Jgn mkn tanpa membaca bismillah & doa mkn,nnt rzki kita d kongsi syaitan.

3.Jgn tmbh perhiasan d bdn krn Allah sdh jadikn manusia makhluk yg paling 
sempurna.

4.Jgn keluar rmh tnpa niat utk membuat kebaikan.takut2 kita mati dlm perjalanan.

5.Jgn pakai sepatu @ selipar yg berlainan pasangan,makruh & mewarisi kepapaan.

6.Jgn biarkan mata liar d perjalanan,nnt hati kita gelap d selaputi dosa.

7.Jgn menangguh taubat bila berbuat dosa,krn mati blh dtg bila2 masa.

8.Jgn ego utk meminta maaf pd ibubapa & sesama manusia klu mmg kita bersalah.

9.Jgn mengumpat sesama rakan taulan,nnt rosak persahabatan kita hilang bhgia.

10.Jgn lupa bergantung kpd Allah dlm setiap kerja kita nnt kita sombong apabila berjaya,klu gagal kecewa pula.

11.Jgn bakhil utk bersedekah sdgkan itu memanjangkn umur & memurahkn rezek
i kita.

12.Jgn byk ketawa,nnt mati jiwa.

13.Jgn biasakan berbohong,krn ia adalah ciri2 munafiq & menghilangkn kasih org kpd kita.

14.Jgn suka menganiaya manusia @ haiwan.doa makhluk teraniaya cpt d makbulkan Allah.

15.Jgn terlalu ssh hati dgn urusan dunia.akhirat itu lbh utama & hidup d sana lbh lama & kekal selamanya.

16.Jgn mempertikaikan knpa Islam itu berkata jgn,sbb semuanya utk keselamatan kita....

*SEMOGA BERMANAFAAT....:)

Sunday 23 December 2012

69 JAm DI NERAKA ZIONIS


buku terbaru mengenai 'Pengalaman Berdarah Sukarelawan Negara' bertajuk "69 Jam di Neraka Zionis' , karangan Tn Hj Nooorazman Mohd Samsuddin,Ketua Misi Flotilla Gaza yang baru sahaja aku selesai baca semalam. Subhanallah, sebuah buku yang cukup2 bermanfaat dan menyentap hati, dan membangunkan semangat jihad buat mereka yang masih lena, melihat perjuangan para mujahiddin melalui saat2 kecemasan berada di Mavi Marmara. 


Dalam buku ini segalanya dipaparkan dan disingkap, menjadikannya satu rakaman sejarah yang tidak akan dilupakan, tidak akan hilang ditelan zaman, satu catatan terperinci tentang pengalaman ngeri yang menimpa kumpulan sukarelawan kita serta kumpulan sukarelawan dari pelbagai negara lain dalam pelayaran mereka membawa bantuan penduduk Gaza yang dikepung rejim Zionis.


Tindakan ini jelas menunjukkan betapa sekelompok manusia zaman moden tidak lagi dapat membezakan misi kemanusiaan dengan misi keganasan. Itulah citra keperibadian rejim zionis yang memerintah negara Israel, sebuah bangsa yang mengalami krisis nilai yang meruncing.-Petikan dari buku tersebut.


Buku ini sangat menarik, kelebihannya:

1-Penulisannya seperti sebuah diari. Sangat menarik, pasti tidak bosan.

2- Diterbitkan dengan harga yang cukup berpatutan, kerana penulis berharap, dengan harga yang berpatutan untuk buku ini, berita dan maklumat mengenai keganasan zionis, dan kebiadaban terhadap saudara2 muslim kita, ada yang tercedera, dan ada yang terbunuh dapat disebarkan ke serata pelosok dunia.
Hard cover: RM 50
Soft cover : RM 20 (aku beli yang murah jer,, tak mampu nak spend mahal2 :D )

3-Dilengkapkan dengan gambar2 yang berwarna, dan gambar2 yang terperinci mengenai peristiwa tersebut, tidak disebarkan umum, mungkin kita tidak pernah lihat. Melihat sahaja foto2 tersebut, darah2 para syuhada' bertaburan di kapal tersebut, peralatan yang dirosakkan, seolah2 kita berada di dalam situasi itu, dan menambahkan kebencian terhadap musuh2 Islam. Aku paling suka apabila gambar komando Yahudi yang berjaya ditawan sangatlah penakut.~!



4- Antara yang teristimewa di bahagian di buku ini yang menyentuh jiwa ialah:
Sumber Inspirasiku-Pemergiannyamu pasti akan menjadi kerinduanku. Bingkisan buat Almarhum Ustaz Dahlan Mohd Zain. Aku tahu pasal murobbi ini bila beli buku haluan  hari tue.. Memaparkan dialog Tn Hj bersama almarhum ustaz sebelum kembali ke rahmatullah. Satu nasihat almarhum Ustaz dengan penuh keyakinan kepada Tn Hj:


"Pergilah kamu bersama doa kami di sini. Perjuangan Palestin adalah perjuangan akidah dan ummah. Allah pasti tidak akan mensia-siakan perjalanan kamu. Musuh pasti tidak dapat mengalahkan kamu selagi kamu IKHLAS dan BERJUANG mencari KEREDHAAN-NYA"


Katanya lagi ketika Tn Hj menghadapi risiko yang besar:

" Sesuatu yang MAHAL tentu ada MAHARNYA. Risiko yang ada tidak terkeluar daripada qada' & qadar Allah. Inilah masanya untuk kita buktikan keyakinan kita kepada Allah swt. Allah swt telah meletakkan kita di atas jalan ini, maka GENGGAMLAH dengan penuh keyakinan bahawa kemenangan itu adalah sesuatu yang PASTI. Jangan kamu berundur setelah pakaian perjuangan dipakaikan ALLAH RABBULJALIL pada tubuhmu"

Hampir menitis air mata membaca diari ini, walaupun hanya sebahagian kecil.

