Pages

Thursday 28 March 2013

kontijen kami :0



In the name of Allah :)

Saya sayang team catur Melaka ...sayang sangat-sangat.. nie pon tinggal lagi dua hari sebelum kita balik rumah masing-masing.. and memandangkan tahun nie aku dah form 5, tahun depan tak mungkin dapat join team Melaka yg sangat sporting nie lagi..seriously aku sedih sangat nie sebab kitorang dah nak berpisah..nanti aku mesti rindu dengan semua orang..rindu Suhaila, Ain, Diyana, ckg2 and semualah yang terlibat..
Seronok sangat tahun nie..memang tiap-tiap tahun sesiapa yg join team Melaka akan rasa bahagia..Sangat Bahagia..And aku teringat satu peristiwa..Ada sekali tue Su nangis kat surau sebab dia sedih sangat masa kalah round 3..And lepas-lepas tue dia bahagia..Dia sendiri cakap, " tak boleh lah nak sedih-sedih sebab semua orang sangat membahagiakan Su! kalau sedih pon sekejap jer~" can you see that?? betapa bahagianyer join team Melaka >,< "  
Kalau tengok team lain,, diorang sangat memandang serius pasal keputusan..bukan nak kata team Melaka tak kisah kalau menang atau tak,, tapi,, kalau dah kalah nak buat macam mana?? takkan nak marah-marah pulak macam team _ _ _ _.... adalah satu team tue.. Yg paling aku rasa stress kalau aku join team tue ialah N9.. siap nak beratur, berkawat bagai..kelakar kot ~ 
Finally,, aku nak sangat cakap yg aku sangat suka team melaka catur..aku SANGAT SANGAT suka...be a part from them sangat membahagiakan..Dahlah tahun nie dapat elaun banyak sikit daripada tahun lepas.. hehe XOXO Saya sayang Melaka :DD

on the way ke majlis penyesuaian gelanggang


I love you all <3 muuuahhh.............



Monday 25 March 2013

Catur lagi ~!


In the name of Allah the most Gracious and the Most Merciful..
Assalamualaikum...

Alhamdulillah..tahun nie dapat lagi aku join team MSSM catur untuk pasukan Melaka..Selepas menang peringkat daerah dgn peringkat negeri..Seriously aku rasa bahagia dapat menautkan ikatan ukhwah bersama mereka..Sangat seronok join team nie..and frankly speaking, aku lebih bahagia dan seronok main catur daripada main netball.. Orang semua kata aku hardcore netball..memang lah sebab tiap-tiap hari aku training..and actually aku dah tak ada perasaan bila main netball semenjak abah tak kasik main.. But, aku terpaksa curi-curi main sebab kalau aku keluar confirm satu team dengan cikgu-cikgu sekali marah aku.. yelah,, dah bersama 4 tahun,, takkan senang-senang jer nak keluar..cikgu pon penat je dah training aku..

And now, I'm at Perak as a national representative for CHESS.. again for chess.. senang jer nak pergi kebangsaan sebab game nie individu..netball of course la main team.. and dalam team tue pulak,, ada yg emotional,, bajet2 and whatever la.. kalau aku buat salah, aku kene marah..ape lagi aku shooter.. kalau tak masuk gol,, confirm satu team  dah penat and aku tak suka bila harapan yg sangat tinggi ada kat bahu nie.. penat lah nak melayan semua nie.. at least,, dalam chess walaupun aku main pasukan,, tapi takde sape2 nak marah aku kalau kalah.. 

And the most important thing is,, chess is a super relaxing physical game..seriously, badan tak penat..kalau penat pon,, sebab banyak berjalan-jalan.. muka pon takde lah sunburn.. kalau penat pon penat otak.. any physical injuries yg lain confirm lah xde.. and that's one of the reason why my parents allow me to play chess.. Sebab sejarah mencatatkan bahawa setiap tahun,, aku mesti cedera kat kaki.. and at that time,, aku terpaksa menyusahkan my parents untuk bawa pergi urut.. and sebab tue jugak aku macam dah tak berapa berkenan dgn outdoor sports nie.. kalau boleh,,, tahun nie aku tak nak masuk ape-ape acara larian masa hari sukan,. bukannye aku tak sayang Telekom,, tapi badan aku nie pon dah penuh dengan allergic effects.. Bak kata doktor tue,, "No more sweats,!" < sambil jari telunjuk kat aku >,, 

Setelah aku buat pemerhatian,, walaupun aku training netball tiap-tiap hari and sampai penat segala bagai,, pencapaian aku dalam catur nie lebih tinggi daripada netball..walaupun catur aku training 3 hari sebelum pertandingan.. Nampak tak permainan di situ ? >,<  mesti kalau team netball aku tahu aku tulis mcm nie,, mesti diorang mencirap giler kan?! tapi, nak buat mcm mana.. tue luahan hati aku sebab selama nie mmg lah korang nampak aku seronok habis bila main netball,, but the truth is........... takyah lah aku cakap...korang pon boleh baca sendiri..

As a conclusion, aku ,,,pon tak tahu nak conclude mcm mane.. But,, seriously aku lebih suka join team catur melaka kerana mereka semua adalah orang sangat sporting,, gemble,, relax jer..termasuk dgn ckg2 nye skali.. And aku pon tgh sedih sangat nie sebab tahun depan Mssm buat kat Sarawak..AH~!!!! kenapa lah tak tahun nie.. jauh sikit aku fly .. But,, takpe lah.. xde rezeki kot.. Lastly,, do pray for my team success.. for Melaka success !!! Insya-Allah :) XOXO :D

Sunday 24 March 2013

Sekitar Keputusan SPM :)

In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalamualaikum W.B.T..

