Jangan
berputus asa pendosa.
Bukan
hendak menyuruh jangan berputus asa dari melakukan dosa.
Tetapi
janganlah berputus asa untuk meninggalkan dosa.
Kadangkala
kita ini kelemahan banyak, kekurangan banyak, banyak melakukan kesilapan dan
kesalahan, banyak tidak mengikut lunas-lunas Islam dan tidak mampu menjadi
muslim/muslimah yang baik. Tetapi janganlah dosa-dosa itu membuatkan kita lemah
dan berputus harap kepadaNya.
Ini
bukanlah menandakan keredhaan kita terhadap dosa. Tidak. Jangan berdiam. Jangan
tidak berbuat apa-apa. Jangan sesekali merasa redha dengan dosa yang kita
sendiri lakukan. Marahlah diri, walau tak mampu meninggalkan. Sentiasalah
berulang kali menyesal. Timbulkanlah rasa jijik apabila melakukan dosa, dan
geramlah kepada diri apabila mengulanginya. Namun jangan sesekali menyatakan –
“Inilah dia takdir aku, jahat, tak mampu jadi baik. Allah dah tak sayang aku.”
Jangan.
Walau seluruh manusia mencaci kita bila melihat dosa kita,
ketahuilah bahawa Allah SWT mengetahui betapa kerasnya kita berusaha
meninggalkannya. Manusia tidak mampu menilai perkara itu. Tetapi Allah mampu.
Manusia tidak mampu bersabar dengan itu, tetapi Allah mampu. Allah adalah yang
keampunanNya, rahmatNya, melebihi segala sesuatu.
Maka
janganlah berputus asa dengan Allah SWT.
Walau
diri berpakaian seksi, walau diri tidak bertudung, walau diri merokok, walau
diri melakukan maksiat yang besar seperti minum arak, ketagih dadah dan
sebagainya, jangan sesekali berputus asa. Jangan tutup pintu antara kita dengan
Allah SWT. Jangan. Percayalah kepada Dia, walau percaya kepada manusia itu
telah tiada. Teruslah rasa menyesal, teruslah berkali-kali bertaubat. Biar
kalau tidak sempat menjadi baik, menjadi muslim/muslimah yang soleh/solehah
dalam kehidupan kita, maka biar kita mati dalam keadaan kita berusaha!
Dengarlah
firman Allah SWT:
“Katakanlah,
Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni
dosa-dosa semuanya. Sungguh,Dialah yang Maha Pengampung, Maha Penyayang.” Surah Az-Zumar ayat53
Ini
bukan lesen untuk terus berdosa.
Tetapi
ini adalah larangan berputus asa kepada rahmatNya.
Teruslah
mencari keampunan.
Berkali-kalilah
bertaubat.
Berulang
kali lah menyesal.
Jangan
berhenti untuk rasa jijik dengan dosa, jangan sesekali redha dengannya.
Walau
selepas itu kita ulang dan ulang dosa kita. Walau selepas itu kita masih
tersungkur. Jangan sesekali berputus asa.
Tidakkah
kita lihat, betapa luasnya keampunan Allah SWT kepada kita?
Sesungguhnya
Dialah yang akan menghitung kita di akhirat, dan bukannya manusia.
Maka
apakah pantas bagi kita, untuk berkata: “Aku memang ditakdirkan jahat begini.
Allah tidak sayang aku.”
Jangan.
Bergeraklah menjadi baik, walau jatuh banyak kali. bergeraklah menjadi hambaNya
yang sejati, walau banyak kekurangan diri. Dia adalah yang luas pandanganNya.
Dia akan mengira semuanya walau sekecil zarah!
Jangan
berputus asa wahai Pendosa!
No comments:
Post a Comment