Jika berminat, sila dapatku buku ini di MPH, kerana ia tidak dijual di kedai2 biasa. Baru semalam diadakan bedah buku bersama Tn Hj Noorazman. PASTIKAN anda semua mendapatkan buku ini. INSHAALLAH pasti mendapat suatu hikmah dan himmah yang sungguh berbeza. Moga Allah swt sentiasa merahmati kehidupan kita semua. AMIN....

Kita dan Mereka


In the name of Allah



Pada kita,
bahagia itu apabila dilimpahi kekayaan,
seronok itu apabila masih mampu bermain di taman,
derita itu adalah apabila dihimpit kemiskinan,
sedih itu adalah apabila kehilangan,
sakit itu adalah apabila ditimpa kemalangan,
pedih hati itu adalah apabila kekasih meninggalkan,
Kerugian itu gagalnya dalam peperiksaan...

Pada mereka,
bahagia itu apabila berjaya memburu syahid,
seronok itu apabila mampu merasai kemanisan berjuang,
derita itu apabila kehilangan mereka yang tercinta,
sedih itu apabila tidak mampu mempertahankan tanah air,
Sakit itu apabila tubuh dirobek senjata Israel,
Pedih itu pabila maruah negara dinjak-injak,
Kehilangan itu apabila rumah mereka digeles trak,
Kerugian itu apabila gagalnya memburu syahid..

Actually, aku tak reti nak buat sajak..Ini cuma luahan hati ~ Hati ini dah tak sanggup nak tengok saudara-saudara aku menderita di hujung senjata tel Aviv..tadi pon aku baru lepas tengok Majalah3.. Cerita pasal Palestin..Semoga suatu hari nanti aku dapat ke sana memahami penderitaan mereka..Dan aku sangat tertarik dengar rancangan ikim semalam petang..mereka berbincang pasal bantuan kemanusiaan yang baru mereka join..Dan aku terharu apabila Heliza Helmi (antara tetamu) berkata bahawa "kalau kamu semua berasa tertekan, pergilah ke Palestin..Insya-Allah anda kan berasa tenang sebab anda akan dapati bahawa masalah anda ini hanyalah secebis derita mereka.."  







Friday 21 December 2012

jalan-jalan bendang

Assalamualaikum

Alhamdulillah,,akhirnya dapat jugak aku luangkan masa aku pergi jalan-jalan dengan awak-awak semua :) I'm so happy sebab aku dah lah jarang keluar rumah..So, hari tue kami pon pergi ronda-ronda kawasan kampung & sawah..,,kalau orang lain nak hang out mesti kat shopping complex or dekat KFC or Pizza Hut or Marry Brown or Secret Recipe or mana-mana je lah tempat yang popular..But, kami dengan rendah hatinya melihat keindahan ciptaan Allah menyaksikan pemandangan sawah padi dan melihat pemandangan Gunung Ledang :DD maklumlah,,orang johor XOXO By the way, aku seronok sangat tau dapat gather-gather macam nie..yelah,,kitorang pon jarang jumpa..masing-masing sekolah yang berbeza ~  so, bile dapat jumpe,,semacam excited..tue pasal la Fauzah sampai bawak DSLR die walaupun kitorang jalan-jalan takde lah jauh sangat..setakat dalam Bukit Gambir nie jer..tapi, disebabkan jarang jumpa,,kitorang beria-ria ambil gambar sampai orang yg kat sekeliling kitorang pon pelik..lantak la~!yang penting kitorang happy sangat :DD
Fauzah lah ketua yang bawak kitorang jejalan..die kan rajin explore :) So, at that day, die bawak pergi satu pondok nie kat tepi bendang..So excited ma~ dah lama aku tak pergi jejalan kat area tue..I thought the last time masa aku Year 5..tue pasal la aku semacam excited bile Fauzah ajak aku datang sini:) Kitorang pon lepak-lepak la kat pondok tue dan berpokpek..and ada satu pengalaman yang aku takkan dapat lupakan..Fauzah suruh aku bawak skuter Amirah~ What??!! Die sengaja nak kenakan aku sebab aku tak reti bawak motor..ada ker patot diorang tinggalkan aku dengan skuter tue.Aku pon try la bawak..menggigil beb~! aku terjerit-jerit sebab tak tau lah sama ada xcited ataupun cuak..aiseh~ diorang pulak dah gelak-gelakkan aku..takpe2..kalau aku dah habis SPM nanti, aku amek lesen motor and aku bawak korang jejalan..ceywah~! bajet jer ayat aku..ok la,, tue je kot..Btw, gambar2 nie banyak diedit sebab ada part yang private..k,,bye



Nazila termenung :)

Bahagia :D











Wednesday 19 December 2012

Uhibbukifillah :)






In the name of Allah

"Selemah-lemah manusia adalah mereka yang tak boleh mencari sahabat dan manusia yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

