Pages

Tuesday, 13 March 2012

Reminder !!!




Hari ini ada wanita yang sudah terlalu murah. Mempamer susuk tubuh pada umum, setiap inci ruang tubuh ingin didedahkan. Semakin hari semakin hebat hebahan dan tayangan dilakukan. Demi mengail pandangan arjuna padanya. Supaya sang lelaki melihat dan kagum akan kecantikannya. Supaya lelaki memuji dan memujanya.
Wanita. Nampak seperti lemah. Nampak seperti tidak bermakna. Dahulunya dunia menjadikannya semata-mata hamba. Tidak kurang sebagai simbol seks. Bahkan ada peradaban terdahulu menganggap perempuan itu sebahagian dari syaitan kerana banyak membawa fitnah kepada kehidupan.
Tetapi Islam datang membawa sinar kemuliaan. Wanita diangkat mulia. Dijaga. Bahayanya diakui, tetapi mulianya tidak dihilangkan begitu sahaja. Wanita-wanita yang mengambil Islam sebagai cara hidup, terus menjadi seperti bidadari. Mahal. Berjalan di atas dunia dan dicemburui bidadari-bidadari Syurga.

Wanita, usah kau berlumba-lumba memurahkan maruah mu. Jagalah sebaik mungkin. Tiada lelaki yang berminat menjadikan kau suri hidupnya bila kau sudah rosak dan murah akhlak. Tiada lelaki berminat untuk menanggung dosa kau yang sibuk melaram bukan untuk suami tetapi untuk pandangan lelaki luar yang tiada hak keatas kamu.
Ingat wahai wanita, jagalah akhlak dan maruah mu, meskipun tidak  dipandang lelaki, kerana Tuhan akan pandang kau sebagai muslimah sejati, dan moga kau menjadi bidadari dunia yang indah dan mendapat keredhaan Allah SWT...




wanita _ Dehearty :)

1 comment:

  1. jadilah wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang...
    ^^

    ReplyDelete