Bismillah
assalamualaikum dunia :)
Menjejaki
kaki di bumi Gaza,
Terasa
bagaikan di syurga maya..
“Pernah dengar tak lirik
tersebut? ”
“Lirik?? Owh, lagu ker?? ”
Ya, itu lirik daripada
lagu ‘la Tahzan’ by kakak idaman tersayang, Heliza Helmi..
‘bagaikan berada di
syurga maya’.. Ya, seribu kebenaran pada lirik itu. Gaza, Palestin memang
benar-benar bumi barakah. Terdapat juga Al-AQSA yang menjadi rebutan tiga agama
(Yahudi, Kristian, Islam)
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan
hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil AQSA yang
kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian
tanda-tanda kebesaran kami..” (17:1)
Dihuni penghuni yang
mukmin Gred A+ kerana diuji Allah dengan lapar dan dahaga, panas terik dan
sejuk salji, perang dan pembunuhan. Hanya Orang yang kuat lagi super yang mampu
menghadapinya. Mungkin sepower Kakashi dalam Rasenggannya? Eheh..
Bukankah Allah tidak akan menguji sebahagian kaum melebihi kemampuannya?.senyum. Allah itu Maha Adil.
Apabila bercerita tentang Palestin, Syria, Myammar,,pasti akan membara semangat JIHAD dalam diri ini. seperti membaranya api yang mahu membunuh Ibrahim Nabi Allah. Tapi, kalau kita sedar, isu seperti ini bermusim. Ya, seperti musim durian di belakang rumah tok ayah kita. *.* Sedangkan yang Zionis tidak menyerang Palestin secara bermusim. Tentera Bashar tidak pulak menyeksa hanya ketika musim rambutan. ehem,, pahe ke idok nie.. maaf kerana ayat ini dipenuhi unsur balaghah ^.^
Pernah dengar Aman palestin? satu badan bukan kerajaan yang begitu prihatin dan sering membuat misi kemanusiaan ke Gaza, Syria dan baru-baru ini di Kem Pelarian Yarmouk. saya mula mengikuti perkembangan Aman palestin sejak dua tahun yang lepas. mereka ada laman sesawang di www.amanpalestin.net atau di pengicau @amanpalestin .. jadi, untuk mendapatkan info selanjutnya, sila layari laman sosial berkenaan. Saya pernah daftar sebagai salah seorang sukarelawan misi kemanusiaan.. daftar je ok?! tak pegi pong *sedeyh ma~ hmm..bila aku cerita kat gilprens mahupun boiprens aku, diorang kata aku nie terlalu berani, Ya,, seberani cikgu yang mengarah pelajarnya makan rumput.pffttttt...eheh~
by the way, tiada apa yang berani. Aku Cuma prihatin tentang nasib Muslim di dunia ini. Mungkin, orang yang mengatakannya
‘terlalu berani’ itu sebenarnya bimbang tentang keselamatan mereka. Bimbang
diri sendiri yang maut ketika cuba memberikan bantuan kemanusiaan.
Apa pun, kebimbangan orang
lain, aku lebih bimbangkan jika nanti, anak kecil di Palestin mengherdik
“Di mana kau di saat aku
kehilangan ibu bapaku yang tak mungkin membimbangi aku lagi?!”
Atau mungkin suara nenek
tua yang lemah dan kaku tiba-tiba dengan bertenaganya melantangkan soalan
“Apa perananmu sebagai Muslim di negara Islam sekiranya tiada apa yang kau bantu. Apa bantuanmu sebagai satu akidah?!”
Nanges wei kalau orang tanye macam tuh. sumpah sentap!!
Maka, marilah kita bersama-sama tembakkan DOA. Doa itu senjata bukan? Jangan lupa doakan mereka dalam setiap sujud dan doa. Kalau Tel Aviv tembak pakai bom, meriam, M16, 17, 18, 19,,,,maka kita juga punya senjata yang lebih canggih. D.O.A never underestimate the power of DOA ok~ it'll always be a very USEFUL WEAPON
Sungguh, aku benar-benar cinta akan ummah ini.
*maaf, bukan berjiwang tapi pengakuan.
Cinta akan bumi Islam! Oleh itu, akan aku cuba sedaya upaya merawat ummah yang kian tenat dengan dunia. Ummah ini sedang
dilanda virus wahn, satu virus yang lebih bahaya daripada H1N1. Itulah dia
penyakit ‘cinta dunia, takut mati’.
#savepalestin #savesyria #saveMinoMuslims #saveummah
No comments:
Post a Comment