Saya sayang mereka..sayang sangat..sayang kerana Allah, insha-Allah <3 
Mereka sahabat yang sangat saya cinta..Bila saya menangis mereka bersama saya,,Bila saya berjaya saya kongsikan dengan mereka,,Bila saya sakit, mereka jaga saya,,Bila saya dipulau, mereka bersama saya..Bila saya lalai, mereka ingatkan,,Kami sefikrah..mereka menegur saya bila saya melakukan kesilapan..mereka ingatkan saya dalan jalan kebaikan..Mereka pendinding saya daripada melakukan kejahatan..Mereka teman saya bergelak suka dan mereka bahu saya saat air mata ini tumpah..Mereka adalah orang yang mulia kerana mereka memahami erti persahabatan..
Tapi, saya takut..takut tak dapat jadi sahabat yang baik untuk mereka.. takut saya selalu lukakan hati mereka.. takut saya tak dapat tunaikan hak mereka sebagai seorang sahabat :)Akhlak mereka sangat saya kagum walaupun tak sehebat akhlak srikandi Islam yang lain..Aku tahu mereka cuba menjadi yang terbaik.. Aku menghormati mereka..Uhibbukunnafillah <3
Semoga persahabatan saya dan awak-awak semua diredhai Allah..Semoga kita berjaya melepasi misi kita dalam persahabatan,,Semoga kita berjaya berpimpinan bersama untuk ke syurga-Nya..Manisnya persahabatan itu apabila matlamatnya mengejar redha Allah..Semoga ukhwah kita meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lebih mulia di sisi Allah :DD Saya sangat bahagia dapat mengenali mereka XOXO :D


# PMR 2012

In the name of Allah :)

tahniah kepada adik-adik yang berjaya dapat result yang cemerlang dalam PMR tahun nie..juga kepada yang belum berjaya, anda jangan sedih-sedih sebab itu tak bermakna anda gagal..Tadi, dapat tahu yang result sekolah aku pon menurut gak..peratusan yang dapat 9A menurun agak banyak la..Masa batch kitorang tahun lepas 57 orang 9A,,tahun nie menurun 32 orang sahaja..Kejayaan untuk kali ini mungkin bukan milik mereka..Tapi, tak pe..jangan menyerah dan jangan marah dengan perancangan yang Allah dah tetapkan :) just keep smiling :DD Adik aku pon tak berjaya mencapai target..mak dengan abah agak kecewa lah dengan keputusan dia..Tapi,, nak buat macam mana kan~ Dah itu yang dia usaha,,itu jugalah yang Allah bagi..Semoga kejayaan akan mengiringi kita di dunia dan akhirat XOXO


Tuesday 18 December 2012

Good Luck, adik :)

In The Name Of Allah :)

Esok keputusan peperiksaan PMR akan keluar bagi sesi 2012..And I wish Good Luck kepada adik-adik terutamanya adik-adik SBPI Selandar..Kalian mesti cuak dan takot dan seram dan macam-macam lagi la kan?! Aku pon pernah rase perasaan cuak macam tue..Maklumlah,,,trial pon xde la gempak sangat..Yang paling aku takut sebab aku tak dapat nak bagi 9A to my parents..yela..yuran tusyen tiap-tiap bulan dah bayar ..rase rugi bile x dapat 9A..Memanglah tue takdir Allah, tapi tak salah mengharap kan??? kan?? Ok la, just nak wish Semoga Berjaya kepada adik-adik..banyakkan solat hajat dan berdoa :) Jangan pikir sangat pasal result tue kalau cuak sangat..Kalau ade orang cakap kita tak boleh dapat straight A,, just put your trust on Him and keep praying..kalau nak lagi tenang, letak tangan kat hati dan cakap, "ALL IZ WELL".. haha:) ikut petua 3 IDIOTS :D Mak aku sendiri pernah mimpi yang aku dapat 7 A jer..ade ker patot~ aiseh,,menambahkan cuak aku jer sebab mak sendiri kot mimpi macam tue..But,, aku biarkan jer sebab aku sedikit confident yang aku akan dapat straight A.. Jadi, kepada adik aku sendiri yang bakal ambil result esok, good luck...semoga dapat straight A's.. Insha-Allah,,XOXO







Monday 17 December 2012

# Too Much Homework

In the name of Allah...

homework..homework..homework..
aku tak taulah bile boleh siapkan semua homework..they're too much~! Aku rase banyak sangat homework tue..Aku ade tanye kwn aku, budak STF..Die cakap homework diorang x banyak pon.. Die pon terkejut bile aku cerita pasal homework aku..Bagi aku, homework nie memang lah penting..Tapi, kalau dah terlalu banyak, akan membebankan pelajar..Pelajar pon nak luangkan masa dengan families, friends and those gadgets..mestilah..apalagi budak asrama macam aku nie..Bile pelajar dah malas nak siapkan,, nanti cikgu marah..kesian pulak dengan cikgu..So, saye nak mintak maaf pada semua cikgu-cikgu saye,, saye tak mampu nak siapkan semua homework cikgu-cikgu..Truly sorry.. ape yang saya mampu, akan saya siapkan..
and doa ku harapkan dari semua agar aku diberi kekuatan untuk siapkan those homework :)






Thursday 13 December 2012

Harimau Malaya selamanya :)

In the Name Of Allah 

it's badly to say that Malaysia had lost agaisnt Thailand tonight..aku tak puas hati betol la dengan game malam nie.. Frankly speaking, referee tue dah macam kena rasuah.. player Thailand buat salah langsung tak nampak or tak taulah kalau buat-buat tak nampak.. Kesian sangat aku tengok dekat player Malaysia especially Fadhli dengan Shahrul.. Yang paling tak boleh blah bile dye tayang kad merah kat Fadhli lepas player Thailand yang sepatotnyer kene foul!!  pergh!! semua orang dah meyirap >,<
Aku seram bile tengok Terasil tue shoot.. O my Allah ! lagi seram daripada tengok movie hantu ~ 
sedih pulak bile aku pandang muka Farizal Marlias..haha~! actually not you je la Faizal, rakyat Malaysia semua sedih :(  Rajagobal pon satu hal.. Aku tak paham kenapa dia tak masokkan Safee or wan Zack Haikal :O kesian shahrul kejar bola sorang-sorang.. 
but, dah tak guna kan nak marah~! Aku just lepaskan geram sebab dari tadi takde sape nak dengar aku membebel.. bak kata mak, "dah takde rezeki," ...ermm, betol tue ~! ade hikmahnya :)

