Pages

Sunday 21 September 2014

maturity in progress



Bismillah
Assalamualaikum
membesar dan terus membesar
mecari kematangan dalam segenap penjuru
agar nanti tidak tersasar
pada jalan yang bakal dituju

Inilah manusia. terus membesar dan membesar. sebagai khalifah, diutuskan ke bumi utk mengimarahkannya dengan jalan-jalan yang diredhai. hidup ini memang sentiasa penat. Malah, melelahkan jiwa-jiwa yang lemah, yang tidak jelas matlamat hidupnya
 
 Fasa Baru. Kini, sudah seminggu di bumi barakah Sham, Jordan. Satu tempat yang pernah aku idam-idamkan untuk pergi. Alhamdulillah, Allah tunaikan permintaan hambaNya yang hina ni. "Anda hari ini ialah apa yang anda fikirkan lima atau sepuluh tahu dulu" -Ustaz Affuan

Kehidupan di Jordan akan menjadikan anda sangat berhati-hati. Dalam dan di luar rumah memerlukan anda berhati-hati terhadap syabab mahupun akhawat. Jangan pernah meletakkan pandangan tinggi dekat negara Islam ni. Bunyi hon kereta yang takkan berhenti, pemandangan wanita-wanita arab yang bertabarruj, tidak menutup aurat. Itu belum dikira sampah yang merata-rata sehinggakan kalau jalan pun memang akan terpijak sampah. Kedai sisha yang dengan gahnya mempamerkan rekaan sisha dengan pelbagai perisa, orang arab yang kejam sampai panggil orang Malaysia "ni hou" -bahasa cina-.Jangan bangga kalau ade orang arab panggil anda sedemikian kerana itu tanda mereka menghina anda sebab Orang Cina ada yang datang Jordan untuk melacur

Geram?? Semestinya!!! Siapa yang tidak marah apabila bumi sham yang diberkahi ini tidak menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain.Siapa yang tidak marah bila saudara seislam yang lain sedang menderita dibom dan diseksa tentera Israel, tetapi negara Islam yang aman ini leka dengan minuman PEPSI, Coca Cola, Nestle malah itu sudah menjadi tabiat mereka. Siapa yang tidak membara apabila negara bukan Islam pun atas dasar kemanusiaan dengan bangganya mengibar bndera Palestin tetapi negara Islam yang bersebelahan dengannya dengan bangga mengibar bendera Israel ?!! Allahu :') Belum lagi dikira berapa banyak restaurant Mc Donald yang memang dipenuhi pelanggan-pelanggan muslims.

Namun, dalam segala keburukan tu, pastinya ada hikmah yang diselitkan. Kita mula mengambil ibrah. cuba mengamalkan Islam dengan syumul, menuntut ilmu sebanyak yang mungkin. seburuk mana pun negara ini, ini bumi barakah. Tanah yang dirakamkan dalam surah Al-Isra' ayat 1 yang diakui keberkatannya oleh Yang Maha Berkuasa

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat
 
Ambillah ibrah sebanyak mungkin daripada mereka kerana di setiap sisi pasti ada kebaikan dan hikmah dariNya *senyum lebar-lebar* XD 


 

No comments:

Post a Comment