Pages

Thursday, 23 May 2013

Al-Fatihah buat mereka ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani :)
Assalamualaikum,,

Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia... PASTI!!


"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan, dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan."
~Surah Al-Anbiya' ayat 35~

Kematian bukan suatu igauan atau mimpi namun ia adalah suatu kepastian dan telah berlaku kepada manusia dan orang yang terdekat di sekeliling kita... dan suatu hari nanti akan berlaku kepada kita...sebab setiap yang hidup pasti akan mati itulah jaminan yang tiada tawaran atau ganti... lagipun kita bukanye kebal dan tak boleh mati-mati...sedangkan Nabi Muhammad kekasih Allah pun menemui ajal baginda inikan pula kita manusia yang lemah dan tiada kekuatan... Salam dan selawat buat baginda dan keluarga :')

Al-Fatihah jugak buat roh atok bah yang baru meninggal Jumaat lalu, 29 Jamadil-Akhir, 10 Mei 2013..it's a big shock jugak la buat aku.. nasib naik sekolah bagi cuti minggu lepas..sempat jugak aku lawat atok kat kampung.. actually atok dah lama sakit..and aku pernah cakap kat mak, " Mak, kalau apa-apa jadi kat atok, angah nak balik.. Mak jangan rahsia-rahsia".. ok, ada sebab kenapa aku cakap macam tue.. Mostly kawan-kawan aku kalau ada family members yang meninggal diorang tak bagi tahu.. And actually tue menyebabkan ashabi lagi sedih dan stress sebab diorang rasa diorang tak dihargai..

Arwah atok meninggal masa hari Jumaat.. Masa tue pulak minggu exam and at the time my mom datang untuk jemput aku dari asrama, aku tengah revise..terkejut jugak lah kenapa mak aku datang sebab weekend tue abah nak ajak outing..Tapi, aku tak tahu kenapa aku taknak mak aku datang hari tue..sebab aku instinct..menggigil kot masa aku keluar dorm..And memang betul pon apa yang aku rasa.. Mak dengan jiran sebelah, Cik Ina jemput aku sebab arwah atok dah meninggal tengahari tue..

Masa aku kemas nak balik tue, semua adh tanya kenapa..memang diorang pon dah agak ada kematian sebab air mata aku dah meleleh dah masa tue..So, balik kampung tue, semua orang dah berkumpul..And semua mata pandang kat aku sebab aku sorang je mase tue pakai baju sekolah...x sempat nak tukar baju..And lepas tue mcm biasa, solat jenazah, cium atok..aku rasa jenazah atok mase tue sejuk.. then, mlm tue bce yasin ..aku mase tue memang dah tak fikir langsung yg Isnin tue nak exam..dah lah killer punyer subjects,,,sampai ke balik sekolah balik Ahad tue, aku takdapat nak fokus kat exam aku.. 3 hari berturut aku mimpi atok..and that dream wake me up at 4:30 am,, 

kak Piza dengan arwah atok masa kat Hospital..

And one more thing yang aku teringat ialah masa nak exam paper Biology, Cikgu Yusairi meninggal.. aku teringat lagi masa nak gi depan dewan, nampak dari jauh kuartes guru tue busy sangat kat aras 2.. And aku nampak ada keranda yang diusung..so sad and a big shock for us, students and teachers sebab semua x sangka,,,,lepas paper 1 Biology tue, keluar je dewan nampak kat surau tue dah ramai orang.. Orang Masjid datang, cikgu-cikgu luar yang kenal, Sekolah Assyakirin pon datang..ex cikgu SBPIS  pon datang..Cikgu Hafiz race dari ASIS, Ckg Mue' race dr MOZAC and ramai lagi la..sayu sangat suasana sekolah masa tue.. TApi, Alhamdulillah ramai yg solatkan jenazah..penuh surau tue..And tikar dorm aku pon dapat berjasa sebab digunakan untuk mandikan jenazah waktu tue.. 

Lastly, Semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman..Insha-Allah.. Dan semoga kematian kita juga akan diakhiri dengan amalan yang baik...




































No comments:

Post a Comment