By the way, congrats to you all la Harimau Malaya although Gajah Putih won the game :) and special dedication to Farizal Marlias yang agak comel tue, anda bermain dengan baik malam nie.. Best of luck :DD






Good Luck MALAYSIA :)

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Tonight, Malaysia akan berlawan dengan skuad Garuda Putih dari Thailand untuk mara ke final Piala AFF Suzuki.. So, good luck kepada all the Harimau Malaya members.. Fight for the sake of Malaysia :)
 We love you all <3  Kalau kalah takpe, ade hikmah di sebalik tue :)
Kepada Farizal Marlias, you can do it !! jangan sampai diorang golkan satu pon..
And kepada player jersi number 7, Aidil..do your best ^.^
wan Zack Haikal pon same..be at your best ~!

And kepada penyokong tak kesah lah mane-mane team pon, but I hate the laser ~! That kind of action boleh timbulkan konflik la.. Takde keje ker asyik nak melaser orang >,<   By the way, just behave yourselves la..








Tuesday 11 December 2012

Pelayaran Cinta :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful




Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. 
Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”

Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta.
 Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.

# Erti cinta #
Cinta. Ramai yang mentarjimkannya dengan pelbagai makna. Anda yang berpendapat seperti itu dan ada yang berpendapat seperti ini. Ramainya manusia yang memegang istilah dan princip cinta yang berbagai-bagai. Masing-masing percaya dengan prinsip cinta yang dipegang. Ada yang berpendapat bahawa kalau cinta, kita mesti luahkan supaya kita tak kecewa dan ada yang berpendapat kalau kita tahan daripada meluahkan cinta kepada orang yang kita cintai, maka itu adalah jihad.
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi berpesan mengenai cinta high class ini : "Pernikahan yang baik ialah pernikahan yang tiada halangan daripada kedua-dua pihak, ibu bapa, adat dan undang-undang." Cinta bukan hanya melibatkan dua pihak; lelaki dan perempuan sahaja.Cinta yang baik memelihara hubungan yang baik sesama manusia (hablumminannas). (Rujuk Cinta High Class, karya Fatimah Syarha)
Saya ingin berkongsi akan istilah cinta yang dipegang oleh saudara Hilal Asyraf yang mendifinisikan cinta. Beliau berpendapat jika kita cinta dengan seseorang, maka cinta itu akan membawa ke syurga-Nya. Jadi, sebarang perkara yang dapat membawa ke neraka tak bermakna kita cinta akan seseorang itu. Prinsip cinta ini sesuai dilekatkan pada ibu bapa,saudara-mara, guru-guru, sahabat-sahabat, jiran dan sesiapa sahaja.( Sila rujuk Sebelum Aku Bernikah, karya Hilal Asyraf). sebenarnya, banyak lagi istilah-istilah cinta yang telah diperkenalkan.
Namun, walau apapun istilah cinta yang anda pegang, selagi ianya berpaksikan syariat Islam dan bertujuan menggapai redha Allah, maka teruskanlah dan semoga anda dan orang-orang yang anda cintai akan bersama-sama beriringan ke syurga Allah.


  # Peraturan Cinta #

Ia adalah syariat – hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus. Jangan dilanggar yang haram kerana cinta. Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat dipulangkan kepada kebijaksanaan dan kewarakan untuk membuat atau meninggalkannya. Percayalah, kemanisan dengan menempuh jalan yang haram, akan berakhir dengan kepahitan. Percayalah, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan
yang berkekalan. :) Sedarlah sentiasa bahawa cinta itu adalah “hadiah” daripada Allah. Justeru, jangan sekali-kali kita terleka dengan hadiah sehingga melupakan Pemberi hadiah (Allah). Cinta sesama makhluk jangan sampai mengatasi cinta kepada Allah. Cinta bukan Tuhan. Ia hanya hadiah daripada Tuhan. Malangnya, dalam cerita-cerita cinta versi Barat dan Timur, kerap kali dipaparkan seolah-olah cinta itu “Tuhan”. Lihat, bagaimana Bollywood “mengajar” generasi muda tentang penyimpangan cinta. Secara halus cinta seolah-olah “dinobatkan” sebagai Tuhan. Demi cinta 
yang suci (kononnya), agama, ibu-bapa, sanak-saudara rela ditinggalkan. Seolah-olah cinta itulah yang paling agung dan utama daripada segala. Hidup merana, menderita malah sanggup mati kerana cintakan kekasih dianggap sikap yang mulia dan suci. Padahal, cinta sesama manusia itu hanya “alat” bukan matlamat. Cinta sesama manusia hanyalah alat untuk mendapat cinta Allah (matlamat). Jadi, untuk menjaga kesucian cinta… jadikanlah cinta Allah sebagai dasar untuk 
mencintai manusia.



# Gelora percintaan #

" Dan Allah pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"                                                                      [Surah Al-Baqarah, ayat 156]

Ada yang baru menemui cinta baru, sedang di lamun cinta, baru mendapat cahaya mata hasil daripada benih cinta, mencari cinta yang tulus, terpedaya kerana cinta, di belasah kerana cinta, menjadi pembunuh kerana cinta dan ada yang terpisah kerana cinta. Setiap perkara pasti akan Allah uji bagi melihat tahap keimanan dan kesabaran hamba-hamba-Nya. Allah pasti meletakkan dugaan dalam percintaan yang sedang anda lalui dan semestinya dugaan dan cabaran itu tidak melebihi daripada tahap kemampuan kita. Itu janji Allah. Maka, berpegang teguhlah pada janji Allah dan terus berusaha bagi membina sinergi dalam perhubungan. Berusaha, Berikhtiar, berdoa dan bertawakal. Prinsip kita sebagai seorang muslim harus kita pegang agar Pemilik Sang Cinta sentiasa redha dengan pelayaran cinta kita. Letakkan redha Allah sebagai 'aim' dan tujuan kita dalam bercinta. Bagi yang bahagia dalam melayari bahtera percintaan, maka ucapkanlah hamdalah dan bagi yang kurang berjaya, maka teruskan usaha anda dalam mengemudikan cinta anda. jadilah pelayar cinta yang sentiasa diredhai Allah.