Alhamdulillah, 21 Mac yang lalu keputusan SPM 2012 telah keluar.. and a thousand congratulation dedicated from me :) sama ada kepada yang berjaya ataupun yang kurang berjaya...
Kepada K.Aida Najwa, K.Husna dan seniors yang dapat straight As tue, tahniah.. hasil usaha anda telah anda tuai pada hari itu.. Seronok sangat dapat jumpa dengan awak-awak semua.. Dapat lepaskan rindu :)
Ingatkan tak dapat jumpa sebab pagi tue saye pergi klinik dgn Aliah and Jihah skali.. But,, Alhamdulillah Allah izinkan rindu yang halal ini dilepaskan.. Uhibbukunnafillah ..So, lepas nie harap akak semua dapat meneruskan cita-cita masing-masing.. semoga iman kita semua terjaga..

By the way,, it's my turn now.. rasa cemburu bila tengok kakak2 / abang2 dapat straight As.. Insya-Allah aku akan dapat 11 A jugak.. tolong doakan saye ye, awak-awak semua.. sye nie sangat mengharapkan doa daripada kalian.. From now,, AQILAH~!!!! you need to strunggle.. mungkin SPM itu bukan segala-galanya.. Tapi dengan SPM itulah bermula segala-galanya..Fight for you own success.. kalau bukan kau yang nak banggakan parents kau,, sape lagi??? Lagi satu,, ingat mission kita.. Ini semua demi ketamadunan ISLAM... XOXO :D




Saturday 23 March 2013

politik oh politik ..!



In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk update blog nie.. maklumlah,, dah lame tak balek rumah.. Almost 6 weeks jugak la.. tue pasal la sangat jakun bile dapat mengadap laptop nie.. So, topik yang saye nak ketengahkan hari ini adalah isu POLITIK!! 

Exactly, memang tepat jangkaan saye yang ramai akan terkejut bile budak umur belasan tahun macam saye boleh dok cerita pasal politik.. Mungkin ade sesetengah pihak yang anggap saye masih lagi mentah dan tak layak untuk bercakap apalagi untuk tegur dalam isu-isu berat macam nie.. Tapi, jangan lupa yang sentiasa ada orang yang akan memerhati apa yang berlaku kat sekeliling..Apalagi untuk syabab yang sangat 'curious' nie..Of course akan buat kajian sikit sebelum bercakap mengenainya..

So, first point yang saye nak cakap ialah pasal kekotoran dalam berpolitik.. politik nie bukan perkara baru.. Hatta, zaman Rasulullah sendiri telah wujudnya satu sistem politik dan Rasulullah S.A.W sendiri menunjukkan contoh dan metod dalam berpolitik.. Then, politik ditunjukkan lagi dalam kepimpinan salafussoleh kita seperti Umar Abd Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Ibrahim Adham dan sebagainya.. In fact, para ulama sendiri telah banyak membuat ijtihad dalam hal ini...

Cuma, bezanya dengan keadaan sekarang adalah bila mana pemimpin-pemimpin sekarang kurang menuruti corak kepimpinan Baginda,.. Saya lebih fokuskan kepada para pemimpin di negara-negara Islam.. Sebagai pemimpin, kita seharusnya menunjukkan identiti Islam dalam negara yang dipimpin.. Zaman sekarang, banyak parti-parti politik yang berpengaruh,, Saya ambil contoh yang paling dekat adalah di Malaysia sendiri.. Saya pon selalu pening tengok pihak kerajaan dan pembangkang dok bertekak pasal itu ini.. Masing-masing cari kesalahan orang lain dan ade yang terlalu taksub dengan parti sendiri sehingga menjulang tinggi nama baik parti tersebut.. 

Tapi, kebanyakan pemimpin parti-parti politik berkenaan kurang menyedari yang kami semua sebagai rakyat sentiasa memerhatikan cara kalian bekerja..SENTIASA !! So, kalau dah buat salah tue toksah lah dok tutup sana.tutup sini.. pastu dah kantoi pon ade lagi alasan.. memang "pintar"!! Frankly speaking, aku kurang berminat dengan gerak kerja parti-parti politik di Malaysia..seriously,, kadang-kadang macam tak matang jer.. But, maybe lah kan ade reasons mereka buat mcm tue.. 

Akibat daripada politik yang kotor sangat besar.. Rakyat terseksa, derita.. Imej negara buruk~! Ekonomi merundum.. And the worst thing ialah bila mana ISLAM itu tidak lagi dipandang sebagai Ad-din sebab penganutnya tak ikut hukum syara'... So, in a nutshell, semua orang berperanan dalam menentukan politik dalam sesuatu negara.. malah, rakyat sendiri mempunyai perana yang paling besar khususnya dalam negara-negara berdemokrasi kerana rakyat yang akan memilih pemimpin mana yang layak untuk mengangkat kembali martabat Islam..

Akhir sekali, serangkap doa dariku: " Ya Allah, jika benar mereka itu para pemimpin yang adil, maka Kau naungilah mereka dengan lembayung rahmatMu.. Tetapi, jika mereka ialah pemimpin yang kurang amanah, kau betulkan kesilapan mereka dan kau redhailah mereka dan semua pimpinannya "