Pages

Saturday, 23 March 2013

politik oh politik ..!



In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk update blog nie.. maklumlah,, dah lame tak balek rumah.. Almost 6 weeks jugak la.. tue pasal la sangat jakun bile dapat mengadap laptop nie.. So, topik yang saye nak ketengahkan hari ini adalah isu POLITIK!! 

Exactly, memang tepat jangkaan saye yang ramai akan terkejut bile budak umur belasan tahun macam saye boleh dok cerita pasal politik.. Mungkin ade sesetengah pihak yang anggap saye masih lagi mentah dan tak layak untuk bercakap apalagi untuk tegur dalam isu-isu berat macam nie.. Tapi, jangan lupa yang sentiasa ada orang yang akan memerhati apa yang berlaku kat sekeliling..Apalagi untuk syabab yang sangat 'curious' nie..Of course akan buat kajian sikit sebelum bercakap mengenainya..

So, first point yang saye nak cakap ialah pasal kekotoran dalam berpolitik.. politik nie bukan perkara baru.. Hatta, zaman Rasulullah sendiri telah wujudnya satu sistem politik dan Rasulullah S.A.W sendiri menunjukkan contoh dan metod dalam berpolitik.. Then, politik ditunjukkan lagi dalam kepimpinan salafussoleh kita seperti Umar Abd Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Ibrahim Adham dan sebagainya.. In fact, para ulama sendiri telah banyak membuat ijtihad dalam hal ini...

Cuma, bezanya dengan keadaan sekarang adalah bila mana pemimpin-pemimpin sekarang kurang menuruti corak kepimpinan Baginda,.. Saya lebih fokuskan kepada para pemimpin di negara-negara Islam.. Sebagai pemimpin, kita seharusnya menunjukkan identiti Islam dalam negara yang dipimpin.. Zaman sekarang, banyak parti-parti politik yang berpengaruh,, Saya ambil contoh yang paling dekat adalah di Malaysia sendiri.. Saya pon selalu pening tengok pihak kerajaan dan pembangkang dok bertekak pasal itu ini.. Masing-masing cari kesalahan orang lain dan ade yang terlalu taksub dengan parti sendiri sehingga menjulang tinggi nama baik parti tersebut.. 

Tapi, kebanyakan pemimpin parti-parti politik berkenaan kurang menyedari yang kami semua sebagai rakyat sentiasa memerhatikan cara kalian bekerja..SENTIASA !! So, kalau dah buat salah tue toksah lah dok tutup sana.tutup sini.. pastu dah kantoi pon ade lagi alasan.. memang "pintar"!! Frankly speaking, aku kurang berminat dengan gerak kerja parti-parti politik di Malaysia..seriously,, kadang-kadang macam tak matang jer.. But, maybe lah kan ade reasons mereka buat mcm tue.. 

Akibat daripada politik yang kotor sangat besar.. Rakyat terseksa, derita.. Imej negara buruk~! Ekonomi merundum.. And the worst thing ialah bila mana ISLAM itu tidak lagi dipandang sebagai Ad-din sebab penganutnya tak ikut hukum syara'... So, in a nutshell, semua orang berperanan dalam menentukan politik dalam sesuatu negara.. malah, rakyat sendiri mempunyai perana yang paling besar khususnya dalam negara-negara berdemokrasi kerana rakyat yang akan memilih pemimpin mana yang layak untuk mengangkat kembali martabat Islam..

Akhir sekali, serangkap doa dariku: " Ya Allah, jika benar mereka itu para pemimpin yang adil, maka Kau naungilah mereka dengan lembayung rahmatMu.. Tetapi, jika mereka ialah pemimpin yang kurang amanah, kau betulkan kesilapan mereka dan kau redhailah mereka dan semua pimpinannya "


No comments:

Post a Comment