# Kemudikan cinta anda dengan betul #

Walau apa jua status cinta anda, biarlah ianya hanya kerana Allah SWT. Kepada yang telah jauh tersasar dari landasan cinta yang sepatutnya.. Rebutlah peluang bertaubat selagi pintu taubat masih Allah buka untuk kita. Layarkanlah percintaan anda di lautan yang betul. Lautan yang anda 
lalui bukanlah sentiasa tenang. Ada masanya lautan itu akan bergelora dan sekiranya anda sebagai pengemudi cinta gagal mengawal 'kapal' anda, maka kemungkinan besar anda akan karam di lautan cinta yang sedang anda redahi. Kepada yang tengah frust dalam percintaan.. bersabar dan kuatkan semangat anda. Ada hikmat di sebalik perpisahan ini..cari dan tentu ada jawapannya. Life must goes on...  :)



Monday 26 November 2012

I hate Couples~!

In the name of Allah

tugas untuk menegakkan agama Allah bukanlah susah kerana Allah menjanjikan pertolongan bagi sesiapa yang membantu agama Allah..

"Sesiapa yang menolong agama Allah, maka Allah akan menolongnya"

Starts here....memandangkan minggu peperiksaan dah habis, maka berleluasa lah maksiat & masalah disiplin kat sekolah.. Nak2 pulak sekolh dah nak habis.. So, macam biasalah ramai bawak phone, berdating makin kerap, n macam-macam lagi lah masalah disiplin kat skolah tue.. But, urusan phone tue pengawas punyer kerja.. Aku yang cuma BADAr nie tak nak lah masok campur bab tue.. yang aku tekankan kes dating, couple yang makin kerap berlaku.. Budak form 1 pon dah pandai kapel.. dating depan2 aku..memang nak kena la..

"kerja dakwah ni memang berat..Sebab tu orang yang menjalankan kerja-kerja dakwah ni bukan sebarang orang..Mereka itu golongan yang dipilih Allah" tu kata-kata kak Naqibah aku yang aku akan ingat sampai bila-bila..Insha-Allah..
memang betol pon kerja dakwah nie berat.. Kat sekolah aku paling benci kalau jumpa orang berdating.. Seriously, aku menyampah..Sebab kalau tak tegur diorang nanti tak pasal2 aku pon nak kena tanggung dosa diorang.. Wah~! Banyak cantik ...
Aku pon tak tau nak cakap apa.. kawan sekelas aku pon ade yang couple.. Aku tak kesah lah budak laki tue.. yang muslimat nie.. tolong lah..kita nie kan budak kelas agama..Tolong lah jangan nak cemarkan nama kelas agama.. Yang paling aku sedeh, bila dah kantoi ngan Badar, tau pulak nak nafikan.. cakap tu lah..inilah.. Hallo!! saya dah muak dengan alasan-alasan anda.. 
yang paling tak boleh bla, aku dah kena tampar dengan sorang mamat yang perasan handsome nie.. Tak memasal dia nak marah aku.. cakap aku nie hentam makwe die tue..Please lah.. ingat aku nie bodoh sangat ker nak marah2 orang jer.. cakap ngan makwe die pon tak pernah, nak cakap aku hentam.. Eeeiiiii!!! Geramnyer aku mase tue.. Aku pon dah ready jer mase tue nak balas penampar die tue.. Nasib baik ade yang menghalang..pastu, dah frust tak dapat nak tampar aku, nak patahkan kerusi pulak.. Ingat aku takot.. Huh!! Sebab kau hentam aku lah malam tu jugak aku jumpa makwe kau.. Nasib baik aku control emosi.. Aku berlembut lagi tau dengan makwe yang ko 'sayang' sangat tue.. Korang berdua tak payah lah nak selindung.. Ak dah pernah jumpa surat korang yang aku pon menyampah nak baca.. korang pon dah kantoi ngan warden kan?! Kenapa still nak berdating.. tue baru sorang.. Jangan salahkan aku sebab asyik fokus kat korang.. sebab aku sayang kat kau.. aku tak nak ko terus terleka dengan mamat tue.. tolonglah kawan.. Aku merayu cepat-cepatlah break dengan dia.. Tengok lah ape dah jadi dengan result diagnostic ko..drop sikit kan?.. so, please lah aku harap sangat ko fikir baik2.. kau dulu orang yang baik.. semua orang tak sangka kot ko pon boleh kapel..dengan mamat tue pulak..
Ketahuilah bahawa aku akan sentiase mencegah maksiat yang ade kat sekeliling aku selagi Allah izinkan.. Aku tak takot pon dengan warning yang korang bagi sebab warning Allah itu lebih aku takot.. Kalau korang nak boycott aku pon silakan.. sebab ramai lagi sahabat yang boleh mendukung aku.. Yang Maha Pemberi Kekuatan pon aku ada.. Insha-Allah














Sunday 18 November 2012

Pray for GAZA


In the name of Allah

Rasulullah SAW bersabda:

Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut menggerumuni makanan

Sahabat-sahabat bertanya:

Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab:

Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi hanya seperti buih di lautan

Seperti buih di lautan. Hadis ini masyhur menerangkan keadaan umat Islam pada akhir zaman.
Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah isu Gaza. Israel tidak henti-henti membedil rakyat Gaza. Sehingga semalam hari ke -7 tentera Tel Aviv masih lagi memerangi rakyat Palestin yang menyebabkan angka korban di Gaza terus meningkat. Alhamdulillah perkara ini mendapat perhatian seluruh dunia. Semua pihak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang tanpa belas terus melancarkan serangan kepada Gaza. Di seluruh dunia pula, ramai yang berdemonstrasi di kebanyakan kedutaan Amerika Syarikat untuk menghentikan serangan tersebut. Kenapa Amerika?? Sebab Amerika Syarikat telah lama menyalurkan pelbagai bantuan senjata kepada Israel.

Alhamdulillah, semua pihak mengambil berat terhadap isu ini dan pelbagai langkah diambil. Ada yang memboikot produk berkaitan, ada yang berdemonstrasi, ada yang mengadakan kutipan dan pelbagai lagi. Dan satu usaha yang menarik perhatian saya adalah usaha yang dibuat oleh seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun yang mempunyai kesedaran terhadap masalah ummah. Kanak-kanak mulia ini telah menulis sepucuk surat untuk Presiden Amerika.


Bantuan Terbesar

 Kata Khaled Mesy’al apabila orang bertanya apa yang perlu dilakukan oleh orang di luar Palestina, dia menjawab: Kamu bergeraklah mengislah ummah di kawasan kamu, agar kembali kepada Islam yang sebenar. Itu, adalah bantuan terbesar kamu untuk kami”


Kenapa mengislah ummah?
Kerana Jihad Palestina  bukan jihad semata-mata merampas semula satu kawasan yang dijajah. Jihad mereka adalah bertahan, sambil terus-terusan memperkuat dan memperhebatkan diri, menanti ummah di luar sana bergerak mengislah diri mereka, dan akhirnya barulah bersatu dan membebaskan tanah mulia ini. Amal Jama’ie. Maka, marilah kita bersama-sama bermuhasabah dan mengislah diri sendiri. 

Di Malaysia, Alhamdulillah sedikit kesedaran mula timbul. Ulangan, sedikit. Tapi, walaupun sedikit sekurang-kurangnya ada. Bacaan qunut Nazilah dan solat hajat giat dijalankan di masjid-masjid dan surau di seluruh negara. Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan para syuhada' di sana. Semoga mereka tergolong dalam golongan seperti yang disabdakan Nabi Muhammad S.A.W


Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku yang menegakkan kebenaran, dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, sesekali tidak akan dapat melukakan mereka, mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian”

Sahabat-sahabat bertanya:

Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?”

Rasulullah SAW menjawab:

Di Baitul Maqdis, dan sekitar Baitul Maqdis


Palestinian kid holding his brother, after their parents were killed

Pengecut!! seorang tentera Tel Aviv yang tanpa senjata berlari lintang-pukang apabila dikejar syabab Palestin. Di mana keberanianmu sebenarnya Wahai israel?? Adakah hanya pada senjata..









Tak 'Couple' tapi 'Couple'



IN THE NAME OF ALLAH






Istilah "kapel" datangnya daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu couple. Pada asalnya, perkataan itu tidak membawa maksud "hubungan intim antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin" tapi entahlah macam mana, budaya Malaysia kita sudah memberikan takrifan kepada istilah "kapel" sebegitu rupa. Maka, saya akan gunakan takrifan yang sama dalam penulisan ini.

Tapi adakah dengan nampak dan bunyi "Islamik" sudah memadai untuk menjadikannya Islamik?

Fenomena ini menarik minat kerana pattern yang dilihat adalah hampir sama dalam semua kes. Ini menunjukkan betapa tidak kreatifnya musuh kita iaitu syaitan. Asyik guna taktik yang sama je.

Tapi sedihnya, kita tertipu jugak. Ahaks!
"Eh, kami tak kapel. Dia bukan girlfriend saya."
Selalunya kita tidak akan menggelar si dia itu boyfriend atau girlfriend. Selalunya kita akan anti dengan gelaran-gelaran tersebut kerana dalam hati kita, sudah terang lagi bersuluh bahawa mempunyai boyfriend atau girlfriend itu salah di sisi agama.

Tapi apa yang kita tidak sedar ialah berkapel ini tidak perlukan declaration. Tidak perlu untuk kita declare secara lisan seperti "mulai hari ini, awak adalah boyfriend/girlfriendsaya." Tidak perlu juga untuk declare dalam bentuk pertanyaan seperti "awak nak jadiboyfriend/girlfriend saya?" Berkapel juga tidak perlukan panggilan comel-comel seperti sayang, hubby, sweetheart, honey, cutie pie, balak, gewe, ataupun awek. Semuanyasuperficial sahaja.

Sekadar label semata-mata.

Jangan kita terlalu taksub dengan label. Teliti hakikat di sebalik label itu. Jika saya letakkan label "al-Hasan" atas botol arak, apakah ia mengubah hakikat bahawa ia arak? Tidak. Jika saya letakkan label "Konsert Amal Untuk Anak-Anak Yatim" tetapi dalam konsert tersebut bercampur-campur antara lelaki dan perempuan, bergesel-gesel badan, melompat-lompat, dan sebagainya, apakah ia "Islamik" hanya kerana label yang diberikan kepada konsert tersebut Islamik? Tidak.

Maka jangan terpedaya dengan luaran yang nampak dan bunyi "Islamik". Telitilah dalamannya. Telitilah hakikatnya.

