In the name of Allah
Pada kita,
bahagia itu apabila dilimpahi kekayaan,
seronok itu apabila masih mampu bermain di
taman,
derita itu adalah apabila dihimpit kemiskinan,
sedih itu adalah apabila kehilangan,
sakit itu adalah apabila ditimpa kemalangan,
pedih hati itu adalah apabila kekasih
meninggalkan,
Kerugian itu gagalnya dalam peperiksaan...
Pada mereka,
bahagia itu apabila berjaya memburu syahid,
seronok itu apabila mampu merasai kemanisan
berjuang,
derita itu apabila kehilangan mereka yang tercinta,
sedih itu apabila tidak mampu mempertahankan
tanah air,
Sakit itu apabila tubuh dirobek senjata Israel,
Pedih itu pabila maruah negara dinjak-injak,
Kehilangan itu apabila rumah mereka digeles
trak,
Kerugian itu apabila gagalnya memburu syahid..
Actually, aku tak reti nak buat sajak..Ini cuma
luahan hati ~ Hati ini dah tak sanggup nak tengok saudara-saudara aku menderita
di hujung senjata tel Aviv..tadi pon aku baru lepas tengok Majalah3.. Cerita
pasal Palestin..Semoga suatu hari nanti aku dapat ke sana memahami penderitaan
mereka..Dan aku sangat tertarik dengar rancangan ikim semalam petang..mereka
berbincang pasal bantuan kemanusiaan yang baru mereka join..Dan aku terharu
apabila Heliza Helmi (antara tetamu) berkata bahawa "kalau kamu semua berasa
tertekan, pergilah ke Palestin..Insya-Allah anda kan berasa tenang sebab anda
akan dapati bahawa masalah anda ini hanyalah secebis derita mereka.."
No comments:
Post a Comment