In the name of Allah
Rasulullah SAW bersabda:
“Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana
semut menggerumuni makanan”
Sahabat-sahabat bertanya:
“Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi hanya seperti buih di
lautan”
Seperti buih di lautan. Hadis ini masyhur menerangkan keadaan umat Islam pada akhir zaman.
Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah isu Gaza. Israel tidak henti-henti membedil rakyat Gaza. Sehingga semalam hari ke -7 tentera Tel Aviv masih lagi memerangi rakyat Palestin yang menyebabkan angka korban di Gaza terus meningkat. Alhamdulillah perkara ini mendapat perhatian seluruh dunia. Semua pihak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang tanpa belas terus melancarkan serangan kepada Gaza. Di seluruh dunia pula, ramai yang berdemonstrasi di kebanyakan kedutaan Amerika Syarikat untuk menghentikan serangan tersebut. Kenapa Amerika?? Sebab Amerika Syarikat telah lama menyalurkan pelbagai bantuan senjata kepada Israel.
Alhamdulillah, semua pihak mengambil berat terhadap isu ini dan pelbagai langkah diambil. Ada yang memboikot produk berkaitan, ada yang berdemonstrasi, ada yang mengadakan kutipan dan pelbagai lagi. Dan satu usaha yang menarik perhatian saya adalah usaha yang dibuat oleh seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun yang mempunyai kesedaran terhadap masalah ummah. Kanak-kanak mulia ini telah menulis sepucuk surat untuk Presiden Amerika.
Bantuan Terbesar
Kata Khaled Mesy’al apabila orang
bertanya apa yang perlu dilakukan oleh orang di luar Palestina, dia menjawab:
Kamu bergeraklah mengislah ummah di kawasan kamu, agar kembali kepada Islam
yang sebenar. Itu, adalah bantuan terbesar kamu untuk kami”
Kenapa mengislah ummah?
Kerana Jihad Palestina bukan jihad semata-mata merampas semula satu
kawasan yang dijajah. Jihad mereka adalah bertahan, sambil terus-terusan
memperkuat dan memperhebatkan diri, menanti ummah di luar sana bergerak
mengislah diri mereka, dan akhirnya barulah bersatu dan membebaskan tanah mulia
ini. Amal Jama’ie. Maka, marilah kita bersama-sama bermuhasabah dan mengislah diri sendiri.
Di Malaysia, Alhamdulillah sedikit kesedaran mula timbul. Ulangan, sedikit. Tapi, walaupun sedikit sekurang-kurangnya ada. Bacaan qunut Nazilah dan solat hajat giat dijalankan di masjid-masjid dan surau di seluruh negara. Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan para syuhada' di sana. Semoga mereka tergolong dalam golongan seperti yang disabdakan Nabi Muhammad S.A.W
“Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku yang menegakkan
kebenaran, dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba
menghampakan mereka, sesekali tidak akan dapat melukakan mereka, mahupun oleh
kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan
tetap sedemikian”
Sahabat-sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Di Baitul Maqdis, dan sekitar Baitul Maqdis”
Palestinian
kid holding his brother, after their parents were killed
Pengecut!! seorang tentera Tel Aviv yang tanpa senjata berlari lintang-pukang apabila dikejar syabab Palestin. Di mana keberanianmu sebenarnya Wahai israel?? Adakah hanya pada senjata..
Ya Allah, selamatkanlah bumi Palestine
ReplyDelete