Dalam isu kapel "Islamik", hakikatnya ialah perbuatan kita sudahpun membuktikan bahawa kita sedang berkapel. Perbuatan kita sudah "declare" dengan begitu jelas tanpa perlukan sebarang kata-kata.

Actions speak louder than words.

Oleh itu, di samping kita meneliti percakapan kita, teliti juga perbuatan kita. Kita mungkin cakap lain, tapi perbuatan kita "cakap" lain.

Hati-hati juga kerana kita mungkin hanyut dan larut dalam perasaan sayang sampaikan kita tidak nampak ataupun kita deny akan kewujudan apa-apa yang tidak baik dalam hubungan tersebut.
"Tapi kami tak buat benda-benda salah pun macam pegang-pegang tangan or berdua-duaan. So, kira ok la kan?"
Selalunya hubungan ini akan dihiasi dengan amalan-amalan yang baik seperti menghantar SMS tazkirah, kejut bangun Subuh, memberi hadiah tudung, mengajak study bersama, dan lain-lain. Disebabkan kita melihat hubungan ini dihiasi dengan amalan-amalan Islamik maka kita merasakan hubungan ini justified dan "Islamik".

Tapi apakah amalan-amalan yang saya sebutkan itu salah? Tidak sama sekali. Semua amalan itu tidak salah pada asalnya. Tetapi, jika amalan-amalan seperti itu dipergunakan untuk mencapai matlamat yang lain maka di situ kita mungkin akan jumpa masalahnya.

Cuba kita tanya diri sendiri beberapa soalan berikut yang mungkin boleh digunakan sebagai kayu ukur:
Ada keperluan ke untuk aku berhubung dengan dia?
Ada alternatif lain tak? Mungkin instead of aku, rakannya yang sama jantina boleh ambil tempat aku.
Apakah perbuatan aku ini sekadar alasan untuk aku spend time ataupun keep in touch dengan dia?
Selain itu, selalunya dalam hati kita ada satu perasaan yang mengatakan bahawa "macam tak kena je apa yang aku buat ni" tetapi minda kita menyampuk dan berkata "tak pe, tak salah pun".

Tumpukan perhatian kepada bisikan hati kita kerana hati yang bersih dapat memberi amaran kepada kita apabila kita hampir-hampir melakukan perbuatan yang salah. Dalam masa yang sama, berhati-hatilah juga dengan permainan minda kita kerana ia bijak dalam mencari alasan untuk "menghalalkan" yang salah.
"Si dia motivate saya berubah menjadi lebih baik."
Dalam hubungan kapel "Islamik" ini, selalu juga kita dan si dia mendapat motivasi untuk berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah, berubah untuk menjadi lebih baik itu sudah semestinya bagus.

Tapi apakah kita berubah itu untuk Allah atau untuk si dia? Bagaimana kalau si dia itu tiada, apakah kita akan berubah juga?

Jika kita dalam proses perubahan, jangan kita berhenti kerana niat kita terpesong. Teruskan dengan perubahan itu! Cuma, perbetulkan niat kita sahaja kerana jika kita berubah kerana Allah maka it doesn't matter kalau si dia itu ada atau tidak, kita akan terus juga berubah.

Cuma satu sahaja yang saya ingin peringatkan: berhati-hatilah. Hati-hati kerana mungkin ini salah satu alasan lagi yang boleh kita gunakan untuk justify hubungan kita dengan si dia.

Saya tidak menafikan bahawa motivasi untuk berubah menjadi lebih baik ini adalah salah satu kebaikan dalam kapel "Islamik". Tapi ingat, wine pun ada kebaikannya juga. 

"Mereka bertanya kepadamu [Wahai Muhammad] mengenai arak dan judi. Katakanlah: 'Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya..." (Surah al-Baqarah, Ayat 219)
"Saya dah pasang niat nak berkahwin dengan dia."
Alhamdulillah, bagus! Inilah yang sepatutnya menjadi aim kita apabila kita hendak menjalinkan apa-apa hubungan intim dengan si dia.

Tetapi, ingin saya ingatkan bahawa niat tersebut harus diiringi dengan azam dan usaha untuk bersedia. Jangan kita anggap perkahwinan ini sebagai jalan keluar zina. Sebaliknya, kita harus lihat perkahwinan ini sebagai jalan menuju syurga. Nampak seperti sama tapi mentaliti di sebaliknya amatlah berbeza.

Jika perkahwinan itu dilihat sebagai jalan menuju syurga, maka kita akan plan dan bersediasebelum kita mendekati si dia atau walinya (jika si dia itu perempuan). Jangan apabila sudah hangat bercinta baru nak berfikir berkenaan kahwin kerana takutkan zina. Padahal zina itu harus dielakkan daripada awal lagi.

Selain itu, jangan pula sebulan sebelum nak berkahwin baru kita terburu-buru untuk bersedia.

Sepertimana exam, kita tidak dinasihatkan untuk tangguhkan semua persediaan di saat-saat yang terakhir. Kita akan mula bersedia dari awal lagi. Kita akan ambil semua langkah yang patut diambil untuk bersedia menghadapinya. Jika dengan perkara kecil seperti examitu kita bukan main lagi tekun bersedia untuk menghadapinya, jadi mengapakah dengan perkara besar seperti perkahwinan kita tidak begitu tekun pula untuk bersedia? Exam akan berlalu selepas beberapa hari, tapi perkahwinan akan berterusan 24/7 sehinggalah kita mati (Insha Allah). Maka ia merupakan satu komitmen jangka masa panjang.

Apakah komitmen besar seperti itu tidak perlukan apa-apa persediaan?

Saya bukannya ingin menghalang sesiapa daripada berkahwin. Saya menggalakkan orang-orang muda berkahwin sepertimana Rasulallah menggalakkannya. Oleh itu, saya bukan ingin demotivate sesiapa. Malah, saya ingin motivate semua untuk berkahwin. Tapi, dalam pada masa yang sama, saya juga ingin menekankan betapa pentingnya untuk kita semua bersedia - fizikal, mental, emosi, dan spiritual - untuk menghadapi alam perkahwinan.

Perkahwinan itu amatlah indah. Tapi ingat, ia juga merupakan tanggungjawab yang besar.

Kesimpulannya, perkataan "kapel" dan "Islamik" itu aneh jika digabungkan. Bak kata Boonaa Mohammed, "There is no right way to do something haraam."


Anda mungkin fikir,
"Ala mamat ni, bajet macam dia tahu je. Jeles la tu sebab takdegirlfriend."
Pemerhatian saya ini adalah berdasarkan emel-emel dan cerita-cerita yang sampai kepada saya. Bukan itu sahaja, pemerhatian saya juga berdasarkan pengalaman peribadi.

Ya, saya ini bekas mangsa kapel "Islamik".

Ketahuilah, pattern yang saya perhatikan dalam semua kes hampir sama dengan pengalaman yang saya lalui sendiri. Seolah-olah syaitan ada guidebook yang dia rujuk untuk menghasut manusia-manusia. Maka saya faham apa yang golongan kapel "Islamik" ini lalui. Saya sangatlah faham.

Liciknya syaitan. Dia mampu menggunakan perkara-perkara baik untuk perlahan-lahan mencapai matlamat yang jahat.

Tapi semasa hubungan saya itu dijalin, jauh di dalam hati somehow saya tahu. Saya tahu bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan kami. Saya tahu bahawa apa yang saya inginkan hanyalah untuk meluangkan masa bersama si dia sama ada face to faceataupun melalui telefon. Semua perbuatan baik yang saya lakukan hanyalah alasan-alasan untuk mencapai keinginan saya itu. Alasan-alasan itu saya pegang sebagai hujah untuk menjustifikasikan hubungan saya.

Apabila saya berfikir sejenak dan jujur dengan diri saya sendiri, barulah saya sedar. Selepas itu, saya rasa bertanggungjawab untuk bertindak. Saya bertindak untuk mengakhiri hubungan itu. Memutuskan hubungan itu amat perit tapi saya tahu ianya perlu dilakukan, untuk kebaikan saya dan si dia.

Sometimes we have to sacrifice our own pleasures for the pleasure of the One we love most - Allah.

Bila saya fikir balik, saya rasa keputusan saya itu betul dan ada hikmahnya. Mungkin ada yang akan tertanya-tanya, "Kenapa break up? Kenapa tak kahwin terus sahaja?"

Maka saya berfikir, macam mana kalau saya berkahwin dengan dia? Hasrat itu sudah pun ada. Setelah berfikir, saya rasa kalau saya kahwin dengan dia, kemungkinan besar perkahwinan itu akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Ini adalah kerana kalau saya berkahwin dalam keadaan saya yang masih mentah sebegitu rupa, maka saya pasti bahawa saya tidak akan dapat handle perkahwinan itu dengan baik. Itu analisa saya tentang diri saya sendiri.

Alternatif lain ialah bertunang. Saya fikir, itu juga bukan satu alternatif yang baik kerana jika saya memilih untuk bertunang maka kami akan bertunang untuk satu jangka masa yang amat lama.

Pertunangan tidak disarankan untuk ditarik lama-lama. Tidak patut kita mengikat seseorang itu dalam ikatan pertunangan lama-lama. Ada orang tanya saya sama ada dibolehkan atau tidak untuk bertunang sehinggalah dia mampu untuk berkahwin. Saya tidak katakan kepadanya bahawa itu haram atau halal. Apa yang saya katakan kepadanya ialah seorang manusia itu bukannya objek yang kita boleh pre-order ataupun "chup" awal-awal. Jika ingin bertunang, bertunanglah dalam keadaan bersedia dan mempunyai planuntuk kahwin dalam jangka masa yang singkat. Perkahwinan itu harus dipercepatkan (tanpa terburu-buru).

Oleh itu, saya rasa break up itu adalah yang terbaik kerana relationship saya itu membawa saya jauh daripada Allah. Dan melayan perasaan itu lama-lama tanpa melihat kemungkinan perkahwinan berlaku dalam masa terdekat itu bagi saya, satu penyeksaan. Kalau kita sudah set plan untuk berkahwin dalam jangka masa yang singkat dan kita sudah bersedia untuk menghadapinya, itu cerita lain pula. 

Do not start something that you can't finish.

Saya tidak boleh finish relationship saya itu, maka saya putuskan. Pada pengamatan saya, pada masa itu saya termasuk dalam golongan mereka yang tidak mampu untuk berkahwin.

"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.” (Surah An-Nur, Ayat 33)

Break up itu perit. Saya sakit. Dia pun sakit. Tapi Alhamdulillah, kami sekarang baik-baik sahaja. Tiada yang jadi sewel seperti yang dilakonkan dalam sesetengah drama TV kita. Lagipun itu kisah lampau, saya ingin mengaut lessons daripadanya dan move on. Rasa tidak enak mengungkit kisah lama. Tujuan saya berkongsi kisah lampau saya ini bukanlah untuk berbangga. Trust me, tiada apa yang nak dibanggakan. Tujuan saya berkongsi ialah supaya kesilapan lampau saya tidak menjadi kesilapan anda sekarang.

Kalau dambakan hubungan intim dengan si dia, maka satu-satunya jalan untuk mendapatkannya ialah melalui perkahwinan.

~aiman azlan~